Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab
yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata
umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak,
memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun 'corruption' dalam Bahasa
Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia (? no wonder why many commit such action).
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah
diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus
Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi 'bribery and
corruption' sebagai perbuatan 'giving or offering any reward to any
person to influence his conduct; or the receipt of such reward' . Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley's Law Dictionary memberi
definisi 'the taking or giving of money for the performance or
non-performance of a public duty'.
Rasuah adalah suatu tegahan agama lalu membuktikan ia satu kesalahan jenayah. Allah s. w. t.
berfirman yang bermaksud:-
"Dan janganlah kamu makan
(atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Baqarah Ayat 177)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W,
“Laknat Allah atas orang yang memberi suap dan orang yang menerima suap dalam hukum”
Dalam hadith yang lain Nabi bersabda,
“Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman)”
( Riwayat At-Tirmidzi, Hasan Sohih)
Takrifan 'rasuah' oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):
Meminta/Menerima Rasuah. |
Mana-mana
orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan
transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan. |
Menawar/Memberi Rasuah. |
Mana-mana
orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan
transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan. |
Membuat Tuntutan Palsu. |
Mana-mana
orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada
prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya
mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan
prinsipal/majikannya. |
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan. |
Mana-mana
pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat
suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara
maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak
langsung. |
|
|
|
SPRM merujuk Undang-Undang Malaysia Akta 694 2009, Ordinan No. 22 Darurat, 1970 (berkaitan rasuah), Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Kesalahan Pilihan Raya (berkaitan rasuah) & Akta Pengubahan Wang haram 2001 (berkaitan rasuah). |
|
|
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!