Beberapa hari lepas ada sekumpulan rakyat Amerika Syarikat dikhabarkan anggota gereja Baptist dari Idaho dengan 'Misi
Menyelamatkan Anak Yatim Haiti' mendakwa mahu selamatkan kanak-kanak mangsa gempa Haiti. Mereka ditahan kerana tidak menggunakan dokumen sah apabila mereka cuba
menyeludup sekumpulan anak-anak kecil (kanak-kanak bawah umur 12 tahun) mangsa gempa bumi Haiti keluar menyeberangi sempadan ke Republik
Dominica. Inilah jelas suatu contoh sindiket 'perdagangan manusia' atau 'human trafficking' kerana ia cubaan menculik atas tujuan yang meragukan pula.
'Perdagangan Manusia' adalah suatu praktis di mana sebilangan manusia dipujuk, diumpan, dipaksa atau dengan apa jua cara, supaya mereka ini dipindah dari tempat asal mereka (kediaman), negara kelahiran mereka, dan seterusnya dipergunakan (diekpoitasi) untuk bekerja dalam apa jua sektor pekerjaan, secara paksa, dengan sedikit upah atau tiada apa bentuk ganjaran. Ia menjadi satu perdagangan yang melibatkan unsur perhambaan seperti dipergunakan dalam pelacuran, perkhidmatan tenaga buruh paksa dan apa jua bidang perkhidmatan yang memaksa lagi menekan mangsa perdagangan manusia ini. Sehingga sindiket celaka ini tergamak mencuri sejumlah bayi & menjual bayi berkenaan untuk tujuan program anak angkat dan sebagainya. Mereka juga memaksa kanak-kanak menjadi hamba mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak sesuai - pekerjaan berat & membahaya. Justeru, perhamabaan & ekspoitasi sebegini pastinya dikecam & ditentang oleh kebanyakan masyarakat yang bertamadun di dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali dari menjadi destinasi utama, selain menjadi negara sumber untuk 'human
trafficking'. Maka, awasilah anak-anak kita setiap masa. Jangan alpa! Penjenayah sentiasa berkeliaran & mengintai peluang menculik & melarikan anak warga kita. Sindiket penjenayah akan berusaha dengan pelbagai jalan secara halus mahu pun kasar. Dikhabarkan pada tahun 2006 tidak kurang 100 orang wanita dan kanak-kanak perempuan warga tempatan khususnya berbangsa Cina telah dikesan terlibat dalam perdagangan manusia. Mereka ini telah dieksploitasi sebgai pekerja seks di negara Singapura, Macau, Hong Kong,
Taiwan, Jepun, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.
Janganlah kita mengambil mudah implikasi 'human
trafficking' terhadap keharmonian masyarakat kita. Awasi pergerakan anak-anak belia warga kita, demi keselamatan mereka yang menjadi generasi pelapis kita, daripada ancaman penjenayah bersifat 'scavenger'. Sesungguh pelacuran itu lebih menjanjikan pulangan hasil yang jauh lebih lumayan kepada sindiket pelacuran kerana mangsa 'human
trafficking' yang dikerah menjadi pekerja seks akan dikerah tenaga sehingga berulang-kali dipergunakan dalam suatu tempoh masa yang begitu lama. Ia adalah perdagangan yang berbaloi jika dibandingkan dengan sindiket dadah yang terpaksa menghasilkan produk yang terbaik, seterusnya berebut pasaran untuk melariskan produk dadah mereka. Selain itu, mereka lebih mudah terancam oleh undang-undang atau diberkas pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!