27 May 2010

Pelajar Cemerlang (SPM, STAM etc) yang Miskin Perlu Dibantu


"Iron man" pun pening kalau kes macam ini. Kerajaan bina banyak prasarana, fiskal & utiliti seperti sekolah, kolej dan universiti. Banyak program P&P diolah untuk menepati dasar atau pelan pendidikan negara walau pun ada kesilapan ketara dalam sesetengah program selain kelemahan dalam menrealisasikan pelaksanaannya. Malah pengetua dan cikgu-cikgu di sekolah menengah disarankan lebih produktif dan agresif untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang keputusan peperiksaan PMR dan SPM. Siap dijanjikan oleh kerajaan pusat imbuhan wang RM750 hingga RM 7000 kepada setiap cikgu jika sekolah mereka cemerlang? Bagus juga idea itu. Tahun-tahun terdahulu pun begitu ramai pelajar lepasan SPM berjaya daripada segi pencapaian akademik malah juga cemerlang dalam kegiatan koku-kokurikum. Apa nasib SEMUA mereka kini jika kerajaan kita adalah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan? Adakah SEMUA dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan kita? Adakah kerajaan kita hanya umpama "Pandai melahirkan tapi tak pandai jaga anak" (ada ke peribahasa ini?) dengan kerajaan hanya berjaya menzahirkan sasaran mengeluarkan ramai pelajar SPM yang cemerlang keputusan peperiksaan tapi malangnya tidak semua mereka diberi perhatian dan kebajikan setimpal perjuangan pelajar yang telah bertungkus lumus untuk mencapai kecemerlangan akademik dan koku-kurikulum mereka di sekolah?

Setiap tahun beribu-ribu pelajar lulusan SPM, hasil didikan guru-guru yang dedikasi kepada kerjaya, berjaya mendapat "straight A" atau skor semua A dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki. Sewajarnyalah setelah jutaan ringgit modal pelaburan kerajaan dicurahkan ke atas pelajar-pelajar ini semua pelajar cemerlang ini sepatutnya menuju ke peringkat yang lebih tinggi dan terjamin masa hadapan. Apa gunanya jika saban tahun beribu-ribu pelajar cemerlang dalam keputusan peperiksaan SPM dan ada yang berjaya mendapat 30A sekalipun, jika mereka yang hebat ini pula daripada keluarga yang tidak mampu atau miskin? Sedang terdapat di kalangan mereka ini diabaikan dan tidak diberi peluang ke IPTA atau institusi pengajian luar negara yang terpilih? Mereka yang cemerlang tetapi miskin inilah sepatutnya menerima nikmat bantuan biasiswa oleh kerajaan atau tajaan daripada yayasan atau syarikat milik kerajaan (GLC) tertentu seperti KWSP, MAS, Petronas, TNB, YBK, Baitul Mal negeri-negeri dan sebagainya? Semua, tidak terkecuali seorang pun, pelajar cemerlang SPM daripada keluarga kurang mampu ini sepatutnya ditaja sepenuh dan secukupnya, 100% sehingga tamat pengajian mereka, bukan bantuan berkala. Selain itu bakal peneraju negara masa hadapan ini hendaklah mendapat jaminan kerjaya mereka selepas tamat pengajian. Moga-moga mereka mampu terus cemerlang, gemilang dan terbilang untuk masa hadapan tanahair kita ini, bukan temberang seperti sesetengah tokoh, pemimpin dan politikus negara kini.

