13 November 2009

Duit Tajaan Kali Ini Diragui???



Tuan Guru dengan ini telah mengumumkan penangguhan pemergiannya menunaikan ibadat haji ke Mekah walaupun ada pihak yang berhati mulia sanggup untuk membiayai kos pemergiannya ke Baitullah. Dikhabarkan sewaktu pengumuman tersebut beliau agar sedih dan terpaksa menahan sebak di hati.
Beberapa perkara positif yang boleh diambil iktibar di sebalik peristiwa ini ialah:
  1. Beliau (TGNA) pasti telah puas muhasabah dan memikirkan yang terbaik untuk semua dan akhirnya untuk dirinya sendiri. Maka sekiranya beliau bertahajud beberapa hari ini berkenaan soal dan masalah tajaan dan fitnah yang mengiringnya maka keputusan itu amat tepat sekali pada waktu (cepat dan betul). Beliau pasti menerima qadak dan qadar yang membayangkan ini semua kehendak iradat Allah s.w.t. yang tidak memperkenankan pemergiannya ke Baitullah kali ini. Maka biar pun ini suatu wacana jahat oleh pihak tertentu bagi menggagalkan pemergian TGNA ke Baitullah hendaklah beliau pasrah dan redha.
  2. Siapa pun mereka yang ingin menaja TGNA tidaklah wajar cepat berputus asa untuk menaja orang lain pula. Ramai lagi calon-calon yang boleh ditaja sebagai galang ganti TGNA untuk menunaikankan ibadah haji ke Mekah. Utamakan rakyat atau orang biasa yang miskin yang tentunya terpaksa bersusah-payah betahun-tahun mencari dan memenuhi kemampuan demi menyahut seruan haji ke Baitullah. Itu juga suatu perbuatan yang mulia dan tanpa sebarang kepentingan duniawi, maka adalah lebih aula dalam menjaga keikhlasan hati. Jika penaja hanya mencari dan menaja para ustaz dan ustazah atau Tuan atau Tok Guru, maka 1 quota haji mungkin hanya dipenuhi oleh orang yang sama saban tahun. Ini tidak adil kepada sesiapa yang dalam barisan menunggu giliran mereka ke Baitullah. Fikirkanlah nasib orang yang kurang mampu dan kurang upaya (OKU) di sekeliling anda (penaja). Kegembiraan mereka yang ditaja adalah bekalan anda di akhirat selain ganjaran pahala "haji pasti diterima oleh Allah (haji mabrur)". Itu pun dengan syarat penaja dapat sejujurnya mempastikan segala perbelanjaan penajaan adalah daripada sumber yang halal dan bersih mengikut syariat Islam.
  3. Maka sedikit sebanyak masalah persepsi telah diuruskan oleh TGNA dengan tepat. Karismanya mendahului musuh-musuhnya untuk menjerat dan merosakkan imej TGNA, PAS dan Pakatan Rakyat juga. Sesungguhnya beliau pastiunya sentiasa cuba memperbaiki diri dan orang-orang pimpinannya (yang sekutu/berkawan dengannya seperti orang-orang bukan Islam dan parti bukan bertunjang Islam seperti DAP dan lain-lain) dalam berbuat semua perkara demi mencari keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat kelak. Aspirasi rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem politik negara dan perubahan pucuk pimpinan negara kepada PR hendaklah dihayati dan ditepati oleh pimpinan dengan pengurusan persepsi semasa umum yang sentiasa selari dan baik.
p/s: Hat lain yang bawa segala mak nenek fitnah kepada diri, PAS dan PR tu camna pulak tindakan mereka? Cepatlah bertindak, jangan diamkan saja. Berat ler camni... iskhh!

2 comments:

  1. OK, tapi kita jangan pula menjadi penghalang kepada orang yang nak buat kebajikan.Entah-entah orang yang menaja tu, bukan sahaja menaja TGNA saja tetapi orang-orang miskin bersama rombongannya sekali!...

    cpj:bersangka baik.

    ReplyDelete
  2. hehe cpj...Hanz kalau sebelah TGNA pun tetap hanz bisik Tok Guru toksoh ambik tajaan tu..biar ambo cari duit untuk Tok Guru..ambo kutip sorang seriya kat mano-mano ceramah..tentu leh kaut RM30K dlm sebulan saja. Jual nama dia sebagai Tok GUru saja tu...belum hanz jual nama dia sebagai kempen untuk MB (kerajaan Klate)..tu lagi terangkat ler...semua kontraktor,peniaga dll yg ada kepentingan mesti bagi cheque punya..kurang-2 pun hanz minta tolong depa derma RM1000 sorang...hehe...mungkin ada yg nak press coference & ambik gambo penyerahan replika cek depa...nak masuk surat khabar ni..kurang-2 Harakah..hehe

    Kesimpulannya, TGNA kena ingat dia bawak amanah pemimpin & rakyat perhati dia. Jadi kalau bukan dia penjawat awam/orang kerajaan ada ker orang biasa nak bagi/bayar tajaan tu? kan ada hadis pasal pengutip zakat tu dapat sikit hadiah drp pemberi sedekah, pun Nabi tegur salah perbuatan tu.
    Jadi pada hanz, bukan pasti salah dia ambik tajaan tu TAPI TETAP SALAH di mata rakyat terbanyak & takut-2 Memang salah pada pandangan Allah s.w.t...Elok ler dia kansel orang sponsor dia mulai hari ni.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!