Di bumi ini, ada yang baru sahaja dilahirkan. Ada yang baru sahaja mati. Fana. Sementara sifatnya. Semua bermula untuk hidup dan akhirnya mati. Tiada beza presiden U.S.A. dengan pengemis jalanan yang tiada rumah (homeless beggar) dalam soal ini. Jika ada beza pun hanya "Berapa lama?". Ya, mesti ada beza walau pun 1 saat. Ada yang hidup 950 tahun. Ada 130 tahun. Lama juga. Ramai orang tua kini mati pada usia antara 70 hingga 80 tahun. Cukuplah tempoh hidup sebegitu. Sepatutnya. Itu jika kita membanding tempoh & nasib mereka yang tak sempat merasa zaman tuanya. Mati muda. Sebab-musabab mati? Punca kematian? Eksiden - Kecelakaan jalan raya, semasa berkerja, lemas, kebakaran, bencana alam dan lain-lain. Insiden - Pembunuhan, silap maka ubat, bunuh diri, strok, wabak penyakit, kecederaan, perkelahian, perang dan sebagainya.
Macam-macam pencetus, pemangkin, punca, faktor, sebab-musabab untuk kita meneruskan kehidupan ini. Pelbagai matlamat & objektif. Banyak juga perancangan, usaha & cara boleh dilakukan untuk mencapai maksud hidup kita. Ada yang mati dalam mereka berusaha mengejarnya. Dunia. Lumrah.
Ada juga tak berusaha untuk hidup lagi. Mungkin pemalas. Putus asa. Kecewa. Mereka itu berbeza dengan jenis yang berusaha untuk tak hidup lagi. Yang ini, mereka berusaha untuk mati pula. Sama mereka memang sudah gila otaknya atau cuba mencari Malaikat Maut. Ada yang mahu mati dalam usaha memerangi musuh. Pahlawan. Mulia. Syahid?
Sedangkan kematian tak perlu ditempa atau dinanti ketibaannya. Ia tak dapat dielakkan lagi. Kita tak mampu mengubah ajal kita. Tiada sapa terkecuali. Kematian pasti menjengah bila tiba saat kita untuk mati. Sesiapa saja. Di mana jua. Bila-bila masa. Apa jua sebab & cara. Menakutkan. Merunsingkan? Bertenang. Fikir. Teruskan hidup kita. Bersedia dalam apa jua hal kehidupan. Sama. Kita juga perlu bersedia untuk mati. Siap siaga. Yang berpegangan hidup Islam dan beriman itu, pastinya tahu bagaimana dan apa yang dianjurkan oleh agama Allah s.w.t. dalam persediaan menghadapi kematian & hidup selepas mati itu.
Anda mungkin seorang pesakit kronik yang telah diberitahu doktor yang anda akan mati esok hari, atau, anda sedang merokok sambil merenung gambar ngeri pada kotak rokok, atau, anda sedang memandu pada kelajuan yag boleh membunuh anda & penumpang, atau, anda seorang askar atau 'jaga' yag sedang bertugas dalam suatu operasi yang berisiko tinggi, atau, anda sangka anda hanya mengalami batuk-batuk sedikit di kala wabak H1N1 gelombang ke-2 sedang melanda, sama saja kesudahan kita semua. Ada kes kematian nampak bersebab, ada yang tanpa punca dia mati. Logik & Misteri. Cepat atau lambat mana pun kita akan mati juga.
Mati bukan rutin. Bukan sekali-sekala juga. Mati hanya sekali. Tak berapa penting untuk kita pening memikirkan, kenapa kita mati, bila, di mana, punca dan sebagainya itu. Yang paling penting ialah kenapa kita perlu mati, bila saat ajal kita adakah kita telah cukup bersedia untuk mati & dihidupkan kembali, adakah kita berbekal keimanan & keredhaan Allah? Maka itu, marilah menuju mati dengan bersahaja. Ikhlas & redha. Moga matinya kita dengan kemuliaan. Akhiri nafas kita dengan ingatan atau ucapan 'Allah'.
p/s: Life is so short, just make full use of it. You (& I) have been warned about this. Watch our steps along the way to paradise. Ameen & InsyaAllah!
Sekiranya tidak redho dengan ketentuan Tuhan,tidak sabar dengan ujian Tuhan dan tidak mahu syukur dengan nikmat Tuhan,carilah bumi yang lain daripada bumi Tuhan!...boleh? tentu tidak boleh kan? kalau tak boleh tidak adalah pilihan lain lagi...itulah formula-Nya untuk hidup sejahtera@bahagia di bumi Tuhan.
ReplyDelete:) bijak bijak cpj...iye sunggoh...moga kita dimasukkan dlm glgn yg sikit berkenaan..ameen!
ReplyDelete