Ya, mungkin di Thailand. Itu pun jika Abhisit Perdana Menteri yang sedang memegang tampuk pemerintahan itu sanggup kongsi kuasa. Mungkin juga tidak. Ini kerana beliau dilihat mungkin lebih rela mempertahankan prinsip & polisinya dengan memilih bertenang dalam tempoh darurat kini dan bertempur dengan gelombang 'tentera Merah' daripada beliau berkorban & mengalah kepada tuntutan-tuntutan pihak luar seperti mengadakan suatu pilihan raya lain. Benar, kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang lebih harmonis dan adil dalam
pembahagian kuasa (kerusi & jawatan) kepada semua parti yang dominan tanpa perlunya pembangkang untuk
mengimbangi keputusan pihak kerajaan yang terpilih menang dengan
majoriti mudah melalui suatu sistem pilihan raya.
Di United Kingdom, parti kerajaan terdahulu, "Labour Party" pimpinan Gordon Brown, telah kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Walaupun situasi ekonomi UK agak muram, masih tiada keperluan (darurat) mereka membentuk kerajaan perpaduan bersama parti Buruh. Akhirnya yang menang (winners take all?) hanya kerajaan pakatan antara parti Konservatif dengan Demokrat Liberal yang bersatu untuk mencapai majoriti mudah kerusi parlimen.
Di Malaysia? Pihak yang kalah majoriti pula mencadangkan Kerajaan Perpaduan? Daruratkah Malaysia? Benarkah ia sekadar cadangan? Atau ada pakat-pakat berbincang secara serius? Bukankah itu boleh disalahtafsir sebagai hubungan sulit? Satu pengkhiantan? Bukankah itu juga menonjolkan pihak pelobi UG sebagai pihak terhegeh-hegeh mengidam kuasa, jawatan & pangkat? Bukan? Semua itu pemimpin kata demi kepentingan Melayu & Islam? Dan UG untuk menggantikan sistem demokrasi sedia ada peninggalan penjajah British dahulu yang ternyata kini mandul? Jika begitu, benarkah UMNO boleh dipujuk & dijinakkan dengan hanya mengumpan UG? Ha ha ha ... bukankah pihak menang kaut semua? Apa rasionalnya semua itu untuk UMNO serah kalah & tunduk rela hati untuk berkongsi (UG), sedangkan mereka pihak yang menang majoriti bukannya PAS atau PR?
Eloknya UG ini, bukan pendidikan seks seperti yang sebelum ini hangat diperkatakan, untuk dimasukkan sebagai silibus pendidikan kepada anak-anak kita di sekolah. Semoga generasi hadapan mengetahui idea yang dikatakan bernas itu. Mungkin Kementerian Penerangan boleh kini membuat kempen penerangan ke seluruh negara tentang kebaikan idea Kerajaan Perpaduan itu?
p/s: Biarlah kita berpakat untuk menang majoriti dahulu baru kita tawarkan 'UG' kpd yang kalah. That's more like it. Melainkan semua kita mahu hanya orang Islam memerintah negeri-negeri tertentu & negara ini. Boleh tapi suasana tidak harmonis akan wujud hanya kerana sebahagian kita sanggup pecah janji untuk 'Melayu & Islam'. Bukan negara Islam begitu aku mimpi & impikan. Tidak perlu sama sekali. Bukankah dunia ini dijadikan Allah s.w.t. (Tuhan yang Maha Esa untuk kita Muslim) untuk kita mengenali sesama yang lain (bangsa, agama, ideologi, dsb)? Pada aku kita perlu berjasama, bergabung, berpakat mencari titik-titik persamaan walau kita zahirnya berbeza demi kepentingan negara & rakyat. Yang penting yang perlu hanya daulah Islamiah (negara Islam) yang mampu diperjuangkan bermula daripada diri sendiri, berkembang kepada keluarga sendiri, masyarakat setempat sehingga, mungkin, negara. Begitu indahnya Islam yang tidak memberatkan kita jika kita mengetahui.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!