06 July 2009

Masuk & tak boleh keluar? ... Kongsi gelap kot?

MURTAD  ...

Terpanggil untuk menukil sedikit dari hal 'Murtad' yang dianggap serius dalam ajaran & larangan agama Islam. Setakat ini, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (Melayu-Islam yang murtad) ialah Kristian, Hindu dan Buddha. Agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan Missionari antarabangsa. Manakala Hindu dan Buddha terlibat hanya melalui perkahwinan dan percintaan secara rambang. Sejak heboh satu Malaysia beberapa orang secara terbuka mengumumkan diri mereka keluar & tidak percaya (beriman) agama Islam seperti Azalina Jailani@Lina Joy, Jamaluddin@ Jeshua Othman 1987, Kamariah Ali (pengikut Ayah Pin), Aisyah Bukhari, Hartina Haji Kamarudin dan sebagainya.

Sebahagian isi tulisan ini adalah hasil kesimpulan para sarjana Islam juga, manakala sebahagian yang lain adalah isu khilaf di kalangan ulama. (dipetik & diolah sedikit tanpa izin tuan punya blog http://www.zaharuddin.net/content/view/844/72/)  Sebagai pendahuluan, ibaratkan kita ingin membuat keputusan untuk menjalankan sebuah bisnes atau menetap di luar negara, anda sedang memilih beberapa buah negara yang sesuai. Kita sememangnya bebas untuk memilih, namun sejurus anda memilih dan telah menetap di sesebuah negara, kita TERPAKSA sama ada suka atau tidak untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang di negara tersebut.  Itu asas analogi pertama yang perlu difahami, jika keadaan seperti di atas dirasakan logik dan boleh diterima oleh minda dan aqal sihat, sepatutnya boleh juga menerima undang-undang Islam yang dikenakan ke atas penagnutnya, Islam ada undang-undangnya yang khusus buat mereka. Sebahagian dari undang-undang ini adalah MELARANG PENGANUTNYA UNTUK KELUAR MASUK Islam sewenang-wenangnya. Persoalan adakah mesti dibunuh jika keluar? baca selanjutnya tulisan ini untuk mengetahui.  Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa untuk masuk ke dalamnya, ia perlu dibuat secara sukarela dan kefahaman sendiri. Namun sejurus ia telah masuk ke dalam Islam, semua kewajiban SELAKU UMAT ISLAM, MESTI dilakukan tanpa culas. Jika culas, sebahagiannya membawa dosa di antara si pelaku dosa dengan Allah swt, pembalasannya adalah di akhirat. Sebahagian jenis dosa yang melibatkan manusia lain seperti membunuh, merompak, menyeksa, berzina dan lain-lain, hukumannya ada diperuntukan di dunia juga, tetapi ia hanya akan dijalankan setelah proses penghakiman yang adil dijalankan.  Berikut adalah ulasan untuk tidak boleh keluar dari Islam setelah masuk:  1. Hal Agama Bukan Perkara Kecil  Larangan Islam untuk penganutnya keluar dari Islam memberikan indikasi kepada semua yang ingin menukar agamanya menganuti Islam bahawa sebarang keputusan di dalam bab agama bukanlah satu keputusan kecil seperti pembelian kereta dan rumah atau lain-lain barangan komoditi. Ia melibatkan satu hal yang amat penting.  Ini adalah nota awal yang ingin diberikan kepada mereka yang ingin menganut Islam, jika mesej ini difahami oleh orang bukan Islam, tatkala itu mesej dikira sudah sampai tetapi terdapat perinciannya dan ia bukan hanya satu fakta ringkas sebegitu sahaja.  Oleh itu, jika ada sesiapa yang menganggap agama sebagai candu, permainan, barang murah seperti baju yang tidak perlukan fokus berlebihan semasa memilih, mereka dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum memasuki Islam. Itulah satu jenis pembelajaran Islam kepada seluruh bakal penganutnya hatta sebelum mereka menjadi Islam. Dengan demikian, kuranglah para ‘penganut agama secara main-main' yang berani untuk keluar masuk ke dalam agama Islam. Semua orang mungkin boleh sesuka hati keluar dan masuk Kristian, Hindu, Budhha tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian dengan Islam. Dengan undang-undang ini, Islam lebih terjaga.  