Pertubuhan PEKIDA adalah sah di sisi undang undang pertubuhan negara Malaysia. Ia dinamakan PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA. Antara lain objektif pertubuhan ini ialah:
1 - Untuk menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2 - Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
3 - Mempertahankan negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
Keahliannya adalah terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam. Pada tahun 1997, PEKIDA telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan pada tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli (rujuk http://www.pekida.com.my/).
Keahliannya adalah terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam. Pada tahun 1997, PEKIDA telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan pada tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli (rujuk http://www.pekida.com.my/).
Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu.
Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka (rujuk http://rnd.pekida.org/portal/). Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan.
Maka siapa pula 3 line(s)? Pekida 30? Pekida 36? Dan lain-lain nama yang dikaitkan dengan PEKIDA? Mari kita lihat, jika terdapat kebenaran, di mana kaitannya dengan PEKIDA MALAYSIA? Dan jika terdapat kesalahan di mana kepalsuannya? Mungkinkah mereka ini hanya 'musang berbulu ayam' atau 'musuh dalam selimut' yang hanya menumpang nama kepada sebuah pertubuhan yang sah sedangkan mereka adalah penyangak, perompak, pencuri, samseng dan penjenayah? Mungkin! Begitulah persoalan di minda kebanyakan orang awam yang musykil tentang kegiatan yang salah di sisi undang-undang oleh setengah orang yang mengaku ahli Pekida Malaysia. Sehingga begitu ramai remaja yang bersikap kasar, berperangai buruk mengaku pula melibatkan diri dalam Pekida Malaysia. Kemungkinan kelemahan individu tertentu yang memalukan maruah dan nama Pekida?(rujuk http://pekidabukitberuang.blogspot.com/2009/05/pekida-harus-dibubarkan.html).
Rasionalnya, jika individu yang bergelar ayahanda itu bersikap kasar ala samseng atau gangster, maka pengikutnya akan mengikut jejak langkah mereka. Ayah manakah yang menggalakkan anak-anaknya berbuat perkara jahat yang salah di sisi undang-undang Islam? Semestinya ramai anak tidak berani tegur seorang ayah yang jahat. Ayah yang berjiwa besar dan bertanggungjawab pastinya akan segera membetulkan keadaan diri sendiri dan anak-anaknya. Jikapun seorang ayah itu tidak mampu hendak mengajar semua perkara yang baik, janganlah pula beliau memberi contoh yang tidak baik atau mengajar perkara jahat dan berdosa seperti mengumpat, bergaduh, mencarut, mengutuk dan memfitnah orang lain atau beranggapan beliau sahaja yang betul fahamannya.
Perjuangan yang hak (benar) hanya dilandasi ajaran Islam adalah kerana Allah semata-mata. Maka tidak timbul keraguan bahawa seseorang ahli Pekida, walau setinggi mana pun jawatan dan pengaruhnya, TIDAK BOLEH sewenang-wenangnya, melanggar undang negara, malahan pula undang-undang Islam. Kepada mereka yang 'syok sendiri' dan mengaku ahli Pekida tetapi hanya bergelumang perkara dosa maka fikir-fikirlah dengan mendalam perjuangan kalian. Sedarlah diri diuntung sebelum bala daripada Allah menimpa kerana keangkuhan dan kekejaman hasil perbuatan sendiri. Insaflah!
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!