30 December 2009

Pesawat F/A-18 TUDM Hanya untuk Pameran Sahaja. Hilang Enjin?


Aku pun musykil sebab aku rasa tempoh penggunaan pesawat Mikoyan MiG-29 TUDM tidaklah begitu lama, sejak dibeli belum sampai 20 tahun pun. Tak logik dikatakan enjin MiG-29 itu sudah teruk prestasinya atau bermasalah kritikal. Sedangkan pesawat sama masih dalam perkhidmatan di banyak negara seperti India, Ukraine dan Algeria. Kos penyelenggaraan dikhabarkan begitu mahal tapi mungkin kerajaan boleh mengatasi masalah itu dengan menukar syarikat atau kontraktor penyelenggaraan (maintainance) & pembekal alat ganti sedia ada dengan pihak lain, dengan menawar projek kerja-kerja  tersebut dalam tender terbuka. kepada sesiapa yang berminat & mahir. Kita hendaklah menyiasat sebarang kelemahan atau apa-apa punca penyelenggaraannya menjadi begitu mahal. Kontraktor atau syarikat penyelenggaraan yang sedia ada mungkin mengenakan harga yang tidak wajar. Mungkin telah berlaku penyelewengan atau ketirisan wang negara. Maka disaran di sini, kerajaan mengambil tindaka yang bijak seperti menjemput pihak SPRM mengadakan siasatan dalaman selain membenarkan para pakar kejuruteraan (aeronautics, astronautics, avionics of all sorts) dari negara Rusia atau India yang mungkin mampu memanjangkan (prolong its services) tempoh perkhidmatan pesawat ini.
Pembelian pesawat baru hanya gah pada nama saja. Ia mungkin menjadi satu pembaziran kerana kerajaan akan membelanja ratusan sehingga beribu juta Ringgit dalam keadaan ekonomi negara & dunia yang  baru hendak 'kebah dari demam' kini. Bukankah pembelian pesawat baru akan hanya mengkayakan pembekal dan kontraktor yag terpilih yang tentunya mereka yang mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin negara dan pegawai tentera TUDM. Mereka mungkin terdiri daripada anak menantu, sepupu sepapat, rakan taulan, kroni dan 'bidder' yang paling 'pemurah'. Adakah pemimpin dan pegawai TUDM juga tidak 'sama naik' & berebut-rebut habuan 'komisen' mereka dalam rancangan pelupusan pesawat Mig-29 & pembelian pesawat gantian yang baru ini?
Tun Mahathir sendiri mendedahkan bahawa negara kita dikenakan syarat ketat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga mereka tidak memberi "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan pesawat F/A-18. Maka, pesawat tersebut yang dibeli oleh negara hanya terhad untuk pameran sahaja. Hebat, bukan? Adakah latihan oleh juruterbang pesawat TUDM adalah tidak lebih daripada rutin kerja kerana mereka tahu pesawat adalah untuk pameran sahaja? Jelas, ini semua akhirnya menjadi suatu pembaziran kepada negara  Ia pasti menimbulkan keraguaan & kemarahan kepada rakyat yang  kini bebas lagi bijak mindanya tentang kredibiliti pemimpin negara kita terutamanya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan yang terbukti tidak prihatin & bijak dalam membuat keputusan (sanction orders) untuk melupus pesawat MiG-29 & membeli pesawat baru sebagai ganti. Tun Mahathir juga berharap keputusan untuk 'kondem' atau melupus guna pesawat MiG-29 dibatalkan dan lebih baik negara kita mencari jalan terbaik membaik pulih pesawat ini supaya ia masih berguna & boleh terbang tinggi di udara terutama apabila negara kita memerlukannya menghadapi perang dengan mana-mana musuh negara atau sempadan negara dicerobohi.

p/s: Aku pun nak jadi Menteri Pertahanan kalau macam ni kerja mereka. Setakat nak beli baru aku pun boleh pilih & sain kontrak. Bilalah negara kita nak ada R&D TUDM sendiri yang melahirkan ribuan pakar warga tempatan yang boleh membina pesawat sendiri, mampu selenggara & baikpulih setanding, jika tidak pun mengatasi, kepakaran pihak negara luar? Sampai bila kita nak biarkan 'rahsia' kekuatan & kelemahan pertahanan negara kepada syarikat kontraktor yang tidak bertanggungjawab? Ahli politik mana-mana parti (walau pun Menteri Pertahanan lantikan politik...hehe) & orang awam (walau pun pakar luar negara) tidak harus dipercayai 100%. Mereka sepatutnya dihalang masuk ke 'hangar', 'base'  atau mana tempat strategik tentera.  

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!