18 February 2010

Jenayah Perang


 
Above song by System of a Down - B.Y.O.B. means "Bring Your Own Bombs" was written to protest the Iraq War (in fact any other war). 

Jenayah perang (war crimes) ini adalah membabitkan kesalahan yang melampau iaitu apabila seseorang melakukan kezaliman (violence) & kekejaman semasa sesuatu perang. Ini termasuk kesalahan-kesalahan seperti memberi layanan buruk kepada tawanan, membunuh tawanan,  melakukan pemusnahan sesebuah penempatan secara sembrono (the wanton destruction of cities), apa-apa jua tindakan ketenteraan yang dirasakan tidak wajar oleh orang ramai, selain tidak merawat pesakit dengan sebaik mungkin, perintah pemindahan secara paksa ke kem pelarian atau kem buruh paksa (labour camps). Kini sudah ada Tribunal Jenayah Perang untuk mendakwa & mengadili kes-kes jenayah perang sebegini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Israel disiasat atas tuduhan jenayah perang berhubung pengeboman sebuah rumah yang sesak dengan orang awam Palestin yang berlindung daripada bedilan tentera rejim Zionis berkenaan di Zeitoun, Bandaraya Gaza di mana tentera Israel yang memasuki daerah berkenaan mengetuk pintu rumah puak Samouni dan mengarahkan mereka keluar dan memasuki sebuah bangunan lain.. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Navi Pillay, berkata pengeboman itu mempunyai unsur jenayah perang. Kenyataan berkenaan menyusuli dakwaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bahawa Tel Aviv melanggar peraturan perang apabila gagal membantu mereka yang cedera dalam insiden yang sama. Menurut ICRC, selepas pengeboman itu tentera Israel yang berada 90 meter dari bangunan yang dibedil itu langsung tidak membantu mereka yang cedera, termasuk kanak-kanak kecil.

Diharap PBB juga menyiasat semua orang penting yang terlibat dalam semua peperangan di dunia seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin dan sebagainya. Heret semua kepala petualang yang mengarah & merestui rancangan jahat ke atas umat manusia. Sebilangan pemimpin dunia di negara maju adalah pemain watak utama & disokong oleh hampir semua pemimpin negara membangun. Tidak kisah siapa pun mereka i.e. Tony Blair (his decision to take Britain to war in Iraq, a cabinet minister who resigned over the war delivered a blistering condemnation of the former prime minister, accusing him of “conning” her and of deceiving his cabinet, the Parliament and the public in his resolve to have Britain join the United States in the Iraq invasion of 2003), Barack Obama, George Bush, Ariel Sharon, Netanyahu, Ehud Barak atau Avigdor Lieberman. Bawa mereka ke muka keadilan (not only Saddam Hussein & co. must die).



2 comments:

  1. Hanya Islam agama yang benar dan lengkap.Hanya Islam yang ada etika dalam peperangan.Akhlak muslim dalam peperangan telah terbukti sejak Rasulullah dan para sahabat tetapi begitulah sebaliknya bagi yahudi dan kristian.Zionis paling haprak.Ganyang zionis sampai ke lubang cacing!...

    ReplyDelete
  2. Indahnya Islm hingga kalau betul-2 kita mengamalkan Islam yg syumul dalam perang pun kita masih punya ketaqwaan yg sgt tinggi spt pernah dirakam sejarah. Bukan semata-mata kelicikan & kebijaksanaan mengatur strategi yg berkesan tapi nilai etika/akhlaq Islam & taqwa juga memain peranan.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!