Bilik mesyuarat pada malam itu terasa hangat membakar. Peluh memercik membasahi janggut dan serban ulamak-ulamak dan peserta yang hadir mesyuarat. Sedangkan bilik dilengkapi penyaman udara yang berfungsi sempurna. Sepatutnya cukup sejuk dan selesa. Detik waktu berlalu juga terasa begitu panjang. Selepas seorang demi seorang mengutarakan hujah masing-masing, tiba-tiba seorang tua berusia setengah abad dan berkopiah putih, ABC, dengan selamba telah menyergah Tok Guru di hadapan semua hadirin, dengan kata-kata,
"Tok Guru dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya negeri".
Wah! Terkejut hampir semua peserta. Kelihatan ada yang cuba menyembunyi riak muka yang sebentar tadi mulai senyum. Dihilangkan senyuman tersebut demi sekutu. Demi konspirasi mereka. Jangan pecah rahsia. Masih terasa hangatnya pelukan asmara si Amnor dalam pertemuan sulit. Nikmat yang bakal disajikan mendamba pengorbanan yang bukan sedikit. Bayangan jawatan yang dijanjikan dengan imbuhan yang lumayan berligar di kotak fikiran. Justeru, mereka harus menerus lakonan demi kejayaan wacana tersebut. Mesti pandai menyembunyi muslihat dengan menjaga adab. Biarkan ABC terlebih dahulu memulakan langkah derhaka terhadap Mursyidul Am.
"Kalau boleh MB pun rakyat tolakmu sekarang ni. Menteri Besar, banyak lagi yang boleh kerja kalau Tok Guru berhenti." ABC menambah.
Sesiapa pun calon pengganti yang dimaksudkan oleh pak lebai ABC untuk menggantikan Tok Guru tidaklah sepenting perlunya adab dan rasa hormat pemimpin atasan dalam menegur dan mengkritik pemimpin yang jauh lebih mulia dan begitu berjasa. Apa sudah jadi sehingga tiada langsung berlapik kata atau diplomasi. Bersikap kasar dan angkuh hanya merumitkan keadaan. Lagaknya tak ubah seperti penyangak jalanan sahaja. Nampaknya kian parah penyakit barah kepimpinan daripada yang umum sangkakan. Tiada yang mustahil lagi bagi mereka menjayakan agenda tersembunyi mereka jika halangan terakhir iaitu Tok Guru dapat disingkirkan. Tok Guru yang selama ini menjadi sumber inspirasi kebanyakan orang kini di dalam dilema dan diasak oleh, dahulunya sahabat, kini telah bertukar menjadi musuh kepadanya. Harapan umum pastinya mendoakan Tok Guru berjaya mengatasi cabaran dan dugaan tersebut demi perjuangan lain yang jauh lebih besar.
....bersambung.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!