My oh my ~ Macam sudah tiada isu atau permasalahan lain dalam masyarakat umat Melayu-Islam yang PERLU pemimpin negara termasuk kepimpinan persatuan atau pertubuhan seperti, NGO GERTAK, buat & selesaikan, melaung-laungkan perpaduan sesama Melayu? Sedangkan ia (rally) juga selari dengan menghasut & mengenang kembali nolstalgia peristiwa memori luka 13 Mei (dubbed as 'peristiwa berdarah'/black 13, etc.) ? Pada aku, 'peristiwa 13 Mei' PERLU ditangani dengan berhemah, ikhlas & serius. Tiada sesiapa atau mana-mana pihak wajar cuba melakukan provokasi hasutan, bersenda gurau atau main wayang dengan perkara sensitif, selain mereka ingin mengambil kesempatan, menangguk di air keruh demi kepentingan sempit pihak tertentu WALAUPUN umat Melayu-Islam. Aku pun Melayu. Aku pun orang Islam.
Bila nak bagi semangat atau tiup motivasi kepada umat Melayu PERLUkah mana-mana pemimpin me'rai'kan kenangan tersebut pada tanggal 13 Mei? Mengapa main sentimen perkauman sempit yang membahayakan perpaduan nasional? Mengapa hanya pihak berkenaan hanya berasa syok sendiri & tidak menganjurkan kehadiran semua bangsa, suku & ideologi yang ada di negara ini supaya berpakat, berkerjasama? (Blimey, Melayu Bangkit apa ada hal jika selama hari ini kerajaan BN perintah negara ini urus-tadbir Melayu-Islam (atau HANYA orang UMNO???)dengan baik?)
Tun Mahathir pun sekali dikhabarkan bersetuju menyertai perhimpunan 'haram jadah' gitu? Dah nyanyuk ke apa? Atau masih 'mabukkan dunia' & masih menten populariti? Cukuplah jasa anda yang terlihat ikhlas lagi cemerlang dulu masa menjadi PM dahulu kami kenang & berterima kasih. Tolonglah. Jangan ditambah meluat generasi kini terhadap anda akibat 'lakonan' anda yang mula meloyakan dalam arena politik semasa negara.
Bagi aku semua agenda ke arah membangkit semangat umat Melayu-Islam secara halus sebegitu PERLU dikutuk oleh sekalian manusia yang waras pemikirannya. Harapan aku, sekalian mkhluk Allah juga mengutuk lagi melaknat mereka yang cenderung untuk 'memutuskan silaturrahim (perpaduan)' sesama lain-lain bangsa & agama. Atau adakah mereka itu bersikap munafik apabila bersama sesama puak 'mereka', pemimpin 'mereka' berkata seperti:
"Melayu perlu ingat 13 Mei untuk lawan Cina, bunuh.. dll" ????
Sedangkan di masa lain 'mereka' ini bersandiwara di hadapan kaum lain & meraikan perpaduan sejagat. Ikhlas? Inikah diajar Islam? Atau semata-mata nafsu & kepentingan pihak masing-masing? Janganlah mereka itu (& kita juga) menjual akhirat demi dunia ini semata. Cukuplah kita bersedia melengkap diri dengan ilmu & segala kekuatan menghadapi serangan atau muslihat musuh.
Banyak masalah akan timbul dan sukar diselesaikan apabila ada pihak yang bermuka-muka dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.Selalu akan terjadi apa yang dicakap tak akan sama dengan apa yang dibuat malah nampak sangat kedua-duanya kontra.Kepentingan rakyat(pelbagai kaum dan agama) hendaklah diutamakan; cakap dan buat.
ReplyDeleteaje nye ye chor cpj.
ReplyDeletea ah deme politikus atau sesiapa pun pemimpin pertubuhan atau persatuan Melayu-Islam baik pihak kerajaan atau pro pembangkang kena le ikhlas cakap & perbuatan deme tu demi Allah.
Buat deme yg bukan Islam pulak, hendak le deme ikhlas cakap & perbuatan deme tu kerana prinsip mereka sebagi manusia sejagat. Kalau A kita tahu le A deme nak buat. Walau deme tu Kristian, Hindu pun kalau ada kompromi dalam hal yg sama, situ le titik pertemuan untuk lebih 'common sense,concern,caring'. Baru perpaduan yg lebih mantOP (akibat semua ikhlas, faham, jaga nilai) akan terbentuk. Bukan perpaduan nasional yg bermuka-muka atau hanya 'on surface'.
Tambahan kebanyakan Melayu ni suka dengar hearsay/khabar angin drp menilai sendiri dgn tindakan hasutan halus (walau 1001 apa ulasan/alasan menghalalkan acara mengingatkan Melayu ttg 13 Mei tu) pemimpin kian terpinggir atau mencari glamer atau kontang idea (juga songsang) tu. Bahaya.
Tapi jangan risau Melayu takkan hilang di dunia kalau ada pergaduhan atau perang. Aku pun turun padang insyaAllah. Tapi sesiapa tak payah le nak menangguk di air keruh dgn noltalgia 13 Mei tu. Melayu tak menang dgn hanya tumpa darah orang lain. Baik kita semua susun & majukan Melayu-Islam supaya diri sama tinggi (sama kaya,hebat ilmu, pencapaian,merit,persona,etc), & duduk sama rendah dgn orang lain (boleh ikhlas, besar jiwa terima kritikan untuk betul kelemahan diri, tak dengki yg bathil, tak sombong, dll).
sekian dimaklumkan.