07 October 2009

Bencana Alam: Hukuman atau Ujian?



Are we really going towards the end of this world? Dah nak kiamatkah dunia kita? Aku berasa saat-saat dunia yang kita diami ini sudah kian nazak. Hampir ada sahaja berita bencana alam setiap hari di kaca TV dan media cetak. Cuaca sudah tidak menentu. Di Malaysia, mungkin sekarang musim tengkujuh di mana hujan sentiasa turun. Tak silap aku, lazimnya hujan turun lebat sekitar bulan Oktober sehingga awal tahun Januari. setiap tahun. Tahun ini sahaja hujan sudah turun dengan lebat (walaupun bukan setiap hari) seawal bulan Ogos? Sehingga berlaku banjir teruk di setengah-setengah kawasan. Mungkin telahan aku meleset. Lupakanlah!
Tahun 2004 berlaku tragedi tsunami di beberapa negara Asia, bencana angin puting beliung 'Hurricane Katrina' yang juga mengakibatkan banjir besar pada 2005 di kebanyakan kawasan selatan Amerika Syarikat (United States), pada 2008 angin taufan (cyclone) yang melanda negara Myanmar, meragut ribuan nyawa dan terbaru, gempa bumi di Padang, Indonesia, adalah antara rentetan peristiwa bencana alam di seluruh dunia. Sebenarnya ia menakutkan dan suatu petanda aras untuk kita semua perlu bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan dan akibat penangannya.
Eloklah kita bersiapsiaga, mungkin kita boleh menyelamatkan nyawa, mengelak kecederaan (safeguard against injuries and loss) dan kehilangan atau kerugian harta benda. Orang selalu berpesan seperti "Sediakan payung sebelum hujan". 'Natural disasters' bukan kehendak sesiapa manusia, semuanya ketentuanNya. Sesiapa pun boleh mengalami malang terlibat dan terjerat dalam kecelakaan bencana alam seperti wabak penyakit, banjir,  kebuluran, jerebu, angin taufan, tanah runtuh, kebakaran hutan, tsunami, gempa bumi dan lain-lain.
Some people dare to question God’s goodness of why do these natural disasters need to  ever happen. Mereka mengeluh dan membentak ketentuanNya yang nayata menyusahkan mereka. Mereka tidak mampu menerima kenyataan ini semua (Just couldn't come to term of "acts of God", that is Allah s.w.t.) adalah sebenarnya keputusan (sunnatullah qadak dan qadar) Allah.  Maka ketika itu mereka sudah menganggap bencana itu sebagai suatu hukuman. Sesungguhnya mereka terlupa untuk terus bersyukur atas nikmat-nikmatNya lain yang sudah banyak dianugerahNya (while no credit is given to God for years of peaceful weather, prospherity and others). Teguhkan pegangan kita di saat yang mencengkam iman kita, moga-moga kita terselamat daripada tergelincir akidah kita. Berusaha mencari jalan keluar bagi semua masalah yang sebenarnya menguji  kita (so it’s not lingering about in our system). Setidak-tidaknya jika kita atau sesiapa sahaja ditakdirkan gagal menyelamatkan diri daripada bencana alam jangan kita juga gagal ujian Allah s.w.t. yang berserta dengan bencana alam berkenaan. Tiada apa yang kekal di dunia ini (Just enjoy life whilst it lasts) maka nikmati  kehidupan dan pasrah. Yang kekal abadi hanya di akhirat. Kejarlah ia. InsyaAllah. 
 
p/s: Marilah kita tolong membantu sekalian manusia sejagat yang dirundung malang akibat bencana alam dengan kapasiti kita yang ada. Jika bermampuan pergilah menghulur bakti  dengan berkhidmat seperti menyertai gerakan 'seek & rescue', hulur derma ubat-ubatan, pakaian, makanan dan minuman. Paling tidak pun haruslah kita prihatin untuk memanjatkan doa kepada Ilahi. 1for-ALL-for1. 
 

4 comments:

  1. semua yang hidup pasti akan mati kecuali Yang Mencipta mati, cuma lambat atau cepat, ikutlah takdir masing-masing.Apa yang penting ialah kalau hidup biarlah beriman dan bertaqwa, dan kalau mati biarlah mati dalam iman dan taqwa.Lambat mati pun kalau hidup bergelumang dosa dan mati dalam kesesatan(kita berlindung dengan Allah drpdnya)apalah gunanya...

    ReplyDelete
  2. 100% sokong.

    "Sesungguhnya .... hidupku,matiku, adalah untuk-Mu Ya Allah!"

    ReplyDelete
  3. ALLAH yg jdikn bencana alam pulak yg dpt nama,kenapa x sebut bencana ALLAH...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kunyil kerna sudi komen...Bencana alam tu bahasa semua kita senang paham..semua tu tak kira orang Islam, Melayu, India, Kristian, ateis dll. Tapi kita yg paham Islam patutnya tahu beza tu bencana Allah = bala' Allah..tu baru hukuman...semua boleh terkena walaupun dia rasa dia tak terlibat dlm kes tu...Kalau rasa bencana=ujian Allah = tu ukuran/nilai iman & ketaqwaan kita.
    Jangan kita rasa beriman & bertaqwa, hingga kita didatangkan ujian, kan? Ujian tu masing-2 hal & lain jalan. kalu wa salah tulis, betulkan ler...tq

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!