Dua tiga malam ini cuaca elok dan kelihatan bulan mengambang penuh. Cantik sekali. SubhanAllah. Tiada apa yang sia-sia di alam semesta ini yang dijadikan-Nya. Teringat pula Zulhijjah adalah bulan terakhir Takwim Islam, maka bakal menjelang adalah tahun baru 1431 Hijriah. Ahlan wa sahlan yaa Muharam.
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum
Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat
mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada
Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam
itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud
'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan
peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan
itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Berkenaan 10 Muharam iaitu Hari Asyura, nanti ada entri lain pula mengenainya. InsyaAllah.
Ahlan WaSahlah WaMarhaban Bikum.Mudah-mudahan Tahun baru hijrah akan memberi satu sinar baru kepada Islam dan pejuang-pejuang-Nya.Semoga menjadi tahun yang lebih baik untuk kita hanzie.
ReplyDeleteterima kasih untuk doa tu cikgupj..mudah-2an begitu ler atau lebih baik lagi kpd kita semua..InsyaAllah.
ReplyDelete