Ini sesi kita belajar istilah dan maksud tersurat bahasa kita supaya 'kita faham bahasa'. 'Korban' ada beberapa makna kepada sesiapa yang berakal atau berfikiran rasional. Ia boleh bermakna kematian (seperti dalam gambar di atas) kerana nahas atau kehilangan jiwa/ nyawa yang disebabkan oleh sesuatu malapetaka atau peperangan.
Ia juga merupakan suatu ibadat sunat yg dilakukan dengan menyembelih binatang berkaki
empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah”. 'Korban' ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, pada Hari Raya Korban (juga dipanggil Hari Raya Qurban atau Aidil Adha), iaitu, antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga
terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Dalam gambar di atas, sepertinya Tok Adi sedang berkorban??? Bukan kot? hehe).
Ia boleh bermakna kesanggupan manusia melakukan atau
menanggung sesuatu sebagai tanda kasih atau setia ~ pemberian. Di sini seseorang ber'korban' kasih untuk menahan sabar dengan menderita seorang diri demi kasih sayang kepada seseorang atau mereka yang lain. Dengan kata mudah, ianya suatu pengorbanan. Contohnya, anggota keselamatan kita seperti pihak polis, tentera dan sebagainya yang bersabung nyawa dalam tugasan berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair. Juga tidak lupa ibu dan ayah kita yang selama ini berjasa membesar dan mendidik kita, para guru, keluarga tercinta, sahabat-sahabat dan sesiapa jua. Kemungkinan kita sendiri juga biasa melakukan pengorbanan dalam beberapa hal kehidupan kita. Haiwan pun berkorban untuk anak-anaknya. (Gambar ibu harimau di atas tiada kaitan dengan manusia yang berkorban, harap maklum..hehehe).
Lain makna ialah seseorang yang menanggung kesusahan atau kecelakaan
akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang lain ~ mangsa. Di sini, mangsa mungkin sengaja disakiti (fizikal atau mentalnya), dianiaya kepercayaannya, dikhianati 'rakan' (baca: musuh dalam selimut), dijatuhkan maruahnya, digulingkan kuasanya, dimaki, dicemuh, difitnah dan sebagainya (seperti orang yang di'highlight'kan). Persoalannya, adakah beliau yang sudah sekian lama sedia berkorban, akan menjadi mangsa lalu terkorban oleh wacana pihak tertentu?
p/s: am proudly giving my unwavering loyalty to TGNA whom i trust most in PAS supremacy when recently he did amply demonstrated how good and conscious he was as an Islamic leader. Though he arguably did some mistakes, he was fast to rectify the situations which proved his great quality in this political battle of many, once again. He as always was, is keen to do his absolute best for Islam and PAS. Not like many in PAS, so to speak.
Alas, I strongly believe, soon after he steps down, with no current leaders as charismatic as him, PAS have NO more claims on the champion of the people. PAS will lose more seats than they'd have imagine in the coming poll, albeit, no corrections, no better in leadership, no reform made ASAP. That's the peoples' (umum=rakyat) belief... am afraid.
Alas, I strongly believe, soon after he steps down, with no current leaders as charismatic as him, PAS have NO more claims on the champion of the people. PAS will lose more seats than they'd have imagine in the coming poll, albeit, no corrections, no better in leadership, no reform made ASAP. That's the peoples' (umum=rakyat) belief... am afraid.
Orang zalim suka mengorbankan nyawa tanpa hak, sebelum terkorban dengan kezaliman mereka, salahkah orang yang kena zalim berdoa supaya pihak yang zalim tu 'terkorban' terlebih dahulu? hehe...hanz jawab soalan cepumas ni.kihkihkih...
ReplyDeleteoh deme memang cenggitu, deme yg zalim,tapi kata orang yg kena zalim (dizalimi) tu zalim mendoakan kemusnahan deme tu...hehe...analogi 'orang gila tak ngaku dia gila tapi kata/tuduh orang lain gila' terpakai di sini, cpj...mua ha ha.
ReplyDeletesalam...setiap manusia akan usaha dengan sungguh terhadap apa yang diyakininya.......kita sebagai orang islam...kene yakin bahawa ,kita akan mendapat kejayaan apabila kita mentaati perintah Allah dengan cara yang dilaksanakan oleh baginda saw....
ReplyDeletewaalaikum salam Anak Pendang Sekeluarga...Terima kasih...
ReplyDeleteinsyaAllah kita boleh merancang, usaha, mengharap..tetap Allah yang menjayakan semuanya untuk kita.