24 December 2009

Aurat? Apa halnya?

Aurat adalah bahagian anggota badan yang perlu ditutup daripada pandangan mata ajnabi atau bukan muhrim kepada kita, umat Islam sama ada lelaki atau wanita. Selalunya, rata-rata umat Islam menekankan penutupan bahagian rambut wanita.
Disaran seperti dalam gambar (untuk wanita). Comel apa sapa yang muka baby-face bertudung? Minah saleh 'omputih' pun anggun bila bertudung. Sejuk mata memandang.




Sapa pun nak kelihatan cantik. Lelaki tentunya nak nampak segak dan kuat (seperti gambar sebelah). Tapi kena tahu juga aurat lelaki. Nak kena jaga aurat tu sampai mana dibenarkan untuk ditunjukkan. Dan bila keadaan membenarkan nak tunjukkan lebih? Perempuan/ wanita pun begitu juga, nak kelihatan cantik dan menawan (seperti gambar Zeta Jones & Angelina Jolie di bawah...wow!). Pasti ramai jejaka dan veteran pun akan berpaling kepala, menjeling mata & tak melepaskan peluang untuk melihat keayuan seorang wanita yang sebegitu cantik. Bagai bidadari syurga? (Aku tak mampu jawab pasal aku belum masuk syurga & lihat 'angels'..hehe)
Anak dara atau budak perempuan zaman sekarang, entah macam mana, tak menepati kehendak syarak dalam menutup aurat. Nak cantik memang kena ikut fesyen, pakai kosmetik dan sebagainya. Tapi jangan jadi kes awek yang menampakkan  underwear dia. (Seperti gambar sebelah kanan -awek tudung). Mungkin dia tak sengaja kot. Ya, mungkin. Tapi seeloknya pakai ler baju tak sendat & singkat, tak ada ler jadi begitu. Lain kali lebih berhati-hati ler & beli ler baju & seluar yang lebih panjang & saiz sikit. Longgar sikit. Nampak pun sopan.

Tapi yang penting 1 saja aku nak pesan. "Janganlah sampai tak malu, dedah sana-sini, tak bertempat!" (seperti gambar-gambar di bawah). Tahu ler depa tu kiut, cantik, comel. Tapi...ah, sendiri mau ingat! Macam-macam ragam ler.

Kalau boleh segan (malu) ler sikit, baik lelaki mahu pun perempuan. Belajar bersopan, kalau tak tutup aurat sepenuhnya pun. Kalau dah boleh tutup aurat tu, bersukan pun tutup ler aurat kita (seperti gambar atlet di kiri kanan). Jangan bagi alasan tak ada 'special sport gear' pulak? Oh, mungkin mahal harganya.
Tapi pada pendapat aku, tak payah ler sapa-sapa yang baru nak berjinak dengan Islam, iman atau yag baru insaf & bertaubat & nak tutup aurat tu, pi sanggup nak bungkus seluruh badan & kepala. Mula-mula ni, tak usah nak tutup aurat sampai pakai burqa, jilbab atau seumpamanya (seperti wanita di bawah). Belum sesuai masa kot. Jadi, ikut tahap iman & kesesuaian hati individu. Perlahan-lahan pun tak apa, janji selamat sampai destinasi kita. Jangan drastik sangat, bawa laju ni bahaya terbabas. Speed  kills? So we go " Slow & steady, okay! "

p/s: Me..must admit, can't resist the temptation to discover who behind the veil whose got a pair of lovely eyes.

2 comments:

  1. kihkihkih...malu nak tenguk yang tu...malu-malu kucing@malu-malu ayam...wakaka...

    dia orang tu agak pelik, dia dedah sini dedah sana tentulah nak suruh orang tenguk kan? tapi bila kita tenguk dan perati betul-betul sampai nak keluar bijik mata, dia orang marah pulak kat kita.nape ye? patutnya dia ucap la mace,maceh,maceh...sebab sudi kongsi dosa dengan I dan kalau nak tenguk lebih sila datang jumpa ayah dan ibu I...kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. ada mata, pandang...tu depa kata rezeki...Jantan/lelaki/pria mana mampu tunduk pandangan,'panahan iblis' cenggitu? Tak ramai boleh = ada kekuatan iman/taqwa cenggitu. Average people jadi cam "Kucing mana tolak ikan?"; "Buaya mana tolak bangkai?"...hehehe.
    Tapi bila pandang tak kerdip mata hingga datang syahwat, tu dah bukan rezeki kot...sah, tak elok, tak baik pandang pun. Salah kita le pandang cenggitu...Salah orang/budak pompuan pakai cenggitu jangan le kita kisah sangat..sbb kita kemungkinan tak dapat nasihatkannya. Nak marah pun, orang tu bukan adik sendiri pun. Jadi kita ambik iktibar & buat sempadan aje le.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!