29 September 2009

Killing it softly ... end of!



Pemansuhan (atau lebih tepat penangguhan pemansuhan) PPSMI kononnya dikatakan tidak boleh dibuat secara tergopoh-gapah dengan pihak kerajaan mengambil pendekatan 'soft-landing'. Pengenalan MBMMBIK untuk pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam dwi-bahasa mulai tahun 2010. Murid kohort terakhir PPSMI akan dibenarkan mempelajari Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa. Ini dikatakan adalah untuk mengurangkan sebarang kesan negatif (? good..now they're using their heads) yang mungkin timbul akibat perubahan dasar secara drastik. Mereka adalah murid yang akan berada di Tahun 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014; Tahun 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015; Tahun 6 pada tahun 2014, 2015 dan 2016; Tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014; dan Tingkatan 5 pada tahun 2013, 2014 dan 2015.
Ini bermakna proses pemansuhan PPSMI akan lengkap seratus peratus pada tahun 2016 di sekolah menengah dan 2017 di sekolah rendah. Dengan strategi 'soft-landing' ini, pusingan lengkap pemansuhan PPSMI mengambil masa selama lima tahun di sekolah rendah dan empat tahun di sekolah menengah. Pusingan lengkap pelaksanaan PPSMI pula mengambil masa selama enam tahun. Pemansuhan PPSMI kononnya mengambil masa yang lebih singkat berbanding pengenalan dasar itu.
Persoalannya mengapa dasar yang pada peringkat awalnya diragui dan ditentang oleh para ilmuwan dan tokoh akademik diteruskan pelaksanaannya? Apa masalah dengan dasar atau sistem yang terdahulu untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris? Kini PPSMI terbukti gagal. Siapa yang rugi dan malang yang menjadi mangsa akibat 'kebejatan' dan keangkuhan setengah pihak?  Mengapakah tidak difikirkan semasak-masaknya segala implikasi buruk daripada dahulu lagi dalam mengaplikasikan dasar PPSMI seperti mengajar dalam dwi-bahasa untuk kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik demi memudahkan pengajaran dan pemahaman pelajar? Terbukti  sudah ia bukan cara yang baik untuk mencapai tujuan berkenaan. Terserlah kebatilan mereka yang merancana dasar dan juga sistem pendidikan yang sentiasa carca-merba. Kecelaruan ini pasti diakibatkan oleh pelbagai faktor termasuk faktor perasan bagus atau 'feel-good factor' oleh setengah pihak yang berkuasa dan berkepentingan dalam Kementerian Pendidikan. Mereka (terutamanya politikus yang oppurtunis) malah berdegil lagi angkuh (persis bodoh sombong) untuk memperkenalkan misi dan visi songsang mereka sehingga menolak realiti saranan dan bantahan oleh pihak yang mahir lagi arif mengenai hala tuju dasar pendidikan negara, applikasi dan implikasinya.sMereka seperti pihak dalaman Kementerian Pendidikan sendiri, para guru, pengajar, cendekiawan, tokoh akademik, pakar bahasa (sasterawan) dan orang ramai (rakyat) yang pastinya kritikan membina mereka untuk memperkemaskan dan menampung kelemahan dasar PPSMI.
p/s: Kita harus berSABAR & ambil pengajaran/teladan & jua sempadan daripada peristiwa  berkenaan. Alih bahasa ke Ingeris, jadi lebih kompleks...hehe... Well, all waters i believe is now under the Putrajaya bridge or whatever bridge you want it to be. Bottomline of this soap opera is don't be a bully boy, but if someone is so arrogant &  even dare, just please listen to me once & for all, "Pick up your own size. Don't  flap your muscles (like you have ones?) and show off to the bairns. Try me (as in picture), for instance, only then you know"...hehe...whatever they wanna say, for me, they are just treading water, imo. 

2 comments:

  1. Dalam banyak hal orang kita berbangga dengan diri sendiri yang kununnya bijak dan hebat lalu melaksanakan sesuatu program dengan memperjudikan nasib anak bangsa dan negara mengikut agakkan dan pendapat sendiri tanpa sebarang kajian yang mendalam yang boleh menjadi petunjuk-petunjuk terhadap kejayaan yang akan dicapai sekiranya sesuatu program itu dilaksanakan.Ditambahkan lagi dengan sikap sombong disamping terdapat sesuatu kepentingan tertentu yang menafikan sama sekali pendapat cendik pandai di sekeliling.Kuncu-kuncu pulak yang nampak kebaikan untuk diri mereka lantas menunjukkan sokongan padu terhadap program tanpa memikirkan adakah kebaikan yang sama diperoleh majoriti rakyat kita?Adakah sesuatu yang baik untuk kita dan keluarga kita, mesti baik juga untuk majoriti rakyat dan keluarga mereka di dalam negara kita?Inikah rupa pemimpin untuk rakyat?

    ReplyDelete
  2. alahai sedih sebenarnya kalau corak/pattern pendidikan dikormersialkan sebegini...persis diurusniagakan ler nih tu pasal carca-merba..lagipun wa tau dulu lagi Prof. Ungku Aziz memang dah lama hentam penglibatan politikus & korporat yg oppurtunis yg berkepentingan nih dlm urusan pendidikan & masa hadapan generasi hadapan. Kalau betul-2 serius, pasti mereka bijak mengkaji & meneliti keluhan, rintihan, bantahan 'ahli'/pakar bijak pandai dalam bidang-2 teras lagi penting.

    Pegawai-2 kerajaan mungkin payah nak bantah sepenuh hati walaupun mereka nampak kepincangan sebarang idea tu..maklum ler cari makan/jaga periuk nasik/kejar jawatan/dll. Tak salah mereka 100%. 1% ada gak ler...hehe....Tu ler payah kerja dgn majikan yg songsang nih...amanah ke mana? kecoh 1Malaysia jika jenis ni berkuasa buat keputusan.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!