23 December 2009

Kebaikan-Kebaikan Merokok ...



Guys, be jolly be estatic. Mari gembira! Sakan ler kita semua perokok sedunia meraikan berita gembira ini. Selama hari ini orang cemuh kita dengan pelbagai kata-kata nista. Ada kata perokok mencemar alam sekitar ler, membunuh diri ler hingga kerajaan  tergamak mengguris hati kita perokok tegar dengan kempen besar-besaran seluruh negara tentang bahaya merokok. Kita dah jadi bahan diskriminasi dan cacian masyarakat. Mereka suka suka saja menganggap kita tak ubah seperti penagih dadah. Eh! mana ada dadah? Rokok bukan ker sah ada lesen oleh kerajaan? Perokok malah di anggap '2nd class people' atau mungkin kelas 'ekonomi' saja. Syarikat rokok sampai diharamkan taja pasukan bolasepak negeri/kelab.

Bukan ker doa mangsa yang teraniaya akan dikabulkan. Bersyukurlah! Kepada Allah jua kita panjatkan doa dipanjangkan & diberkati umur kita. Diampun & diberi peluang bertaubat lalu mensuci jiwa dan diri. Berkenaan sesiapa yang kata para perokok tiada kebaikan apa-apa, suruh dia mengucap bayak-banyak dan bawa bersabar. Bertenang! Ini aku nak bagi bukti kebaikan perokok memang ada. Telah terbukti. Setelah dikaji-kaji ada banyak sebenarnya kebaikan merokok ini, tapi cukup ler 3 kebaikan merokok aku bagi di sini. Antaranya ialah:
Alasan-alasan saintifik/ ilmiah/ etc  kajian di atas ada disertakan. Sila baca dengan klik pada mana-mana kebaikan merokok di atas.
Selain kebaikan di atas, ditambah lagi di bawah kebaikan lain merokok:~
  • Senang memulakan perbualan dengan sesiapa jua ("Eh! Ada rokok?";  "Bos dah makan?" etc)
  • Senang dapat ramai kawan & mengeratkan ukhuwah/silaturahim (Bukan ker bagus tu? Terutama yang merokok ler, i.e. "Nah sekotak sorang, aku belanja rokok ni" etc. )
  • Dapat ketenangan minda dan jiwa sambil melihat kepulan asap rokok (terutama mereka yg baru putus cinta, sebab asyik tengok kepulan asap rokok dia tak ler pikir nak bunuh diri, etc.)
  • Pendapatan negara bertambah (Tengok perokok ni masyarakat produktif/berguna kpd ekonomi negara. Beratus juta RM perokok dah sumbang cukai kpd negara. Tak payah ada GST sepatutnya)
  • Merokok lebih mulia (Dibandingkan daripada hisap dadah, dam, gam mahupun petrol, kan?)
Hah! Hebat, bukan? Caya la, wa cakap sama lu. Itu ler pertemuan yang menyayat hati aku dan para peminat rokok sedunia. Terima kasih kerana merokok! Thanks for smoking. What say you?

Merry smoking...Enjoy it, smokers & let's put our minds at rest before yeah..we're finally Rest In Peace....  ho ho ho!~

16 comments:

  1. salam ziarah>>
    hohoho.. ni la 1st time ochie bc isu sal ni sum1 suport smoking is good for you.. huhuh,..
    no komen.. tp..
    herm.. risiko tetap tanggung la bila dal merokok tu.. heheh ker mcm na incik hanz??

    o

    ReplyDelete
  2. Teman tambah sikit lagi;
    *penoreh getah boleh menghalau nyamuk sambil menoreh
    *sesetengah orang rasa bergaya dan berkeyakinan diri
    *orang kampung boleh menanam tembakau-menambah mata pencarian
    *rokok keretek melariskan bunga cengkih dalam perusahan

    Bagi cpj walaupun sejuta kebaikan disenaraikan, namun ianya tidak akan dapat menandingi harga/nilai anggota yang diciptakan oleh pencipta untuk kegunaan kita 'beribadat' kepada-Nya.Itulah anggota Peparu yang dilindungi tulang-tulang rusuk yang menandakan ianya sangat perlu untuk dilindungi.Peparu ini anggota penting untuk pernafasan, yang mana luas permukaan untuk penyerapan oksigennya menyamai keluasan sebuah gelanggang tenis.

