Sesungguhnya tiada yang sia-sia Allah, Tuhan yang Maha Esa, jadikan sesuatu perkara. Timbulnya sesuatu perkara atau isu adalah sebab musabab & keperluan memikirkannya. Ia wajar kepada yang berakal normal & punya hati untuk prihatin keadaan sekelilingnya. Mereka yang bertaqwa seharusnya lebih memahami & menyelami apa kewajaran terjadinya permasalahan berkaitan masyarakat dewasa ini. Kita harus bersedia membantu menanganinya (tolong-menolong) sedaya-upaya yang termampu. Ini kerana semua orang Islam itu bersaudara & pada asasnya semua manusia tanpa batasan agama kepercayaan, bangsa, ideologi adalah juga amanah kita di muka bumi ini.
Isu kemiskinan, YBK, 'homeless' & perkara berkaitan adalah suatu ingatan Allah kepada kita semua yang mengaku beriman kepada-Nya. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang pegang AMANAH & tampuk pemerintahan walau setinggi mana pangkat atau martabatnya. Tak kira dianya Raja, Sultan, Menteri di kementerian yang sepatutnya bertanggungjawab, Majlis Agama Islam Negeri-2, pegawai-2 & kakitangan kerajaan yang berkenaan, NGO sehingga kita sebagai individu dalam masyarakat. Meskipun masing-masing kita adalah orang-orang yang kaya-raya & seakan-akan tiada kaitan dengan masalah kemiskinan ini, tetapi hakikatnya semua kita tidak terlepas daripada tanggungjawab sosial ini. Percaya atau tidak, ramai di antara kita akan dihisab dengan urusan tanggungjawab sosial iaitu masalah kemiskinan ini.
Matlamat yang perlu kita tetapkan adalah membantu golongan sasaran iaitu individu atau keluarga yang melarat, dibebani masalah kekurangan apa jua keperluan asas kehidupan seperti pendapatan, kediaman, keselamatan dan sebagainya. Hendaklah kita berusaha mencari mereka yang memerlukan bantuan asas ini hati yang ikhlas, bersungguh-sungguh. Tidak wajar jika pihak 'tangan yang memberi' yang sewajarnya menyalurkan bantuan segera atau secara langsung, tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan cepat, tepat & betul. Janganlah juga mementingkan 'nama', publisiti, imej dalam memberi pertolongan. Kepentingan individu akan hanya menjejaskan perjalanan sumbangan kepada golongan sasaran. Kelewatan sehari bantuan sudah cukup memburukkan keadaan individu yang miskin tegar. Bayangkan jika bantuan tidak sampai berlarutan sehingga sebulan, 6 bulan atau suatu tempoh yang lebih lama? Alasan tiada masa, kerenah birokrasi, tiada peruntukan adalah cuma alasan yang direka-reka daripada kelemahan pihak kita sendiri yang tidak 'berjaya' menolong. Fikirkanlah kesan perbuatan kita terhadap mereka. Kasihan mereka!
Janganlah kelewatan, kecuaian, kealpaan kita yang mampu menolong ini, memaksa mereka yang malang itu berterusan merempat, mengemis, melarat, masih tidak dapat keluar daripada keadaan yang menyeksakan hidup mana-mana insan. Bukankah apabila kita menolong mereka itu sebaik & seikhlas mungkin , itu perbuatan yang mulia? Mengapa kita selalu tidak bersungguh-sungguh & ikhlas untuk melakukan jihad ini? Maka itu marilah kita segera membantu mereka yang memerlukan di sekeliling kita, siapa pun mereka itu.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!