Ada banyak kawasan atau tempat yang mengkagumkan kita di dunia ini. Ia boleh jadi berupa bangunan, istana, kota atau apa jua monumen binaan atau ciptaan manusia seperti seperti masjid, gereja, kuil (altar, watt dll.) menara, atau alam semulajadi yang perlu dihargai dan dipelihara untuk tatapan generasi manusia akan datang, seperti banjaran, taman negara, gua dan hutan simpan. Ia pastinya indah dipandang mata, dipenuhi nilai kesenian dan sejarah. Di serata dunia, UNESCO di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mewartakan tempat-tempat istimewa ini secara rasmi sebagai "Kawasan Warisan Dunia (World Heritage Sites)".
Di Afghanistan, ada Menara Jam dan kawasan arkeologinya di tepi Sungai Hari, di daerah Shahrak, Ghor, yang mengandungi sebuah menara binaan batu-bata (bricks) setinggi 65 meter yang mencatat sejarah kisah ibu Nabi Isa a.s., iaitu, Maryam, sebagaimana dinyatakan oleh surah Maryam dalam Al-Quran. Ia dihiasi oleh seni kaligrafi (kufic & naskhi) yang dipercayai dibina oleh kerajaan Dinasti Ghorid, sebuah empayar Islam yang berasal dari Iran (Persia) dan berpusat di Ghor, meliputi sehingga sebahagian Asia Selatan iaitu India dan Pakistan.
Tembok Besar China, Gua Mogao di Dunhuang, Mausouleum of China's 1st Emperor (Qin Shi Huang), Angkor Watt di Kemboja, Kota Dinding di Baku Azerbaijan, Kota Merah Agra dan Taj Mahal di India, Chogha Zanbil dan Shushtar di Iran, Kota purba Hatra di Iraq, Kota pertahanan (refuge) Masada di Israel, Stonehenge di Wiltshire, England, Istana dan Kota King Edward di Gwynedd, Wales, adalah antara tempat-tempat yang unik, klasik dan bersejarah, yang dikunjungi jutaan pelancong serata dunia.
Taman Negara Everglades di Florida dan Grand Canyon di Arizona, Taman Negara Kinabalu, di Sabah, Malaysia, Taman Shark Bay di Gascoyne, Australia Barat, Great Barrier Reef, Queensland, Australia Utara, selain Taman Negara Tasik Malawi, Hutan Hujan Atsinanan, Madagascar, adalah antara tempat-tempat alam semulajadi di seluruh dunia yang amat istimewa dan cantik. Ia perlu dipelihara supaya tidak tercemar demi pelbagai kepentingan seperti untuk tujuan kajian zoologi, ekologi, selain suatu sistem pengimbangan cuaca dan iklim dunia.
SubhanAllah...sungguh hebat penciptaan-Nya.Tak terbayang oleh kita betapa hebatnya Pencipta yang menciptanya.
ReplyDeleteAllahu Jamiil...Maha Pencipta, Maha Indah...hebat kan cpj, panorama tempat-2 tumpuan pelancong sedunia? Elok ler kita dapat mangaitkan ciptaanNya dgn Sifat-2 Kebesaran-Nya...moga-2 dgn melangkah ke tempat orang (bercuti, merantau) dapat kita lihat byk tempat/kejadian yg mengingatkan kita kpd Dia. Allahu Ahad.
ReplyDelete