04 October 2009

B-day 10/6



Aku tidaklah kisah pun hal mengadakan majlis keraian ulangtahun kelahiran atau 'birthday' aku. Memang bukan budaya aku amalkan kerana saban tahun pun begitu. Walaupun ada orang terdekat mahu meraikannya, aku menolak dengan penuh hemah atau mungkin ada juga pernah aku bantah sama sekali. Bukan tidak mahu berseronok dan memberikan keseronokan itu kepada orang lain seperti keluarga, sahabat taulan tambahan kanak-kanak yang tentu sekali menanti dan sakan menyambutnya. Aku ada pendirian tersendiri mungkin. Kalau dihitung tahun mungkin kita terasa makin tua atau semakin menghampiri kematian. Itu aku tidak ada masalah seperti terasa malu atau takut menerima kenyataan. Tidak sama sekali.
Aku pernah terfikir 1 perkara dan kini ia menjadi 1 lagi prinsip hidup aku. Ia berkaitan Islam itu sendiri. Mungkin ada yang menjengkel, mengeluh "Asyik-asyik kena rujuk anjuran agama Islam?" Memanglah, sebab aku Muslim, kenalah ikut cakap (perintah & larangan) Islam. Kalau aku Kristian pun aku kena ikut (kata) Bible. Senang hendak paham begitu, bukan?
Apa yang Islam anjurkan mengenai meraikan ulang tahun kelahiran? Tidak ada yang suruh pun. Larang pun tidak (Kalau salah, sila betulkan aku). Tapi bukankah 9 Rabiiul Awal itu kita (ehem sekali lagi bukan aku, spare me) sambut Maulidul Rasul? Orang sibuk mengenang, mengingati kelahiran Rasulullah Muhammad s.a.w. yang kita cintai - sila rujuk buku seerah Raheeq al Maktoom (ada menyebut 12 Rabiiul Awal tetapi ulama menyatakan tarikh 9hb adalah lebih tepat berdasarkan kiraan). Barangkali ada yang terlupa atau memang tidak tahu mengenai tarikh kewafatan (kematian) baginda ialah 12 Rabiiul Awal (juga). Sama atau hampir sama tarikh 'B-day' dan 'D-day' itu punya erti besar dalam meraikannya. Aku bukan mahu sembang pasal 'Bid'ah Hasanah', 'wahabi' dan lain-lain perkara yang mungkin berbangkit. Aku cuma mahu tahu adakah kita gembira meraikan 'birthday' atau 'kewafatan' baginda s.a.w.? Eh, ada persoalan akidah di sini, bukan perkara kecil atau remeh-temeh. Memang kita boleh kata kita meraikan kelahiran tetapi bukankah ia mendatangkan 1 fitnah sepertinya kita juga meraikan 'kepemergian' baginda juga?
Adakah hukum 'sunat' menyambutnya? Untuk mengatakan sesuatu perkara itu sunat, ia perlu berasal dari perkataan, perbuatan, atau diam Nabi. Adakah baginda meraikannya? atau keluarga baginda? Para sahabat? atau sekurang-kurang baginda membiarkan sesiapa meraikan untuknya? Setahu aku tiada nash membuktikan 'kewujudan keperluan' perkara di atas. Maka konklusi aku ialah semua ini hanya kerana budaya kita pada zaman ini di serata dunia kini sejak berabad-abad telah menerimapakai budaya meraikan 'birthday'. Jadi, rasional akal kebanyakan kita tidak teragak-agak 'membenarkan' ia dalam kehidupan kita termasuk ulamak Islam. Seperti ia 1 kewajipan atau setidaknya ia harus diraikan saban tahun. Canggung dan dicemuh pula kalau kita tidak meraikannya dengan kelaziman dalam budaya tempatan seperti 'kenduri kesyukuran', 'doa selamat' sehingga ada yang sanggup berbelanja besar mengadakan 'special party'. Ada yang hilang 'virginity' menyambut sweet 17? Macam-macamlah.
Maka perkara sebegini akan memencilkan orang-orang yang tidak mampu atau tidak mahu meraikan majlis 'birthday'. Mereka akan dilihat pelik, tidak sosial, 'uncivilised' dan pelbagai label lain. Minoriti ini haruslah cekal, sedar dan faham ungkapan mengapa 'Islam itu dulunya dagang, kembali ia dagang' di zaman serba moden yang mencabar iman dan Islam ini.

p/s: wa tak gamak kata salah sambut 'birthday' tu, atau kata haram sambut Maulidur Rasul...cuma melontar buah fikiran mengapa setengah kita tidak menyambutnya seperti orang lain. Salah ker dosa ker, tu kita pikir ler sendiri, buat pun buat ler, tanggung sendiri sendiri, kan? 

