18 September 2009

Ramadhan oh Ramadhan!

 
(ni wa rembat kat blog akak maymot..ahh wa persetankan leteran dio..benda baik kita kena panjangkan, gunapakai, dio gak dapek pahalo..tak gitu akak maymot? hehe)

Ramadhan oh Ramadhan!
Datangmu membawa pengampunanku,
Sentiasa sudi memberi dari rahmat Tuhanku,
Penuhi alam dengan keberkatanmu.

Oh Ramadhan bulan yang mubarak,
Indah tercipta dengan pelbagai kenikmatan-Nya,
Allah oh Tuhanku yang Maha Esa,
Yang Maha Mengetahui apa jua yang kusembunyikan,
Terasa dekat dengan-Mu tidak seperti lain waktu,
Saat-saat begini terkenang pesuruh-Mu Muhammad s.a.w.,

Yang banyak berjasa demi agamaMu,
Moga aku tergolong dalam umatmu Ya Rasulullah Ya Habibullah.

Oh bulan Ramadhan,
Dikau menggembirakanku,
Dengan janji fadhilat ibadah wajib dan sunat,
Aku usahakan apa yang terdaya,
Dalam mengerjakan suruhan dan larangan-Nya,
Moga ia penuh makna buatku jua.

Kini dikau kian melangkah pergi,
Pergi meninggalkan kami semua,
Untuk sekian kalinya,
Kutitipkan doa agar dikau sudi bertemuku lagi,
Oh sedih hati ini membenarkanmu pergi,
Meninggalkanku meratap kehilanganmu,
Takut-takut kita tak dapat bersua lagi.

p/s:   Khas untuk semua pembaca budiman.... 

SELAMAT MERAIKAN RAYA FITRAH...&
SALAM AIDILFITRI....... berhati-2 di jalan raya & makan kuih raya tu...bukan apa-2, moga kita bertemu lagi Ramadhan tahun lain..leh blogging lagi, chatting etc. Kot dah ajal tu, moga selamat jumpa Tuhan kita, Allah Ya Rabbul Izzati.

2 comments:

  1. Kini dikau kian melangkah pergi,
    Pergi meninggalkan kami semua,
    Untuk sekian kalinya,
    Kutitipkan doa agar dikau sudi bertemuku lagi,
    Oh sedih hati ini membenarkanmu pergi,
    Meninggalkanku meratap kehilanganmu,
    Takut-takut kita tak dapat bersua lagi.

    Berdoalah kita bersama supaya Allah memanjangkan usia kita dalam kesihatan, keselamatan dan kebajikan lalu sekiranya bertemu lagi kita dengan ramadhan yang akan datang, dapatlah kita penuhinya dengan amal-amal yang melahirkan kecintaan mendalam kepada-Nya demi meraih keredhoaan-Nya.InsyaAllah...Tiada yang lebih berharga daripada keredhoaan-Nya.

    ReplyDelete
  2. oh cpj is back on biznez...hehe...dah selamat balik dr. raye kat kampung yer? alhamdulillah...leh sambung pose 6 lak pasni kot? insyaAllah..wa lum ..mungkin Senayan (Isnin) ni.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!