28 December 2009

Hari Asyura & Peristiwa Karbala



Apa erti Hari Asyura kepada kita? Terbayang bubur 'Asyura' & keenakannya? Mengikut pandangan para ulamak kita disunatkan berpuasa pada 10 Muharam itu? Tapi kenapa? Apa sejarah & kaitannya? Mungkin ramai tak mengetahui rasional kita meraikan hari Asyura (10 Muharam) dalam erti kata yang tepat. Kebiasaan yang kita tahu pada hari Asyura itu orang-orang tua kita berpuasa sunat & ada budaya di kalangan orang-orang Melayu kita di Malaysia untuk bergotong-royong & bersusah payah menyediakan bahan & memasak bubur 'Asyura' atau 'syuro' atau 'suro'. Itu sajakah?

Sebenarnya, pelbagai peristiwa istimewa berlaku dalam bulan Muharam, seperti pada 16 Muharam, merakamkan sejarah satu arahan daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. untuk mengalihkan 'kiblat' kita kepada Mekah daripada Jerusalem (Baitulmaqdis di Palestin). Ulamak menyatakan banyak peristiwa berlaku pada 10 Muharam. Antaranya, Nabi Allah Ibrahim a.s. terlepas daripada seksaan api oleh Namruz, Nabi Yunus a.s. terlepas daripada ujian terperangkap dalam perut ikan paus, Nabi Musa a.s. bebas & selamat daripada ancaman kerajaan Firaun dan Nabi Muhammad s.a.w. terlepas & selamat daripada sihir oleh seorang Yahudi.

Peristiwa Karbala pula adalah nolstalgia dalam mengenangkan jasa pengorbanan Imam Hussein ibnu Ali k.a., cucu Rasulullah s.a.w., yang dikhabarkan diperangi oleh tentera pimpinan Umar bin Sa'd bin Abi Waqqash, daripada arahan Ubaidullah bin Ziyad, gabenor Kufah.  Mereka telah dibunuh di Padang Karbala, Iraq, berhampiran Sungai Eufrat pada 81 Hijrah (kini 100 km barat daya Baghdad). Hampir keseluruhan kaum lelaki dalam rombongan Imam Hussein a.s. kecuali putera beliau, Zainal Abidin, telah dibunuh dengan zalim. Khalifah Yazid daripada Kerajaan Umaiyyah telah dipalit kesalahan atas berlakunya peristiwa malang ini. Ibnu Ziyad (Ubaidullah) tidak cukup menjadikan semua kepala-kepala yang dipenggal di Karbala sebagai barang tontonan orang ramai tetapi beliau naik ke atas mimbar sebuah masjid sambil berkata: " Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menampakkan kebenaran dan ahlinya, memenangkan Amirul Mukminin, Yazid dan kelompoknya serta membunuh si pendusta putera si pendusta, Husein bin Ali dan pengikut-pengikutnya".

Ini adalah antara fitnah terbesar dalam sejarah Islam & ia mengarah kepada perpecahan sesama umat Islam terutama golongan Sunni dan Syiah di seluruh dunia. Bagi mengenang peristiwa menyayat hati di Karbala, maka puak Syiah telah menetapkan 10 Muharam untuk mengenang & meratapi peristiwa pembunuhan 'melampau' Imam Hussein a.s. oleh Khalifah zalim, Yazid dari kerajaan Muawiyah. Karbala juga dianggap bandar suci kepada umat Islam Syiah. Di Teheran, Iran, puak Syiah berasa perlunya mereka mengadakan pelbagai acara pada hari 'Asyura' demi mengingat 'overkill' berkenaan sehingga mencederakan diri mereka & menumpahkan darah. Pada malam hari Asyura mereka berpakaian serba hitam dan berarak di jalan-jalan di Teheran. Mereka membaca syair memuji Imam Hussein dan memalu gendang mengenang kisah sedih berkenaan. Sehingga Imam Reza Alaihissalam telah bersabda : “ Barangsiapa hari Asyura baginya adalah hari musibah, duka dan tangisan, maka Tuhan akan menjadikan kiamat baginya hari kegembiraan dan kebahagiaan”.

p/s: They Shiites can do what they please & believe in, that is to highly eulogize grandsons of Prophet Muhammad, mostly, Hussain a.s...but i'm not really sold. The murder was trully brutal & uncivilised as it might potrayed but the most malevolent Caliph, Yazid ibnu Muawiyah & Ubaidullah ibnu Zayid were the main culprits in this case. God-damn-it... & to all those 2-face Islamic leaders, just "Go to hell". Don't worry as i'm not a free thinker amongst us, or, an apostate like Syed Kamran Mirza.
 

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!