I’m a bit of a rebel as I hate INJUSTICE. Together we help to build a better nation by criticising any wrongdoings or bad governance, mismanaged by today's BIGOTS who're at the reign! I and many more out there are adamant in GOOD GOVERNANCE, SHREWD LEADERSHIP, INTEGRITY and JUSTICE !!
20 June 2009
Kau yang kusayang
Cinta bukan hanya di (pandangan) mata,
Cinta hadir di dalam jiwa,
Sukar hendak kuhuraikan keindahan dirimu,
Tiada kata seindah bahasa,
Sukar hendak kugambarkan,
Indahnya sifat dan tinggi budimu,
Dirimu begitu bererti dalam hidupku,
Kau kunci cintaku,
Ruang hatiku ini hanya untukmu,
Kaulah lambang cinta yang terunggul.
Kau yang kusayang,
Kau yang kurindu,
Kusyairkan kisah silam,
Kumadahkan jasamu,
Menjadi coretan gurindam cintaku,
Mana mungkin kumelupakanmu,
Terpahat namamu dihatiku,
Menjadi satu kenangan abadi.
Hakikatnya segalanya datang dan pergi,
Kita berpisah kerana takdirNya,
Tuhan yang lebih mengerti,
Masih aku sendiri termangu dalam sepi,
Sayu dan pilu bermain jiwaku,
Sukar kutelan kenyataan kehilangan dirimu,
Permata yang berharga dalam hidupku.
Hilangmu kini tiada pengganti,
Pergimu tak kembali lagi,
Walau beribu kali kutangisi,
Hanya doa mampu kuiringikan,
Sentosalah kau di syurga.
Aku tetap berpegang pada janji,
Kasihku tetap teguh dan suci,
Akan kuteruskan hidup ini seperti mahumu,
Dengan sinarmu dalam kehidupan ini,
Memberiku kekuatan buat kurempuh segala rintangan,
Biar rebah kubangun sendiri,
Menyusun langkah mengejar impian,
Moga bertemumu di sana.
* sajak ini abstrak sifatnya... boleh sahaja berkisar kepada kekasih hati siapa jua dianya pada kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dia dah tiada ?
ReplyDeleteHmm...sekurang2nya tahu keadaan dirinya.
Bagi kak tie, masih tertanya2... bahagiakah dia...? Hidupkah dia..?? Hmm.....
'Dia' yg dah tiada di atas dunia = atuk,opah,mak sedara,pak sedara, pak mentua & ada 1, 2 kawan dah tiada gak.
ReplyDeleteyg lenlain tu alhamdulillah ada lg..sihat semuanya.
puisi/sajak tu bermaksud untuk sesiapa juga dah meninggal dunia, wafat dll... untuk ayah kita, ibu etc. sapa-sapa saja...untuk Rasulullah s.a.w. pun boleh juga. Sollu a'laik...
amin..
ReplyDeleteuntuk doa yg kita sama-sama dpt manfaat...amin! (tq tolong sama mengaminkan..hehe...lain kali mai lg kita sama-2 menghayati doa & aminkan)
ReplyDelete