Buruh sedunia dapat bonus - Cuti 1 hari, bukan bonus bentuk ganjaran duit atau hadiah daripada majikan. Alahai buruh. Buruh
ni siapa sebenarnya? Anda seorang buruh? Anda seorang kuli yang dibayar
RM400 sebulan atau seorang eksekutif yang diganjari RM10,000 sebulan?
Majikan juga buruh? Kalau begitu, ya, anda layak CUTI 1 hari sebagai
menghargai status & bakti anda. Terimalah cuti umum 1 Mei setiap
tahun.
Untuk
makluman rata-rata buruh yang kategori 'buruh paksa' atau terpaksa
selalunya bergaji pokok bulanan kurang RM 1000 sebulan. Kecuali
syarikat itu sudah 'kaya gila' atau 'terpaksa' mengambil pekerja serta
menggajikan lebih daripada untuk mencapai sasaran 'short-term' atau
'mid-term' produktivitinya. Tambahan buruh itu hanya berkelayakan SPM
ke bawah. Malaysia tiada skim gaji minima ditetapkan oleh kerajaan
pimpinan BN sejak dulu hingga kini. Kepada buruh yang pernah dan masih
menanggung perit dan seksa bergaji seperti 'buruh paksa keretapi maut'
segeralah berdoalah ia (& BN) bukan untuk selamanya.
Sekarang
baru kecoh menteri berwajib mahu mengkaji kesesuaian penetapan skim
gaji minima di sektor swasta. Siapa dia? Ketua segala buruh agaknya?
Pedulikan dia. Kajian konon. Dijangka skim gaji minima tidak akan
diadakan - takutkan implikasinya yang menjejas kepentingan negara
seperti pelabur lari, terlalu banyak peruntukan subsidi atau bajet
perlu disediakan, kurang hasil cukai dan sebagainya. Bijak bijak.
Kajian
sebegitu sepatutnya tidak sukar atau mengambil masa panjang. Cukuplah
melihat realiti kos kehidupan sekarang. Mari bayangkan keperluan si
miskin dan si fakir untuk lebih memahami situasi ini. Ya, mungkin
berbeza sebab faktor umur, kawasan bandar, kotaraya, kelayakan akademik
dan pengalaman. Perbezaan gaji pokok yang perlu diberi oleh majikan
untuk seorang kerani pejabat swasta di Ipoh berbanding dengan pekerja
yang sama bertugas di Kuala Lumpur atau Shah Alam. Katakan si A
menerima gaji pokok RM800 sebulan di Ipoh (underpaid?), apabila mengambil faktor-2
lain di Kuala Lumpur atau sha Alam maka dia mendapat lebihan gaji pokok
antara RM300 hingga RM600. Rasional. Tetapi melihat suasana eksplitasi
& diskriminasi majikan di mana-mana kemungkinan si A seorang buruh
terpaksa menelan realiti kepahitan dan mendapati gajinya adalah
mengikut budi bicara majikan. Majikannya mungkin mengambil kesempatan
dan membayar murah yang tidak berpadanan dengan realiti kehidupan
setempat. Mungkin majikan dia 'tahan harga' pada RM 700 sebulan saja.
Apa pun jika matlamat kerajaan ingin membenteras kemiskinan maka
lihatlah keperluan ini dipenuhi. Jangan biarkan kesengsaraan majoriti
buruh atau pekerja swasta di'kambing-hitam'kan oleh para majikan yang
mementingkan diri sendiri lagi tamak mengumpul harta sahaja. Tetapkan
segera tangga gaji minima di semua sektor awam DAN swasta di semua
kategori, peringkat umur, dll untuk kebajikan rakyat. Ini lebih
menepati inspirasi 'Rakyat didahulukan'. Adakah kajian itu akan menjadi
sekadar 'Indah khabar daripada rupa' akhirnya? Kita tunggu dan lihat.
Hampir semua jiran kita dah laksanakan penetapan gaji minimum ni, mengapa kita ni lambat sangat?
ReplyDeleteSlow macam kekura...
Kebajikan rakyat yg rata-2 buruh (pekerja) perlu ada & sentiasa diberi segera atas keperluan semasa rakyat yg miskin & fakir...ni pasal pemimpin berkira sgt (+ pelaksanaan programtak efektif) dgn rakyat skim gaji minima pun tak ada buat-2 lagi..Byk program kebajikan hanya indah khbar drp rupa...tak ke akar umbi...Ada tak jadi pun...Bila gitu rakyat bawah jugak berasa susah peritnya...Pemimpin politik byk sgt pikir kononnya bijak ekonomi..sat bagi subsidi, sat tukar pulak bagi pinjaman saja, sat bagi potongan harga (rebet,diskaun etc), karang dia naik cukai hat lain pulak... pi mai pi tang tu la jugak... Hal kebajikan ni aku pikir kalau sapa pun perintah dia buat saja, implemen terus tak payah kecoh-2 war-2 canang 1 dunia dia buat tu ini, orang akan nampak & hargai DENGAN ikhlas hati mengenang budi..sejuk hati. Ni depa buat byk yg cam terpaksa saja, pastu terbukti, dgn depa tarik balik atau diadakan 'seksa' baru, mungkin bayaran baru yg lebih tinggi atau sbg'nya..eh bukan kita tak ada mata lah selama hari ni rupa tu la. Bagi memang bagi, tapi depa nak tarik balik atau kenakan rakyat pun byk dah berlaku...Bagi pasal nak sokongan kahsnya dekat-2 nak PRU atau ada PRK...Depa jenis ugut orang/ rakyat pun ada. Mana rakyat terbanyak (majoriti) tak bengkek khasnya low-class & mid-class people la. Orang kaya raya yg depa bela (kroni, nepo, malaun, etc) apa ada hal...memang patut depa pun bersyukur cam kerajaan asik duk ingatkkan tu...duk masjid lelama sikit pun ok jugak, kan?
ReplyDeletehehe