10 March 2010

Atas Nama Perpaduan




Atas nama perpaduan,
Impian semua kita,
Ia juga tuntutan agama (Islam) kita, 
Hidup bahagia, aman damai dan selesa,
Siang malam berasa selamat  sejahtera,
Kita berbaik-baik dalam banyak perkara,
Tiada sengketa yang membarah dalam masyarakat.
Walau berbeza agama, budaya dan bangsa.

Atas nama perpaduan,
Impian tokoh negara,
Jika semua kita berbaik sangka,
Jika selalu bersatu hati dalam dalam banyak hal,
Maka tiadalah ketegangan kaum, tidak mungkin ada rusuhan,
Demontrasi jalanan tidaklah perlu,
Dicanangkan negara kita akan maju dan kaya raya,
Setanding negara Barat lain,
Diwar-warkan kehidupan rakyat biasa akan bertambah baik,
Dengan prasarana bertaraf dunia,
Bayanglah hidupnya rakyat biasa seperti di syurga dunia,
Oh bahagianya!
Anggota keselamatan pun senanglah kerja.

Atas nama perpaduan,
Kini hanya mainan kempen dan propaganda sahaja,
Di bibir pemimpin politik yang mabukkan kuasa,
Demi jajahan sang penguasa dan populariti,
Diumpannya rakyat dengan slogan yang indah,
Satu Malaysia, Unity Goverment? PAS for all?
Demi Ketuanan Melayu? Ketuanan Islam? 
Retorik belaka,
Indah khabar daripada rupa,
Hakikatnya mereka hanya mahu kuasa,
Sedang rakyat masih ramai hidup sengsara,
Kais pagi makan pagi.

Atas nama perpaduan, 
Pemimpin sentiasa melaungkan kerjasama rakyat memajukan negara, 
Banyak perubahan membanggakan di bandar-bandar,
Rakyat kelas pertengahan hidup selesa di negara ini,
Ramai telah berjaya, berpendidikan tinggi dan kaya-raya, 
Bersyukurlah perpaduan sesama rakyat tetap utuh,
Tetapi janganlah penguasa berpakat menzalimi hak rakyat,
Sekian lama memerintah kemudahan asas masih kelas kedua,
Pedalaman masih ketinggalan serba serbi,
Pekerjaan terbatas angkara monopoli warga asing,
Yang tinggal bergaji  rendah pula,
Ramai suka berniaga pun susah hati,
Jika mahu cepat kaya,
Mesti pandai menyogok rasuah dan ada hubungan istimewa,
Jika tidak hanya cukup makan pakai sahajalah.

Atas nama perpaduan, 
Sang penguasa dan para sahabatnya berkerjasama,
Tolong menolong melakukan kesalahan dan menutup kelemahan,
Hakikatnya mereka berebut sesama mereka mengikis khazanah negara,
Mendominasi segala projek untuk rakyat,
Ramai rakyat disarankan pakat-pakat berjimat cermat,
Bermuhibah sesama tetangga berlainan agama, bangsa dan budaya,
Sedang rakyat ramai yang sudah pun miskin kini kian sengsara,
Apalah nilai perpaduan kepada mereka itu?
Bila perut sentiasa lapar dan keperluan hidup lain tidak tertunai?
Bukankah kita semua mahu Malaysia menjadi syurga untuk semua rakyatnya?
Marilah semua kita menjadi warga berguna dan insan yang prihatin,
Bermurah hati dan ikhlas menderma kepada mereka yang malang,
Untuk membenteras kemiskinan dalam masyarakat kita,
Moga-moga kita semua benar-benar menikmati perpaduan yang sebenar,
Sebagaimana tuntutan agama kita, 
Moga tiada lagi si fakir dan miskin di Malaysia oh pertiwi!


No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!