10 October 2009

FAM memang Sarkas


Aku sebagai peminat bolasepak amat terkilan dengan kegagalan skuad bolasepak senior negara memenangi  sebarang kejohanan selama hari ini. Bukanlah memenangi Piala Dunia yang aku impikan tetapi cukuplah  Malaysia dapat menebus maruah dengan selalu menjuarai pertandingan bolasepak Sukan Sea, sehingga Malaysia mampu melayakkan diri ke pentas Piala Asia dan menjuarainya suatu hari nanti.

Setelah dikaji, maka didapati kemerosotan prestasi skuad negara adalah kerana perkara-perkara di bawah:
1) Pucuk pimpinan FAM hanya pandai main 'politik' dan tidak berjaya menyumbangkan idea pembangunan bolasepak yang ternyata berkesan. Mereka di atas ini hanya pandai cakap (ada seorang tu pandai menulis dalam kolumnya dalam sebuah suratkhabar tempatan) TETAPI sebaliknya kurang cekap, kurang berpengetahuan dalam memajukan bidang bolasepak.
2) Muka lama masih kekal memimpin FAM (seumur hidup pulak tu?Tak malukah?). Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kanan yang hanya pandai membodek, mengorek dan bersolek. Bodek untuk kekal kuasa dan pengaruh. Kerja mengorek untung dan pendapatan secara langsung dan secara tidak langsung dengan menyandang jawatan tinggi dalam FAM. Akhirnya mereka pandai pula bersolek, berhias-hias untuk bermuka-muka dalam 'press conference' sebelum dan selepas sesuatu perlawanan bolasepak. Kalau Malaysia kalah  biasanya mereka inilah dengan muka yang tiada riak sedih pun akan membentangkan ribu an alasan itu dan ini. Tunggu pula kalau Malaysia menang atau kalah bergaya (seperti kalah 2-0 kepada Manchester United tempoh hari), kononnya merekalah tunjang kebangkitan skuad negara.
3) Penyingkiran dan pemboikotan pemimpin atau bekas pemain negara yang mampu merealisasikan impian adalah amat dikesali. Contoh, Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil yang pernah terlibat dalam kepimpinan FAM. Inilah sifat 'bodoh sombong' yang ditunjukkan oleh kepimpinan FAM dulu, kini dan mungkin selamanya. Sepatutnya orang-orang yang berintegriti, ikhlas, cekap dan berpengalaman luas dalam bolasepak negara seperti Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil, perlu diketengahkan dalam FAM dalam pembangunan bolasepak negara. 
4) FAM sentiasa konsisten dalam tidak mempunyai pendirian yang teguh di dalam satu-satu ketetapan. Liga Malaysia menjadi carca-merba akibat keputusan yang tidak menentu FAM. Sejak era Liga Semi-Pro lagi telah berlaku macam-macam pertukaran format dalam Liga Malaysia yang hanya menguntungkan sebahagian pasukan (terutamanya Selangor dan Pahang). Terkini, tiadanya pemain import untuk Liga Super. Isu ini melemahkan publisiti dan kemeriahan liga itu sendiri. Isu gaji pemain tertunggak sehingga berbulan-bulan adalah memalukan negara. Bagaimana ia masih berlaku dan mengapa ia tidak berjaya ditangani oleh FAM? Macam-macam isu yang berupakan 'distraction' akan hanya merencatkan fokus, sumber dan tenaga kita memajukan bolasepak negara.
5)Pemilihan barisan pemain adalah meragukan untuk mendapat hasil yang baik. Contoh, barisan pertahanan perlulah pemain yang bersusuk badan yang tinggi dan tegap, mempunyai kualiti bertahan yang baik, tangkas di udara (air prowess), lincah (agile). Pemain yang sentiasa dipilih adalah mereka yang rendah (bantut?) untuk perlawanan atau kejohanan antarabangsa. Pemilihan 2 orang 'Centre Back' yang berketinggian 1.70 atau 1.72 meter adalah 'membunuh diri' (suicide). Sekurang-kurang, mereka perlu bertinggian 1.80 meter dengan menepati lain-lain ciri-ciri sebagai CB yang bagus. Begitu juga lain-lain posisi kecuali pemain sayap (winger).   

Aku cadangkan FAM mencari jalan untuk membentuk pasukan senior yang mantap dan dapat menyaingi Jepun dan Korea Selatan dalam 3 tahun mendatang. Apa pun projek pembangunan seperti Skuad Harimau Muda (B-20) dan B-23 (Hari-hari mau kot?) hendaklah dikekalkan bermain bersama dalam satu pasukan untuk jangka masa yang lama untuk membekalkan barisan pemain berkualiti tinggi untuk skuad senior. Perbanyakkan perlawanan yang kompetatif dan status antarabangsa. Susun jadual liga supaya skuad negara boleh selalu berlatih bersama dan sentiasa bersedia menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa seperti bertemu Jepun dan Australia. 

