11 March 2010

Tantawi Sudah Tiada - Al Fatehah !


Sheikh Mohamed Sayed Tantawi, pemimpin dan pengetua institusi Al Azhar, yang merupakan pusat pengajian Islam terulung dan tertua di kalangan penganut fahaman Sunnah wal Jamaah di negara Mesir, telah meninggal dunia pada hari Rabu 10 Mac 2010 pada umur 81 tahun. Dipercayai punca kematian adalah serangan jantung semasa rangka lawatan ke negara Arab Saudi.

Sebagai seorang alim atau ilmuwan Islam (lazimnya digelar ulamak) Tantawi terkenal sebagai seorang yang berfikiran liberal tetapi tegas (a bravely outspoken liberal)  yang sentiasa bertindak autokratik (authoritarian ways). Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama Islam, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Selama lebih suku abad beliau juga umpama menjadi seorang jurucakap atau teras penghubung bagi pihak kerajaan Mesir pimpinan Presiden Hosni Mubarak dalam soal keagamaan dan pentadbiran. Beliau telah berkerjasama dengan kerajaan dalam menrealisasikan kefahaman Islam sederhana (moderate interpretation of Islam) ke dalam Mesir moden.

Sikap kesederhanaan beliau sentiasa mengundang kontroversi telah dijemah ke dalam banyak perkara:
  • Kesanggupan berurusan dengan pihak kerajaan Israel.
  • Bermesra & bersalam dengan Presiden Israel Shimon Peres.
  • Mengistiharkan wanita tidak perlu berkhatan (female genital mutilation).
  • Menyokong golongan wanita harus dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
  • Menyatakan kadar faedah perbankan adalah sah (bukan riba - haram).
  • Menegah penutupan penuh bahagian muka (full face veil) pada wanita di sekolah wanita Al-Azhar.
  • Menyokong keputusan kerajaan Perancis yang melarang pemakaian tudung kepala di sekolah-sekolahnya.
  • Menyokong dan menjustifikasikan pembinaan tembok sempadan keluli (a steel barrier) di sepanjang sempadan dengan Gaza adalah baik demi untuk mencegah aktiviti penyeludupan.
  •  
Kita merafakkan doa kepada Tuhan yang tiada lain melainkan Allah, semoga beliau dianugerah Rahmat berupa kebahagiaan sementara di pusara iaitu umpama berada taman syurga & Pengampunan Allah atas segala salah silapnya kepada kita semua umat Islam - RIP~ Al- Fatehah 1x.

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!