27 April 2010

Rakyat Malaysia Perlu Budaya Politik Baharu.


Kini semua kita orang kebanyakan haruslah memahami & seterusnya memperjuangkan suatu pembaharuan politik. Sistem politik baharu. Budaya politik baharu. Gagasan? Apa saja nama & labelnya, terminologi mestilah dalam kontek PEMBAHARUAN yang  adil, kritis, asli dan segar. Segala kerana Allah untuk rakyat kepada rakyat. Sesiapa ingin turut serta adalah dipersilakan. 

Sistem politik yang sedia ada di Malaysia adalah sistem yang bobrok. Ketinggalan zaman. Dieksploitasi sewenangnya oleh para Menteri lantikan politik atau dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya atau dinamakan juga para eksekutif kerajaan. Sistem yang tak boleh pakai untuk persaingan sihat. Jelas ianya budaya politik songsang. Sehingga SPR terlihat hanya tidak lebih daripada agen BN atau diperkuda oleh kerakusan pemimpin BN untuk 'survival' politik mereka? Sesuatu perlu dilakukan. Idea yang dicanang ialah pendekatan “integriti politik” dan “governans baru”, dalam memahami suara hati masyarakat (baca: rakyat) yang dahagakan perubahan dalam persada politik negara. “Politik ilmu bukan ampu, politik hikmah bukan fitnah, politik bakti bukan undi”, sebagai ters semestinya didokong. Integriti politik bukan satu utopia. Ia adalah keadaan politik yang ideal yang sepatutnya difahami oleh setiap ahli politik. Malangnya ahli-ahli politik hari ini dikaburi habuan, pengaruh sokongan & harta benda sehingga sanggup menggadai maruah. Zaman Kegemilangan Rasulullah dan Khulafah Ar-Rashideen telah membuktikan bahawa kejujuran dan keikhlasan pemimpin adalah rukun kemajuan negara & perkembangan Islam itu sendiri. 

Semua politikus Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat wajiblah berpeganglah kepada prinsip “Politik Ilmu bukan Politik Ampu, Politik Hikmah bukan Politik Fitnah, Politik Bakti bukan Politik Undi”. Natijahnya, rakyat adalah segalanya kepada seseorang pemimpin. Hakikatnya, siapa pun tidak akan berasa dia lebih besar atau tinggi kerana pertanggung jawaban amanah rakyat kepadanya. Maka pastinya negara akan sentiasa dimajukan & rakyat akan sentiasa diutamakan dulu, kini dan selamanya. 

p/s: I'm back for good into eat, drink & sleep talking of shit politics. After a while indulging in a battle of 'saving face' of an Islamic party, so they call themselves, to no avail. Devasted as i might could foresee signs what's going to fall & be damned. Alas, it's happening. I come to term that nothing i can really do to thwart the apocalypse. So let it be, let it be. Still i dear to good behaved politic close to my heart. Must be due to i, like many others, adore and have high hopes for a good governance and better society.

2 comments:

  1. Pekabo hanz, maaf le teman ni sibuk memanjang, tak dapat macam dulu lagi.Pasal politik ni cpj dah macam muak n macam nak temuntah memikiokannya.Kekadang tepikio juge daripada deme cadang pendidikan seks disekolah tu, lebih baik cadang pendidikan politik, pase nengokkan pemahaman ahli politik mesia udah macam bebudak.
    hee...

    ReplyDelete
  2. ate mane nak dubuatnye udoh kroje..sibuk le semedang...ye le pase pendidikan ni apa apa pun bagus dah. Pendidikan seks ke politik ke agama ke.. tapi nak tengok apa isi/content/silibus & 'approach' ato pedagogi ato P&P nya saja.

    Teman pun udah lama Neutral dah dlm politik... tak mau biased ke mana-mana..tapi pikio kan perubahan tu le teman minat & bagi sikit sokongan kpd PR & setersunya bagi 'penerangan'/kempen memenangkan deme...hehe... Kerajaan BN bukan tak le 100% ato 60% salah belaka. Pandai-2 le tapis ..takleh ceduk bulat-2 dah.

    Prof Diraja Utama Ungku Aziz ada dah bagitau byk hal - antaranya - pendidikan dah jadi bahan komoditi oleh pengusaha & malaun ato kengkawan (saudagar) deme..tu le program-2 semasa tak ikut dah (setepatnya) dasar KPN.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!