Apabila seseorang itu Islam, beliau dipanggil orang Islam atau Muslim. Beliau patut patuh dan serah diri kepada Allah & mengikut ajaran yang ditunjukkan oleh Utusan Allah, Rasulullah Muhammad s.a.w. & percaya kepada tuntutan kitab suci Al-Quran. Setia adalah elemen yang sangat diperlukan.
Murtad (atau riddah) pula memperlihatkan ketidaksetiaan seorang yang asalnya Muslim terhadap teologi Islam. Mungkir janji setia & tidak lagi percaya tentang apa-apa perkara pokok dalam rukun Iman & Islam. Terbabas akidah, khasnya. Ia boleh terjadi dalam niat di hati atau zahir pada perbuata & percakapan si murtad. Menurut definasi dari kitab fekah - Murtad adalah kembalinya orang Islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri.
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. [QS16.106]
Ibn Taimiyah membahagikan murtad kpd 2 jenis :
- Murtad semata-mata maka boleh diterima taubatnya.
- Murtad yang bersamanya muharabah (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak diterima.(sila lihat beberapa komentar dari Ustaz Zaharudin)
Dalam Islam, pelaku murtad tidaklah terus dibunuh setelah sabit kesalahannya, tapi dianjurkan mereka ini bertaubat (istitab). Keperluan menyuruh si murtad bertaubat adalah tanggungjawab pihak berwajib. Menurut sebahagian ulamak, kesempatan yang diberikan kepada orang yang murtad untuk menghilangkan keraguannya dan kembali ke dalam Islam adalah selama 3 hari. Tetapi sebahagian ulama lain mengatakan bahawa si murtad hanya diberi penjelasan dan pandangan secara berulang-berulang sehingga dapat diperkirakan dengan mantap, apakah ia tetap murtad atau kembali kepada Islam. Bila ia tetap murtad maka ia dijatuhi hukuman bunuh.
* Pandangan Jumhur (Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, dan dari salaf dan khalaf :
Hendaklah si murtad disuruh bertaubat.- Ibnu Qusar al-Maliki menaqalkan bahwa para sahabat telah ijmak dalam hal ini.
Bahayanya riddah!...bila 'muslim' sendiri yang menentang Islam di manakah letaknya imej Islam di mata kuffar?Lebih teruk bila orang kafir menggunakan orang islam(murtad)menghina dan menentang Islam.
ReplyDeleteKita cadang diwujudkan undang-undang murtad demi memelihara Islam Yang Suci dalam negara yang agama rasminya adalah Islam.Adakah cadangan seperti ini keterlaluan atau tidak munasabah?Apa punya hotak.
tu pasal kita jgn letak Perlembagaan hukum tertinggi jika ia tak sejajar dgn kehendak Allah dlm perkara-2 pokok dlm Islam...i,e. murtad ni...penjagaan anak-2 ibu atau bapa yg sudah Islam + b'iman...dll
ReplyDeletebyk bahaya...kita kena clear about this...tegas juga..tapi tak menjejas agama lain.