19 December 2009

Entri ke-100...what a milestone?


Hari ini hari Sabtu, 2 Muharam 1431H (19 Disember 2009) aku merayakan entri ke-100. Nothing special to be proud about. Kebetulan kita masih di awal tahun baru Islam, eloklah aku menjemput semua untuk, .. eh! Bukan jemput mai kenduri kat rumah aku, bukan! Sebenarnya, aku nak jemput kita dengan maksud mengingatkan diri kita semua supaya menjadi manusia yang berguna pada pandangan Allah s.w.t. dan juga mulia di kalangan sesama manusia sejagat. Itu saja.

Terlanjur (eh! Ini 'terlanjur'  bukan berkaitan perkara dosa yg sinonim dgn maksiat tu..hehe) ber'blog' ini, bagus juga, ada juga medium aku salurkan idea, luahan hati dan sebagainya. Special thanks kepada sahabat maya aku yang berkelana sampai Australia tu, sebab dia ler memperkenalkan jodoh aku dengan jelitawan bernama 'blog' ni...ahakz!

Maaf ya, blog aku tak sepi daripada cerita politik (mostly about PR), sukan (mainly football, no no not that American football or Aussie one..this ball really kicked around on the ground..hehe) agama Islam sikit-2 dan ada juga ler beberapa sajak. Jadi aku mintak maaf ler kot ada yang termuntah, jemu, mengantuk nak baca entri-2 aku. Cerita lain aku tak ada 'golden touch' & 'feeling'. Aku pun tak reti nak komen hal politik secara total pasal aku rasa korang nak kenal UMNO ker, MCA ker BN ni, korang baca saja ler suratkhabar 'vernacular' dia orang atau tengok saja ler TV terutama slot berita nasional jam 8 malam. Bertahun korang tengok media UBN ini korang akan kenal ler 'hati budi' dia orang. For me, i've had enough of theirs' stories. Tak ada apa yang 'new' kecuali sensasi, korupsi, manipulasi yang sudah tak menyelerakan aku lagi.

Untuk tujuan pembugaran blog aku, aku janji perubahan yang lebih dinamik, jika tak drastik pun, untuk menambah baik kualiti penyampaian dan penyebaran info dan ilmu kepada semua.  Aku tak ada ler niat nak tambah senarai pembaca atau 'follower'. Bukan kerana itu aku ber'blog' ini...Bukan Kerana Nama...Asal nawaitu tetap sama sehingga ke hari ini (Kot berubah pun bila 1 hari aku dah jadi orang politik & ada jawatan besar e.g. Ketua Cawangan atau YB). Niat aku kalau ada kebaikan dalam apa-apa aku tulis, sapa-sapa nak 'forward' & 'copy paste & ceritakan kepada yang lain, silakanlah. Kalau rasa tak elok / fitnah dsb'nya tu, silakanlah tegur aku untuk pembetulan.

Segala 'yang baik' dan 'buruk' adalah daripada Allah s.w.t. jua, dengan maksud 'yang buruk' itu daripada kesilapan atau kekurangan (kelemahan) diri Hanz dalam menterjemahkan maksud sesuatu kepada kalian semua.

Terima kasih atas sokongan & teguran anda para sahabat & pembaca semua.

Hanz
Ketua Pengarang (hehehe)

2 comments:

  1. Tahniah hanz, agaknya inilah antara azam tahun baru yang telah direalisasikan?Bina rumah baru, tapi lebih lengkap kalau rumah+tangga=rumahtangga.
    kihkihkih...janganlupa undang cpj!

    ReplyDelete
  2. a ah yer cpj, teman memang belum kawin LAGI (3?)...hehehe... eh cpj ...hehehe ..mike tatau laghi kot ni..jgn le cadang yg bebukan kat teman, cpj..kang tak pasei-2 teman kene luku, idak pun kene jeling oghang rumah teman...cukop le sorang tu + 2 anok dah...mike tu camne? ade ke belum calonnye? maap ler teman pun tatau mike dah berpunye ke apa ker...hehe

    tapi (ni kontroversi..hehe) kalau ade yg sudi nak bermadu,dah jodoh, ape ker salahnye kan kan cpj? hehehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!