21 December 2009

Kerjasama 2, 3 Kerat Pemimpin PAS Hanya Akan Menyelamatkan UMNO?


Ramai orang selalunya suka apa bentuk kerjasama kerana ia memudahkan mencapai impian bersama atau kepentingan masing-masing yang terlibat dalam kerjasama. Tapi ada juga penyokong PAS boleh terima PAS berkerjasama dengan UMNO atas nama 'Kerajaan Perpaduan' atas sikap wala dan thiqah mereka kepada pemimpin atasan. Oleh kerana ramai penyokong PAS sebagaimana dinyatakan sendiri oleh Presidennya, adalah mereka yang malas membaca yang tersurat (literally), maka tidak menghairankan kita jika mereka juga tak mampu membaca yang tersirat (read between the lines) di sebalik agenda 'Kerajaan Perpaduan' tersebut.

Dalam keghairahan Presiden PAS bersama timbalannya mengorak langkah untuk 'berdamai' dan berkerjasama dengan UMNO dalam pakatan 'Kerajaan Perpaduan', mereka berdua dan konco-konco mereka telah, dengan sengaja atau tidak sengaja, melukakan hati ratusan ribu ahli PAS (ahli) dan pengundinya (penyokong) sendiri. Ahli mereka pasti malu & terguris hati melihat telatah sekerat pemimpin yang terlihat kemaruk kuasa sehingga sanggup bersekongkol dengan seteru politik mereka selama ini untuk menagih peruntukan beberapa jawatan atau kerusi dalam kerajaan pusat. Penyokong dan pengundi PAS terutama mereka yang bukan Islam pula pasti sakit hati, marah dan kecewa kerana mereka berasa dipermainkan, tertipu dan dikhianati oleh sebahagian pemimpin PAS yang telah menjanjikan perubahan lanskap politik dan pentadbiran negara pada pilihan raya lalu. Mereka mahukan Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negeri-2 sehingga satu hari nanti mampu mentadbir negara ini daripada penjajah pasca Kolonial - UMNO-BN. Malangnya, ia umpamanya indah khabar daripada rupa. Cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap.

Begitu pun aku mengalukan kerjasama dalam bentuk longgar seperti menangani isu sensitif agama Islam, antara agama dan sebagainya yang difikirkan patut, demi meredakan ketegangan antara parti atau menyelamatkan kepentingan bersama umat Islam di negara ini. Tapi kalau boleh, seelok-eloknya mereka dapat duduk semeja secara terang-terang (bukan dalam gelap yang meragukan ramai itu) dan bincanglah hal-hal berbangkit selama hari ini seperti hal penyaluran duit royalti oleh Kerajaan Pusat untuk kerajaan Kelantan. Perkara sebegitu sepatutnya segera dibincang secara ilmiah antara sesama UMNO-PAS. Mengapa hal itu UMNO tak mahu bermuafakat demi menjaga integriti kerajaan persekutuan & perpaduan sesama umat Islam yag lazim mereka canangkan? Bagaimana pula hal menyekat peruntukan kewangan kepada setiap MP & ADUN PR yang menang dalam setiap negeri yang dikuasai UBN? Bincang dan selesaikan ketidak adilan seumpama itu terlebih dahulu, untuk memperlihatkan keikhlasan pemimpin PAS dan UMNO, yang sebahagiannya begitu kepingin agenda 'Kerajaan Perpaduan' diteruskan. Jika tak berlaku perbincangan yang dicadangakan, ia hanya membuktikan telahan dan keraguan ramai terhadap 'kerjasama' yang yang cuba dijalinkan oleh 'sekerat 2' pemimpin PAS dengan UMNO, sebenarnya untuk memenuh tembolok setengah pemimpin PAS dan menambah baik populariti UMNO di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!