2. Sifat Islam Sebagai Agama Atas Asas Ilmu  Oleh kerana Islam adalah sebuah cara hidup atau agama yang amat mementingkan ilmu. Islam mengarahkan semua individu yang ingin mendekati atau menganuti Islam agar mendekatinya dengan ilmu dan kefahaman yang jitu, bukan dengan emosi dan kehendak semata-mata. Perlu dibezakan pemilihan agama dengan pemilihan sesuatu yang lain. Justeru keputusan memasukinya adalah beserta tanggngjawab kefahaman yang jitu tentang Islam itu sendiri.   3. Menjaga Kesucian Dari Digugat  Kewujudan undang-undang larangan keluar Islam (murtad) juga amat relevan jika dilihat dari sudut logik demi survival dan kesucian sebagai sebuah agama. Dengan itu ia akan mengelakkan perancangan licik man-mana gerakan musuh Islam, yang merancang untuk menganut Islam dan kemudiannya keluar beramai-ramai dengan niat mencemar imej Islam.  Sebagai contoh logik, lihat apa yang dilakukan oleh George Soros kepada matawang Malaysia, dia membeli matawang Malaysia sebanyak-banyaknya dan kemudian menjualnya sekaligus, menyebabkan nilai matawang Malaysia jatuh teruk serta tergugat. Benar, agama tidak seperti matawang tetapi sesebuah agama yang boleh keluar masuk dengan mudah, tanpa displin dan undang-undang adalah bukan sebuah agama yang bernilai.  4. Kaunseling Proses Penting  Bagi mereka yang benar-benar ingin keluar dari Islam bukan kerana dengki dan rancangan jahat terhadap Islam, mereka akan mendapat privilege untuk berbincang dengan ilmuan Islam yang berkelayakan, untuk benar-benar menyemak semula sebab-sebab yang mencetus keinginannya untuk keluar dari Islam. Ini adalah satu proses kaunseling yang dinamakan ‘istitab'. Tempohnya boleh mencecah 3 hari sehingga seumur hidup bergantung kepada keadaan dan keputusan pemerintah Islam dalam menilai seseuatu kes dan individu.  Namun tidak dinafikan berkemungkinan sewaktu tempoh kaunseling itu, individu itu telah pun keluar dari Islam, walaupun begitu tidak semestinya hukuman bunuh serta merta akan dilaksanakan, khususnya jika tiada sebarang kempen memburukan Islam. Sepanjang tempoh itu, kaunseling boleh terus berjalan. Usaha membawa dirinya untuk kembali yakin dengan Islam berterusan.  5. Keluar Islam Secara ‘Senyap' & ‘Bising'  Bagi yang tetap pendirian walau apa juga jenis kaunseling yang diberi, pemerintah Islam juga tidak akan mengambil tindakan ke atas mereka jika keluarnya mereka secara senyap sunyi tanpa kempen dan memperlecehkan Islam.  Hakikatnya di Malaysia sudah amat ramai yang keluar dari Islam dengan cara ini. Adakah mereka dihukum bunuh!? Tidak !, ini disebabkan tiadanya pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan malah jika ada sekalipun, dia tetap tidak dihukum kerana ia berlaku di luar pengetahuan pemerintah. Hukuman tatkala itu hanya akan bermula di alam kuburnya sehingga akhirat.  Tindakan hukuman (dalam sesebuah Negara yang melaksanakan hukum Islam) hanya akan pasti dilaksanakan berpunca dari tindakannya yang memperlecehkan dan memburukkan Islam, tindakan ini sama seperti menyerang dan mengkhianati Islam dan seluruh penganutnya, itulah erti keluar Islam dengan 'bising'.  Malah jika mengikut logik sekalipun, dalam sesebuah negara maju dan rakyat berpendidikan, sudah tentu semua kita dilarang untuk mengutuk sesama agama lain secara terang-terangan kerana ia tidak mendatangkan kecuali keburukan dan kebahayaan yang besar. Allah swt sendiri melarang mencerca sembahan-sembahan selain Allah yang dilakukan oleh penganut agama lain. (Rujuk Surah al-An'am : 108)   Pun begitu, tentunya setiap hari dan waktu, akan sentiasa ada musuh-musuh dan pembenci Islam yang mencerca Islam dan Allah swt Islam secara tertutup, di rumah -rumah mereka, di sekolah mereka atau di dalam kelompok mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam kelompok Islam, mereka mencerca agama lain secara tertutup. 

Itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan manusiawi. Ia turut berlaku di zaman nabi s.a.w, orang munafiq amat kerap mengutuk Nabi dan Islam secara tertutup walaupun dipimpin oleh manusia yang sehebat nabi Muhammad s.a.w. .

p/s: Biaq pi ler depa nak murtad? Atau gi mana sich? Wa hanya mau mengingati diri ini & semua atas sifat "berpesan-pesan dengan kebenaran ..." moga kita tak alpa akan bahana murtad yang masih menular di dalam masyarakat kita.

