19 February 2010

Zulkifli Nordin akan saman SIS kerana menghina rotan?


Sumber berita: Malaysiakini


Setelah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) SIS telah membantah. Dalam kenyataan akhbar SIS hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican ( gambar kiri) berkata,
“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya


Arghhh...Who the f*vK are SIS to say this canning or whipping sentence is so uncivilised & discriminating the women?

Aku cukup meluat dengan SIS bila mereka membantah sesuatu yang lebih menepati syariah (islamik) & mereka hanya merujuk undang-2 negara (Civil Law) seolah-olah undang-2 sedia ada sudah cukup bagus untuk umat Islam? Terbukti undang-2 yang termaktub dalam Perlembagaan ada juga yang tersasar daripada kehendak Allah & mengancam akidah & keselamatan & keharmonian umat Islam negara ini. SIS seharusnya membantah kenapa Kartika tidak segera dirotan (beliau sendiri pun redha & mahu dirotan) oleh kerajaan & bukan mempersoal hukuman itu dijatuhkan, kenapa merotan, rotan zalim, perempuan dianiaya dan sebagainya. SIS sepatutnya senada dengan kehendak Allah dalam memperjuangkan Islam & undang-2 Islam yang pastinya ditetapkan Allah, Rabbul Jalil, demi menyelamatkan umat Islam sendiri.

Mana peguam Zulfifli yang selaku 'pejuang terakhir Melayu-Islam' yang sentiasa konsisten memperjuangkan hak-hak 'Allah' & Islam sebelum ini? Sudahkah beliau membuat laporan polis & menyaman SIS sebab menghina Allah & Islam ini? SIS bukan lawan kamu Zulkifli? Tiada kepentingan untuk anda membuat 'press conference' & kecoh -kecoh hal sebegini, ya?

Apabila segolongan  antara umat Islam kita memperjuangkan hal kepentingan hukum Allah yang termaktub dalam Quran seperti hudud, qisas yang jauh lebih tegas & keras hukumannya, kita boleh bayangkan tentangan SIS. Hukuman merotan sememang telah lama wujud & dipraktis dalam  sistem perundangan & keadilan Islam tetapi di Malaysia sehingga kini hanya mampu melaksanakan sedikit daripada sepatutnya. Hanya 6 sebatan maksima? Itu jelas tidak mengikuti anjuran Islam yang menyarankan 80 hingga 100 sebatan bagi kesalahan minum arak & zina? Tetapi sekurang-kurangnya ada juga undang-2 syariah yang menegakkan hukuman merotan. Adakah tindakan  SIS yang melampau ini 1 amaran & bala Allah kepada pemerintah  kepada, kononnya, sebagai negara Islam tetapi seperti acuh tak acuh sahaja dalam menepati kehendak Allah & Islam dalam undang-2 negara? Kita harus menentang SIS bukan kerana namanya yang indah tetapi mereka makin jelas menghina & memalukan Islam. Adakah SIS sudah sesat larat lagi menyesatkan?


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!