Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada individu-individu yang pernah membiayai beliau untuk menunaikan haji dan ada yang mahu berbuat demikian tahun depan. Beliau tidak menganggap ia sebagai satu bentuk rasuah.
"Orang nak bawa saya pergi ke Mekah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Mekah, jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (untuk membiaya saya ke Mekah)," kata beliau.
Biarlah SPRM siasat dahulu kes ini. Satu fitnah/dakwaan kepada sesiapa pun kita perlu bagi kebebasan sikena tuduh /dakwa menjawab dengan alasan dan bukti untuk menyangkal atau menegakkan kebenaran di pihaknya. Itu sistem perundangan dan pengadilan yang biasa diamalkan. Terbuka dan adil. Bukan seperti akta ISA yang terbukti zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Sudahlah didakwa dengan tuduhan dan label yang maha berat, si kena tuduh langsung tiada ruang untuk mempertahankan maruah untuk dibicara di dalam mahkamah terbuka demi menyangkal segala tuduhan dan membukti diri di pihak yan benar. Undang-undang apakah itu? Kesian si pencipta 'petaka' kini sudah berada di satu alam lain, meninggalkan legasi yang hanya mengundang bukan sahaja kemarahan rakyat tetapi pasti Si Maha Pencipta.
Jika perkara menaja seseorang pergi menunaikan ibadah haji adalah satu bentuk rasuah, aku berasa segala macam bentuk tajaan daripada mana-mana pihak sekalipun seperti kita ditaja mengikuti satu rombongan (jalan-jalan, cuti-cuti Malaysia) JUGA SATU RASUAH. Mana mungkin seseorang bermurah hati untuk menaja begitu ramai kawan (?) yang mungkin tak pernah dikenali, atau, baru dikenali, ke destinasi yang dekat dan jauh, tanpa tujuan tertentu? Ini semua sudah menjadi amalan biasa oleh semua orang
kita terutama orang-orang politik atau orang berada. Tak kira daripada parti UMNO mahu pun PAS.
Tentu ramai orang-orang kampung, penyokong dan pemimpin UMNO kawasan dan cawangan sanggup berebut untuk mendapat
imbuhan 'rasuah' pergi menunaikan ibadah haji pula selepas ini. Mereka pun sudah tahu jemu selalu disogok dengan kenduri-kenduri makan, 'home party', 'clubbing', 'rasuah seks' dan taklah asyik-asyik 'sponsor rombongan' ke Putrajaya, Litar Sepang, pekan Golok,
Hatyai, Phuket, Medan sahaja (hehe..Apa kelas, kan?)
Pandangan aku, tak ada apa salahnya orang nak taja aku boleh pergi haji/umrah dan dapat buat lebih
ibadah di Mekah sana? Ya betul, jika tolak pun pelawaan orang yang menaja kita itu, lagi baiklah untuk elakkan fitnah. Tambahan pula kita orang berpengaruh dan punya jawatan besar dalam sesuatu syarikat atau negeri atau negara. Ya salah, jika orang itu kata, "Saya suka nak rasuah anda pergi buat haji/umrah,", itu bukankah terang-terang dia nak 'rasuah' kita? Takkan kita tergamak nak juga pergi ke Mekah sebegitu. Hati pun tak tenteram nak menunaikan haji, kan?
Bukan apa, harapan aku ialah kita sama-sama mendapat saham pahala daripada Allah, dengan penaja
(sponsor) yang tolong membayar, dapat pahala,
dan kita yang sanggup di'taja' pergi buat ibadah haji, pun dapat pahala haji. Diharap juga JAKIM merestui penggunaan chop 'halal'nya dalam hal penajaan sebegini agar semua orang Islam dapat merasa imbuhan yang sama.
p/s: ...hehe
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!