Mereka yang tidak terpilih dan ditaja ini, bukan sahaja kebajikan mereka diabaikan, akan terpaksa berkerja dengan kelulusan SPM mereka untuk menampung keluarga mereka atau berdikari untuk masa hadapan mereka. Jika terpaksa mereka perlu segera mencebur diri dalam bidang kerjaya dan memendam cita-cita mencapai kejayaan di mercu gading di institusi pengajian terkemuka. Jika pun mereka mahu menyambung cita-cita keluarga mereka terpaksa meminjam bank atau PTPTN dan ini hanya memberi tekanan tambahan yang tidak munasabah kepada kehidupan keluarga yang sedia miskin dan kekurangan serba-serbi. Hakikatnya pelajar cemerlang yamg tidak terpilih ke IPTA akan memilih IPTS termurah di pasaran untuk meneruskan perjuangan & aspirasi diri dan keluarga. Pinjaman PTPTN? Ia tindakan yang agak rasional kerana pastilah mereka ini akan meminta bantuan pinjaman rendah faedah itu jika anak mereka tidak berjaya menikmati biasiswa. Malangnya PTPTN adalah suatu jerat yang menunggu mangsa kerana terbukti pada zaman yang tidak menjamin memenuhi impian kerjaya peluang agak tipis & sedikit. Selain itu mereka terpaksa membayar semula ansuran pinjaman itu dengan kadar segera setelah tamat pengajian. Semua ini hanya memberi tekanan tidak wajar kepada rakyat yang menyokong Barisan Nasional (aku tersenyum, sinis). Kalaulah mereka keluarga miskin yang menyokong pihak PR tidak perlukah mereka itu diberi peluang di IPTA dan biasiswa? (uhuk uhuk..terbatuk)

Mengikut kefahaman dan amalan Islam yang sebenar (Islam Hadhari,1Malaysia, P** for all, etc adalah TIDAK tepat. Mungkin), SEMUA keluarga yang miskin walau pun bukan penyokong Barisan Nasional, walau pun mereka bangsa selain Melayu dan miskin atau fakir pula, adalah wajar kerajaan menyalurkan kebajikan dan bantuan sewajarnya. Mampukah mereka pelajar yang cemerlang tetapi daripada keluarga miskin ini menyambung belajar tanpa sokongan sewajarnya? Ibu bapa mereka pastinya mengharapkan bantuan biasiswa daripada kerajaan, GLC atau swasta menampung perbelanjaan pembelajaran di universiti atau kolej. Mereka ini daripada keluarga pendapatan seisi rumah mereka tidak melebihi RM2000 sebulan pun. Ibu bapa atau penjaga mereka ini mungkin hanya buruh biasa yang berpendapatan sederhana sekitar RM600 hingga RM1500 sebulan sahaja. Kalau nasib baik dan situasi kesihatan mengizinkan mungkin ada kerja lebih masa (overtime) mereka mungkin dapat lebih RM500 lagi. Mereka semua dambakan pihak seperti JPA atau MARA supaya menghulurkan tawaran rasmi untuk menyara perbelanjaan pengajian anak mereka untuk tempoh tertentu. Tidak patut mereka menjadi pengemis di negara sendiri yang kaya raya dengan hasil masyul akan bantuan orang ramai di masjid, surau atau tokong, atau, ibu bapa mereka merayu kepada individu atau tokoh tempatan di mana-mana untuk mencukupkan dana untuk meneruskan pengajian mereka. Mereka yang miskin atau fakir juga ada maruah mereka. Bersamalah kita menjaga kepentingan dan hak mereka. Tanpa si miskin siapalah si kaya? Siapa pula yang akan berkerja untuk si kaya? Si kaya yang mengenal diri dan Allah (atau Tuhan) pastinya sedar tanggungjawab sosialnya dan membantu sebaik mungkin keperluan si miskin. Tambahan mereka itu dekat di hati kita (punya pertalian kekeluargaan).