6 comments:

  1. tak kisah la diorang ni murtad sebab allah sentiasa mengantikan dari muslimin yang murtad itu digantikan dengan mualaf yang lebih baik!

    masalah malaysia takder undang2 nak membendung murtad ni ke

    sultan2 tak ambik tahu ke??

    ReplyDelete
  2. Hmm...setahu kak tie , undang2 di malaysia ni tak mampu menyekat umat Islam dari menjadi murtad. Undang2 kita dengan terang2 menunjukkan kebebasan memilih agama dan mempraktikkannya...

    Yang menakutkan ialah kes yang baru2 diutarakan tu..tentang anak2 bawah 18 tahun kena ikut agama asal sekiranya ibubapa tukar agama lain... macam mana kalau tukar ke agama Islam ? Err... jadi bengong dibuatnya. Harap2 ianya ditentang habis2an dan takkan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. gejala murtad; kita semua akan disoal, apakah yang telah kita lakukan menyebabkan gejala itu berlaku, dan apakah yang telah kita lakukan untuk membendung gejala tersebut.Bersediakah kita untuk menjawabnya?

    ReplyDelete
  4. Kucing Parsi,

    Sebenarnya wa cuak gak ler kes murtad nih dah berlambak. Wa rasa masyarakat Islam kita perlu tahu kenapa & bagaimana nak pertahankan iman diri, keluarga & masyarakat sekeliling kita, jika sayang nilai iman & Islam kita. Kita leh dakwah sesama kita orang Islam supaya sayang & pegang dgn kejap agama Islam hingga jadi 1 benteng kukuh mempertahankan aqidah hingga mati. Hal nak tangkis dakyah & dakwah agama lain spt Hindu & Kristian nih, jika ada jati diri (iman, ilmu & cinta yg cukup) insyaAllah akan dgn sendiri menghalang & membantutkan usaha mereka yg bergerak atas kebebasan agama.


    Kak T,
    Tukar agama anak-anak nih mmg ada khilaf antara ulama fuqaha' tapi yg sedihnya Perlembagaan negara agak rompong nak pertahankan hak orang Islam. Yang kita nampak sah sekarang nih keputusan mesyuarat jemaah Menteri-Menteri lebih tinggi mengatasi Perlembagaan & undang-2 syariah hingga pandangan ulamak (bebas & kerajaan & PR)dikesampingkan.. cara depa menangani masalah nih, hanya lebih nak jaga 'perpaduan' & jaga hati semua, mana boleh maa...Nih yg wa meluat dgn UMNO nih,antaranya ler..bukan semua...hehe wa kan ker UMNO gak...kuang 3x.

    cpj,
    Memang kita semua boleh kena azab Allah kalo kita sendiri buat dunno jerwalau kita beramal cam sorang abid pun akan dihisab, mau tak lepas hal masyarakat spt. kes murtad nih... tapi wa mmg nak sgt ler Menteri jaga hal agama, YB-YB, peguam, hakim-2 yg tau undang-2 buat sesuatu yg praktikal demi mempertahankan & selamatkan aqidah seseorang yang 'sesat' & 'hanyut' & murtad akibat cinta, kejahilan ilmu, kekufuran, kemiskinan dll...

    yg saja-2 cari pasal, megah nak murtad tu bagi kat wa ler, tau ler wa ajar dia...grggrrrhh mmg geram.

    ReplyDelete
  5. mana tak megah yg murtad tu...
    tgk la pomosi idop cara tidak megikuti lunas2 islam di media massa mesia neh...
    sket nyer gah ke...
    sket nyer hebat ke...
    sampai diorang terlupa hebat seksa dan neraka Allah...

    huhuhu...hampeh tol negara islam mesia nih...gah tang nama jek..

    ReplyDelete
  6. kak maymot,

    sepatutnya, bukan kerana nama (eh, cam nama blog gua ler? hehe) kita nak bermegah-megah...contoh,nama dia Muhammad, apa dia nak megah dgn nama tu kalo perangai aqidah songsang, byk tak betul & dosa..buat malu nama baik Nabi Muhammad s.a.w. ajer kalo cenggitu. Yg penting mau jaga iman, amal seseorang Muslim Muslimah tu, in worst case walau pun jahat jgn kasi malu sama Islam sudah ler.

    Begitu gak, M'sia negara Islam (konon), di"rebrand" nama sbg Islamik tapi gah tang nama ajer ler, pengisian oleh pemerintah kpd rakyat? Untuk berlaku adil & jujur.. mmg ada gak tapi cam x bersungguh & x cukup bagus ...tu yg masyarakat byk yg hanyut hingga sesat larat sampai jd kafir & murtad...yg munafiq tak terbilang lg dah...byk sgt dah.. Pasal tokoh yg cemerlang, gemilang terbilang pun ada puak ni.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!