    Sekiranya merokok akan menyebabkan liang-liang penyerapan oksigen tertutup oleh tar dan merosakkan anggota yang tidak terhingga nilainya yang dianugerahkan oleh pencipta, cpj tetap menolak untuk merokok.Kahkahkah!...bolehkah hanz berhujjah dengan hujahan penciptaan ini...hehe...jom berentap...kihkihkih...

    ReplyDelete
  3. ARISTIONO NUGROHO

    waaleikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

    thanks for pay a visit...i'd be glad to do the same to your place late on.

    found it interesting? U can say that again...u're the only one who interested ths far, the others are just interested in laughing at me...he he he

    Please come again for more.

    ReplyDelete
  4. Ochie~(^_^)v~

    waaleikumussalam warahmatullahi wabarakatuh & terima kasih jengah blog tak seberapa aku ni..hehe

    Seikhlasnya entri ni cycnical, saja-2, main-main saja...don't take it seriuos, maksud aku 180% lain...tu memang stail aku me'mutih'kan sebarang isu, masalah, 'pengkelabuan' etc.

    jadi tu ler maknanya "read between the lines" ..kritis & kena reti baca yg tersirat disebalik tersurat...cpj leh tolong ajor Ochie~(^_^)v~ hal ni.

    ReplyDelete
  5. cikgupj,
    waaleikumussalam warahmatullahi wabarakatuh (eh ade bagi salam ker? takpe ...hehe)

    cpj ade aje tak puas hati dgn 'kebaikan' yg diutarakan...kalau camtu aku rasa walau berjuta 'kebaikan' merokok aku bagi tentu cpj ler antara orang yg membantah membangkang protes & sakit hati dengan 'kebenaran' yg cuba i bawak ke tgh ni....hehe..tapi takpe. Perbezaan pendapat tu bukan ker rahmat untuk kita jugak? hehe ..Persaingan kompetetif diperlukan untuk jana pemikiran/ minda kritis, kreatif, inovatif, produktif ..jadi bila u take a sniff at this, i hold no grudge...fight fight fight!

    Camni aje ler cpj...Kebaikan & manfaat merokok tu dikaburi oleh propaganda para doktor termasuk dentists, doktor haiwan dll tu, sedang mereka pun merokok. Depa saja kata bahaya merokok sbb depa makan gaji dgn kerajaan..depa takut melawan arus perdana (menteri, presiden..hehe)..apa kata orang atas, kena ikut saja ler.
    Kalau kita buat pengutan suara di serata ceruk dunia, dan jika kita rajin betanya, ramai orang akn menyokong perokok daripada menyokong Obama mahu pun Osama. Jadi perokok menang undi popular.
    Lagi pun aku ingat perokok tak nak hidup lama-lama kat dunia ni. Depa dah nampak 'syurga' kot..dah tak sabar nak ke sana..kampung "abadan abadi".. Depa pun cam dah tau tau depa takkan hidup lama setelah depa sain 'kontrak' bila memula tabiat merokok tu....adat ler no pain no game...no smoke no fun, maa!

    sekian..hujah drp pihak pembela/defendan. Sila plaintif (cpj) patah hujah ana dgn nash drp kitab kuning ker kitab putih ker pulak, tgk camna? hehe

    p/s: Hakim kita sapa ni? Yang Arif Ochie kot? hehe

    ReplyDelete
  6. makin ramai 'menyokong kebenaran' merokok. Tak caya klik (atau copy paste link) kat blog Mountdweller d bawah:

    http://mountdweller.blogspot.com/2009/12/apa-pendapat-orang-yang-lebih-tahu.html

    ho ho ho...let's chant "we want smoking"

    ReplyDelete
  7. snippet drp cerita di blog Mountdweller

    .....Bukan kesemua kerajaan seluruh dunia berkongsi masalah yang serupa. Jepun dan Greece mempunyai jumlah perokok dewasa yang tertinggi di dunia tetapi kejadian barah peparunya rendah sekali. Bercanggahan dengan negara Amerika, Australia, Russia dan sesetengah kepulauan Pasifik Selatan yang memiliki angka perokok dewasa yang kecil tetapi kejadian barah peparu amat luar biasa tingginya.