Lain-lain hal berbangkit, FAM perlulah mengatasi kemuraman liga tempatan dengan membenarkan pasukan negari dan kelab diusahakan sebagai entiti syarikat korporat swasta supaya mereka berdikari dan mampu menanggung segala perbelanjaan pasukan seperti English Premier League. FAM juga sepatutnya menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk maju ke hadapan. Antaranya, melobi untuk menganjurkan World Cup 2018 atau 2022 atas kapasiti tiket ASEAN bersama-sama dengan negara Singapura, Thailand, Vietnam, atau Indonesia.

p/s: Cukuplah aksi sarkas daripada pucuk pemimpinan FAM dan pemain bolasepak negara. Enough is enough!

4 comments:

  1. cpj nak cadangkan supaya bekas-bekas pemain negara yang pernah mewakili negara diberi biasiswa melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam dan di luar negara di dalam bidang-bidang tertentu yang boleh membantu memajukan sukan negara seperti bola sepak.Pemain yang telah senior/berumur lebih tua diberi ilmu dan latihan dalam menjadi pemimpin organisasi sukan, manakala yang lebih muda diberi ilmu dan kemahiran dalam menjadi jurulatih-jurulatih dan pegawai-pegawai tertentu bagi sesebuah pasukan sukan.Dengan pengalaman yang mereka telah ada semasa mewakili negara di samping ilmu, latihan dan kemahiran yang dipelajari diperingkat sarjana muda atau sarjana di universiti di dalam dan di luar negara, mereka boleh lahir sebagai orang-orang yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan negara termasuk bola sepak.Lebih ramai mereka yang terlibat lebih baik, kerana negara memerlukan ramai pemimpin, pegawai dan jurulatih sukan yang berwibawa.Pemimpin yang dah tua bangka, tak ada pengalaman bermain untuk negara dan tak ada ilmu dan kemahiran langsung mengenai sukan boleh belah dan tak perlu campur tangan, lebih-lebih lagi pemimpin politik yang nak menggunakan sukan sebagai batu loncatan baginya mencapai keperluan diri sendiri.Mereka inilah sebenarnya parasit yang melemah dan merosak.

    ReplyDelete
  2. hanz suka sangat pandangan cpj tu. Kita elok mengkormersialkan saja liga bolasepak tempatan dengan para pemimpin/peneraju harus ada ilmu secukupnya untuk meneraju & mengkordinasi kehendak organisasi/persatuan sukan/kementerian sukan pun. Orang politik elok bagi laluan kpd. orang yg sekurang-kurangnya memang berminat & berpengalaman mewakili negeri/negara dlm bidang sukan mereka. Kalau politikus menyibuk selalunya suatu perkara mudah jadi susah, berbelit-2 dgn mcm-mcm alasan diberikan. Melainkan mereka tolong cari
    sponsor'/penaja/isi tabung, tu elok mereka ada sikit peranan, yg bukan dominan dlm hala tuju organisasi. ha ah kita elok ambik bekas pemain yg sanggup belajar (ya ok juga diberi insentif biasiswa/geran sukan) selok belok pengurusan & kepimpinan untuk jadi pelapis pemimpin akan datang. bekas pemain yg lebih muda eloklah diberi peluang jadi jurulatih (semua jurusan e.g. fitness,dll) di semua peringkat umur di negeri & negara. Maka kuranglah kebergantungan kita kpd jurulatih import khususnya dlm bolasepak. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. hanz, i like this one. hehehe..


    tp amik yg berpengalaman pon, kalau yg jg penaung tu seumur idop gak bodo nye, takde maknanya jugak hanz.

    ReplyDelete
  4. hehe Elyn...sesungguhnya tak ada maknanya kalau tonggaknya cam tak sedarkan diri (lagi & lagi) tu...payah nak buat kerja, reformasi.
    Alhamdulillah berkat doa (entah sapa?) anakandanya sorang tu tahu malu nak ambik tahu hal bolasepak dah...baguslah dia pakai akal, sekarang elok dia jaga hoki...moga-2 dia berjaya bawak hoki ke pentas dunia (now world rating M'sia ke-16) sekurang-kurangnya layak ke World Finals tahun depan, coming Nov. ni d Auckland NZ.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!