Sepatutnya mereka inilah diberi perhatian yang lebih oleh kerajaan, yang dikhabarkan mendahului kepentingan rakyat & menghargai pencapaian rakyatnya, dengan menawarkan biasiswa kepada SEMUA ribuan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Malangnya masih terdapat segelintir dianggarkan beratus pelajar cemerlang itu dibiarkan dengan tidak ditawar tempat menyambung belajar ke IPTA akibat sistem pemilihan (UPU?) berdasar meritokrasi yang kian diragukan efisiensinya dan kerana terbukti saban tahun kian ramai pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM pun masih boleh mendapat tempat di IPTA. Sesetengah mereka pula daripada kalangan keluarga yang sederhana dan kaya tetapi diberikan bantuan biasiswa? Pelik. Lebih memeritkan, mereka akan diabaikandan dinafikan hak kemauskan walau pun layak  jika pelajar-pelajar cemerlang ini daripada keluarga miskin yang menyokong perjuangan yang tidak selari dengan Barisan Nasional. Mungkin ramai rakyat tidak sedar hal ini tetapi itulah hakikatnya sesetengah orang kita "mengajar" golongan yang 'tidak bersyukur'. (uhuk uhuk ..terbatuk lagi)

Begitu juga pelajar cemerlang daripada keluarga kelas sederhana (pendapatan bulanan melebihi RM2500 - jika keluarga kecil - atau, RM3000 (keluarga besar) hingga RM6000, mungkin!) juga sepatutnya diberi tempat di IPTA kerana kos pengajian IPTA terkini pastinya lebih rendah berbanding di IPTSyang rendah kualitinya dan ini masih mampu ditangani oleh ibu bapa mereka. Seharusnya bantuan berbentuk pinjaman PTPTN tidaklah membebankan dan merunsingkan kepada mereka ini.Jika tidak sedemikian, berilah peluang mereka merayu bantuan sewajarnya. Manakala, semua pelajar cemerlang dan daripada keluarga kaya-raya seperti anak kepada seorang jutawan, bangsawan, sultan, raja dadah,tauke judi dan sebagainya (pendapatan  melebihi RM6000 ke atas sebulan atau setiap minit) hanya wajarlah tidak diberi perhatian walau pun terdapat kekosongan di IPTA. Sewajarnya kerajaan bertindak begitu kerana pada lazimnya pun mereka daripada keluarga kaya-raya akan mengekalkan imej atau menurut sikap egoistik mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke institusi pengajian luar negara tanpa perlu bantuan sesiapa. Terserah kerana mereka yang mampu ini tidak perlu dikasihan pun oleh kerajaan.

5 comments:

  1. sekarang bukan setakat pelajar je perlu dibantu
    graduan pun perlu di bantu
    tak percaya
    pru 13 bn bungkus
    pru 14 pr bungkus
    takder dah pru 15
    malaysia menjadi sistem komunis

    visit
    http://melodymockers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ya memang dah lama masalah graduan ni. Peluang kerjaya terhad, skills x cukup atau selaras kehendak industri, dsb. Apa kata kerajaan bagi elaun kebajikan dalam, let say, RM300/bulan untuk setiap graduan sementara dia dapat kerja tetap yg sesuai? Ni harapnya jadi like "a kick to their teeth" .. baru buat kerja lebih baik kot? hahaha

    ReplyDelete
  3. 17 pelajar sekolah agama dapat lebih drpd 5 juta...

    ReplyDelete
  4. 17 drp 17000 yg layak dapat apa la sangat bantuan camtu cpj kan kan? Tu hanz kata bantuan berkala. Dapat tu dapat bantuan tapi ciput buka untuk total period of pengajian depa. Kalau dapat kerajaan tanggung semua perbelanjaan pun cuma sebahagian. Ni selective pulak. Padahal yg layak ada lagi tertinggal tak dicari depa tu atau lebih buruk depa yg layak dah mohon tapi dibiarkan pulak.

    Tapi depa yg dapat tu patut syukur syukur tapi tak payah depa & mak pak depa nak sembah kaki atau nak sembah hormat kat TDM atau PM tu. Cukup la depa berterima kasih & balas jasa dgn berkhidmat dgn baik & ikhlas untuk rakyat semula (untuk negara la tu) ...hehehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!