    Ini ialah klu penting dalam mendedahkan pembohongan media yang mengarut betapa “Merokok menyebabkan barah peparu”.
    ++++++++++

    hehe

    ReplyDelete
  8. ....Sebarang teori saintifiknya, ianya mesti dibuktikan menurut peraturan/prosedur yg sgt ketat yang sah diterima secara universal oleh para saintis. Pertamanya, bahan yang disyakki (asap rokok) mesti diasingkan, kemudiannya digunakan dalam ujian makmal yang dikawal bagi menghasilkan keputusan sepertimana yang didakwa, yakni dakwaan bahawa "barah peparu dalam mamalia".
    Malangnya, setelah didedahkan kepada puluhan ribu ekor tikus putih dan tikus ujian jenis lain kepada 200 batang rokok sehari untuk bertahun, “sains perubatan’ TIDAK BERJAYA = GAGAL mengesan barah peparu ke atas tikus-tikus tadi.

    Ya, anda telah membacanya dengan tepat. Untuk selama berpuluh tahun, ratusan ribu doktor perubatan yang 'protagonist'/makan gaji telah secara sengaja berbohong kepada rakyat tentang bahaya rokok/merokok.

    Saintis yang sebenar/tulen telah menyebabkan penyelidik perubatan yg telah 'dibeli' itu tercekik dengan hasil kajian mereka. Ini kerana ujian perbandingan antara ujian butiran radioaktif dengan asap rokok membuktikan secara konklusif untuk sepanjang masa yang - Merokok TIDAK menyebabkan barah peparu dalam sebarang keadaan. Tambahan pula dalam satu ujian besar secara tidak sengaja yang tidak dibenarkan untuk didedah kepada umum, saintis sebenar telah membuktikan dengan jelas yang merokok sebenarnya membantu melindungi dari barah peparu.
    -------------

    na na na ...

    ReplyDelete
  9. hehe...hanz, hujah tu dah biasa teman dengar dan memang ada bukti saintifik tentang kebenarannya, tapi masalah merokok bukan hanya berkisar sekitar barah peparu, tetapi yang lebih penting ialah perbandingan keupayaan PEPARU YANG SAMA menyerap oksigen sebelum menjadi perokok tegar dan selepas menjadi perokok tegar dalam satu tempuh yang ditentukan.Hanya kajian yang seperti ini akan dapat membuktikan kebenaran saintifik merokok baik atau buruk untuk peparu.Perbandingan sama sekali tidak boleh dibuat melalui kajian tikus atau binatang lain atau antara manusia dengan manusia lain.Keupayaan peparu seseorang dengan seseorang lain adalah berbeza.Oleh sebab sukar untuk membuat kajian seperti yang cpj nyatakan maka sukar untuk pembuktian tersebut.Walaubagaimanapun sudah banyak kajian saintifik dijalankan dan membuktikan bahawa merokok memberi kesan negatif terhadap keupayaan penyerapan oksigen dan daya tahan kardiovaskular seseorang atlet.Oleh sebab itu atlet prestasi tinggi tahap dunia tidak merokok tetapi penggunaan dadah adalah satu isu yang lain.Cpj tidak kesempatan untuk memberi bukti kajian-kajian saintifik mengenai apa yang cpj nyatakan itu.

    Cpj tidak hairan tentang pertikaian ini, kerana ini bukan satu isu yang baru, ia telah dihahaskan oleh banyak pihak.Pihak-pihak yang menyokong merokok itu tidak merbahaya juga tertipu dengan doktor-doktor yang mempunyai kepentingan dalam membuat kajian berkenaan, maklumlah hasil jualan rokok adalah antara penghasilan yang tertinggi bersama dengan industri arak.

    Fatwa ulamak yang menghukumkan haram merokok(asalnya makruh) yang tidak diwara-warakan oleh media cukup memberi ingatan kepada kita bahawa lebih baik kita meninggalkan merokok yang merugikan kita sebaliknya menguntungkan syarikat rokok yang membantu yahudi menghentam umat Islam.kihkihkih...nampak macam serius jer...tak sempat nak bukak kitab kuning!...

