16 September 2009

Mat Sah kini kembali bebas

Akhirnya ia pasti berlaku,
Hidup atau mati,
Menjelang lebaran,
Mat Sah kembali nikmati kebebasannya,
Kembali dia kepada keluarganya,
Dibebaskan oleh sang durjana,
Terpaksa.
Dia ditahan atas tuduhan yang samar,
Tidak ia dibuktikan malah direka cerita,
Tidak dia dibicarakan seadilnya,
Seperti umum sejagat mengenali sistem keadilan mahkamah,
Undang-undang sial menahan sesiapa tanpa bicara.
Demi Allah apakah undang-undang serupa ini?
Demi Allah apa salahnya kami menongkah arus?
Melawan kebatilan kekejaman undang-undang karut ISA itu,
Sekerat mereka mungkin berasa begitu berkuasa,
Mampu menahan sesiapa jua tanpa belas insan,
Hanya kerana syak wasangka?
Atas nama keselamatan negara?
Benarkah bagai dikata?
Bila mana mereka berdemo melaung kata-kata nista,
Memaki agama setengah masyarakat minoriti kita,
Menimbulkan fitnah besar ketegangan kaum dan agama,
Tidak pula mereka ditahan atas nama keselamatan negara?
Mengapa tidak guna ISA untuk menangkap mereka?
Siasatan polis begitu lama meneliti bukti,
Oh tahu pula mereka dakwa di mahkamah?
Apakah lagi yang kita mahukan daripada pihak sana?
Sedangkan keadilan pun tidak saksama.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!