10 comments:

  1. Walaupun tarikh lahir sama dengan tarikh wafat, tetapi sambutan/mengingati kelahiran sudah tentu tidak sama dengan mengingati kewafatan orang yang kita kasihi.Perbezaan ini sudah pasti dari sudut niatnya, tata cara atau kaedahnya serta pengisiannya.Ada perkara yang Nabi buat kita tidak boleh buat(tidak boleh ikut), dan ada pula perkara yang kita selalu buat tetapi di zaman nabi tak ada dan Nabi tak buat.Jadi jangan kita pening kepala dengan perkara-perkara yang menjadi khilaf atau ikhtilaf para ulama'.Masalah bidaah pulak telah lama dibincangkan oleh para ulama' dan dianggap telah selesai, cuma kita perlu menyusun 'batu-bata' dengan betul supaya menjadi'bangunan' yang kukuh.Allahuaqlam.

    ReplyDelete
  2. betul tu cpj...wa cuma nak bagitau wa tak sambut birthday .. dan sambut maulidur Rasul hanya kerana baru nak ingat sama Nabi s.a.w. hari tu...patutnya hari-2 pun mau ingat, cinta sayang sama baginda, memahami ajaran apa yg baginda bawa/diutus iaitu Al-Quran & sunnahnya. Sambut pun ok wa ingat tapi cam wa citer atas ler..bukan hari tu saja baru nak beriya-iya ingat, kenang hormat ke nabi. wa saspek ramai orang kita sikap gitu..malang ler camtu. Tu aje.

    ReplyDelete
  3. heppi bufday hanz
    eh i mean
    heppi tua day! muahaha

    moga panjang umur.. murah rezeki, sentiasa diberi kesihatan yang baik..



    nur

    ReplyDelete
  4. happy birthday hanz azdi, semoga panjang umur, dilimpahkan rahmat dan rezeki,beroleh kesihatan dan keselamatan, sentiasa dalam kebajikan dan keredhoaan-Nya...
    itu saja yang dapat cpj hadiahkan buat teman blogger yang paling akrab.

    ReplyDelete
  5. kalo org ucap slmt hr jd hanz terima x?
    saje je...kut2 hanz x nak ingt besday ni...
    bagusla kalo xnk sambut menyambut ni...
    ape pn slmt ulang thn kelahiran yg ke berapa ni hanz ? semoga murah rezeki sokmo...

    ReplyDelete
  6. Terima tu hanz tetap terima ..hanz gembira terima ucapan selamat & hadiah pun (if any).. cuma wa tak buat majlis khas/party cam orang bese buat tu kan? tu ler maksud hanz dlm entri...untuk makluman wa dah 30 dah..& so untuk segala UCAPAN selamat (birthday) korang sahabatku semua, wa ucap balas - TERIMA KASIH. all the same to u all too.

    ReplyDelete
  7. Ooo...Happy Birthday...

    Moga2 terus maju dan berjaya.

    Kak tie hanya sambut birthday semasa umur 3 tahun... masa tu maklong yang beria2 nak buat party, dialah yang buatkan kek dan baju birthday tu. Tapi sekarang dia dah pergi, takkan jumpa lagi... mungkin di akhirat.

    Kak tie tak rasa sambut birthday tu penting. Kak tie cuma bersyukur, ibu dan ayah agak tegas mendidik kak tie, dan kak tie tahu hargai mereka meskipun hanya dengan doa.

    ReplyDelete
  8. hah kak tie Terima kasih atas ucapan selamat tu...tu ler sebenonya maksud hanz, kita tak beriya nak sambut birthday kita dgn adakan party/majlis..bukan salah nak sambut pun cuma cukup ler as it is..mungkin hadiah tu ok gak..ucapan tahniah tu pon ok.

    ReplyDelete
  9. hey besday boy!! heppy besday to u (dun care if u du celebrate, im still wishing, co wishing is like praying..) n im wishing u many more happy days to come!! all the best dear fren..

    (p/s: hanz, i think, i've known u the longest in the cyberspace.. so, fwen fowever.. :P )

    ReplyDelete
  10. indeed, back to '03 (maybe '02).. nice to know u Evelyn & befriend with u all these times.. long may it be ... cheers 4 yer wishes, doa & thoughts & i wish u Evelyn always in happiness. God bless us all.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!