    ReplyDelete
  10. wah makin rancak pencak silat kita ni cpj...lawan tetap lawan, sampai sorang aje menang...hehe

    Rokok pada atlet memang patut ler semua cikgu pj sedunia, fitness coach, personal fitness instructor (hehe) terima pakai kajian saintifik/ ujian klinikal, yg dah byk dilakukan oleh pakar-2 bidang ni. Tapi apabila kita membandingkan rokok pada manusia sejagat/orang umum cam teman ni...Tak boleh kita terus menghukum / buat premature assumption yg merokok tentu membunuh seseorang yg merokok akibat jangkitan barah. Tak tentu...Kematian akibat Barah yg terbukti akibat amalan merokok, berapa kes? Setiap tahun? Apa statistik fantastiknya? Kalau ia memang sgt tinggi katakan 10 ribu orang mati sakit barah akibat amalan merokok, ok tu aku sokong dakwaan tu. Kalau kes kematia tu serius & stastitik betul tepat tentu kerajaan 1Malaysia kecoh bahaya rokok...tentu tak perlu kerajaan 1Malaysia belanja berjuta RM (dikhabarkan, cecah ratusan jutaa RM?) untuk kempen perangi rokok...NONSENSE...apa ker faedah buat camtu bila ada byk jalan mudah kerajaan 1Malaysia boleh buat untuk lawan rokok ni. Ketirisan wang rakyat berlaku adalah dijangka di sini. Pembaziran yang merugikan duit kerajaan/rakyat. Senang, tak payah kerajaan lulus lesen segala berkaitan rokok & tembakau. Import pun diharamkan. Tak payah pikir & bentang usul di Kabinet/ Parlimen, cukai rokok nak kena dinaikkan. Sisha paipon seumpama dgn merokok juga kena dilarang sama.
    Ajak semua ulamak haramkan rokok dan kuatkuasa larangan tu dgn tangkap sapa merokok masuk lokap..anggap ia 1 jenayah.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++

    p/s: Sebenarnya saja nak highlight macam cpj kata ler, semua tu ada kaitan usaha kerajaan 1Malaysia pimpinan (atau dipengaruhi elemen)orientalis,kapitalis,opportunistic politicians (money-oriented)..They seem rather like to see its people die,or, suffer from any risks (in this case - smoking) or causes, as long they & allies dapat apa depa nak (power, undi, jawatan, cukai, GST etc). Thanks f*** to those bigots/ zealots.

    ReplyDelete
  11. Kesimpulannya, selagi pihak yang membuat dakwaan, tuduhan, pembuktian atau apa2 saja termasuk kemenangan kes di mahkamah@serumpun dengannya tidak bersandarkan keimanan, ketakwaan dan keikhlasan, sebaliknya mempunyai kepentingan duniawi tertentu, semuanya HAMPEH tak boleh pakei dan tidak boleh dipercayai walaupun mak bapak sendiri.hehe...kes selesai, tutup fail-keputusan seri 1-1.kihkihkih...

    ReplyDelete
  12. Tak juga..tak seri...last minute memang teman jaring gol, tapi pengadil batalkan, lineman angkat bendera tanda 'OFF SIDE' ..goal not allowed...mike menang ler...courtesy own goal, hasil usaha teman berjaya jaring gol sendiri.

    hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam.. CPJ n Hanz>> whua rancaknya mereka.. ehhe.. ochie teman jer la erk duk nengok cni.. huhu.. x reti nak bangkang kat mana.. suma hujah brilliant

    ReplyDelete
  14. Ochie kami (hanz & cpj) berdua ni memang pantang berjumpa, kami akan buka langkah pencak silat..akhir silat langkah 1000...cabut lari...hehe.

    kami main-main saja tu...saja mengutarakan hujah-2 tepat atau sipi atau tak kena mengena pun ada, rojak sekali..hehehe...bukan kami nak debat/pidato betul-2 cognitif, comprehensive..tu kena 100% facts no others but facts only.

    Ochie nak komen apa-2, bila-2 pun tak apa, takda masalah.

    ReplyDelete
  15. Hehe..Kucing Parsi...kalau belum merokok elok berentilah niat nak merokok pun...If u r indeed like many other smokers, just enjoy it whilst it lasts...hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!