02 October 2009

NASIHAT: Berhati-hati di jalan raya



Amaran! Entri ini adalah 1 khidmat nasihat. Jika sesiapa pembaca blog saya tak mahu dinasihat, sila berhenti membaca seterusnya.
Terima kasih kerana terus membaca dan mahu dinasihatkan. Nasihat ini berkisar pembentukan sikap berhati-hati di jalan raya (termasuklah lebuh raya, ya!). Kita bicara mengenai sikap berhati-hati ini 1 amalan mulia yang terbit daripada hati yang baik. Tanpa hati yang baik, hampir pasti tiada juga sikap berhati-hati dalam semua perkara yang kita lakukan mahu pun fikirkan. Oleh itu, disarankan semua pengguna jalan raya dan lebuh raya (highway) supaya mempunyai hati yang baik supaya kita boleh berhati-hati. Bukan apa, dengan adanya sikap berhati-hati, kita mampu berfikir dengan baik dan wajar seperti orang (manusia) normal, bukan seperti orang gila yang tidak boleh berfikir sewajarnya sehingga membahayakan diri sendiri dan nyawa orang lain (yang kemungkinan besar tidak gila sepertinya).
Akal hendaklah sentiasa digunakan untuk menyelamatkan keadaan dan nyawa kita dan orang lain. IQ orang normal akan sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya. Di atas jalan raya yang kelihatan tenang (innocent?) pernah meragut nyawa manusia. Maka, pasti kita yang waras akan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum dan semasa perjalanan kita ke apa jua destinasi kita. Pasti kita akan memeriksa kenderaan kita supaya elok keadaannya, enjinnya, brek dan sebagainya. Minyak (petrol atau diesel) pun kena diisi dalam tangkinya. Gila, jika tidak isi 'fuel' (secukupnya) melainkan kenderaan kita memang tak perlu minyak - pakai arang batu, air atau pakai doa jampi saja.
Selain itu, dengan sikap berhati-hati kita mampu mengawal emosi untuk menangani segala dugaan dan cabaran di jalan raya. EQ orang yang waras sememangnya berbeza-beza. Tetapi di atas jalan raya seseorang yang IQ tinggi pun akan bertukar tidak semena-mena kepada seorang yang persis binatang buas yang ganas, kasar dan membahayakan.  Ada yang menjadi seorang penjenayah atau samseng jalan raya dalam sekelip mata dengan sikap yang agresif lagi membahayakan. Ini kerana cabaran, dugaan dan masalah-masalah yang timbul bukan  sedikit dan kecil. Ia bisa saja menyakitkan mata, hati, dan juga menyesakkan dada. Merimaskan. Jangan biarkan kita kerasukan oleh 'hantu' jalan dan lebuh raya dengan sentiasa mempertingkatkan EQ kita. Dengan EQ yang tinggi akan menjaga kita supaya sentiasa berhati-hati, tenang, bersabar dengan cabaran dan masalah di jalan raya, selain  boleh bertolak-ansur dengan sesama pengguna jalan raya yang lain. Apabila semua orang telah membudayakan amalan berhati-hati di jalan raya, kita semua akan selamat. Tanpa keraguan. Insyaallah. Seterusnya, banyak nyawa boleh diselamatkan - kerana kemalangan tetap berlaku di mana-mana - berpijak di bumi yang nyata. Sehingga kita tidak perlu peraturan jalan raya seperti tanda had laju untuk menyekat kelajuan kita di jalan dan lebuh raya kerana semua kita berhati-hati demi keselamatan bersama. Lampu isyarat? Juga tak perlu di setiap simpang 3 atau 4. Dengan sikap berhati-hati, maka cukuplah kita bersabar dan bersopan santun menunggu giliran kita.

Hehe..aku bermimpi di siang hari ker?

5 comments:

  1. Anda tidak bermimpi hanz!...Di malam atau di siang haripun anda TIDAK bermimpi.Sebaliknya minda anda telah mencapai satu tahap yang paling tinggi! hehe...mungkin selepas mendapat ijazah universiti ramadhan yang baru lalu.Sekiranya semua manusia berfikiran dan beramalan seperti yang anda nyatakan, dunia akan aman, makmur dan selamat, sama ada di darat, di lautan di jalan raya atau di lorong sempit.Cpj nak tambah sikit...Selain IQ dan EQ, kita juga mesti mempunyai SQ dan OQ yang 'tinggi'...sekiranya keempat-empat Q ini digabungkan dan mempunyai keseimbangan dalam diri setiap orang, maka apa lagi masalah?Itulah Hikmahnya kita dikurniakan Rasul dan Al-Kitab, tetapi berapa orang yang mahu ikut?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! ape kebenda lak SQ & OQ tu cikgu? oh perkaitan iman & spiritual yer? a ah ler...tu patut ade pada semua kita orang Muslim & jadikan amalan sehingga kita memang benar-2 hebat dlm segala perkara (yg +ve) dlm kehidupan ini.

    ReplyDelete
  3. Salam hanz, mengenai IQ sudah menjadi perkara biasa bagi semua orang, tetapi ESQ sesuatu yang dianggap baru oleh kebanyakan orang, untuk memahami hanz boleh rujuk alamat ini:http://esq.com.my/v1/
    manakala OQ jarang dibincangkan, ia mengenai urus tadbir diri, suasana sekeliling dan organisasi yang disertai.Bagi cpj ada satu lagi ia itu PQ yang mana berkaitan dengan fizikal kita.Tidak ada apa yang pelik kerana Ilmu semua milik Allah.Mudah-mudahan bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Salam hanz, komen dan ulasan Ustaz Zaharuddin mengenai ESQ 165 dari Indonesia yang menjadi isu kont tu, hanz boleh rujuk kat alamat ni:http://www.zaharuddin.net/content/view/828/72/ mudah-mudahan dapat sikit maklumat tambahan.

    ReplyDelete
  5. ok cikgu..terima kasih. ada dengar pasal ni tapi tak mendalaminya...hehe.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!