21 May 2010

Judi & Liberalisasi


Judi pada setiap individu Islam wajib terima kenyataan ia aktiviti yang diharamkan Allah & Rasul-Nya. Sesiapa secara simbolik, sinis atau berani berkata yang sebaliknya adalah diragui keimanan & akidahnya. Semudah itu kita dapat mengenal watak seseorang Muslim atau musuh Islam seperti munafik. Ya, sebab kita belajar garis panduan kehidupan sebagai Muslim. Kita ada ilmu mengenainya bermakna kita berilmu. Kita harus dengan sebab itu punya prinsip kehidupan. Jika penegasan Islam begitu, begitu jugalah kita terima & pegang. Itulah tali Allah. Biar panas seakan mengenggam bara api. Biar orang lain yang tidak memahami Islam memandang pelik & curiga. Biar dikatakan tidak moden, sesuai mengikut zaman, karut, lapuk, keras dan sebagainya.

Begitupun ketahuilah ada setengah-setengah perkara Islam membenarkan kelonggaran daripada hukum asalnya. Tapi hal judi tiada di dapati kelonggaran tersebut. Tiada ulamak muktabar menafi hukum tetap mengenai berjudi & segala berkaitannya. 

Judi & bolasepak kini telah sinonim dalam 1 baris.  Penjudi telah berminat menikam nasibnya dalam sukan bolasepak walau dia sendiri tidak pandai sepak bolasepak atau pernah mewakili sekolah apatah lagi sebagai pemain skuad negara di Kejohanan Piala Dunia atau "World Cup".  Islam membenarkan sukan bolasepak selagi ia tidak melalaikan pemain & penontonnya mengerjakan suruhan-Nya seperti menunaikan solat fardhu, cukup rehat, cukup produktif semasa kerja & sebagainya.  Islam juga tidak membenarkan pemain & penonton bolasepak melanggar larangan-Nya seperti melambatkan urusan solat, meniggalkan solat, berkelakuan buruk seperti mencaci pemain & pengadil, ponteng sekolah atau kerja, tidak produktif kerana tidur tak cukup akibat menonton siaran langsung perlawanan bolasepak di tengah malam. Apatah lagi berjudi untuk mendapat habuan dunia & menjual akhirat demi bolasepak? Justeru judi tetap haram walau alasan keperluan meletakkan tokoh Melayu dalam syarikat perjudian. Jika Melayu kaya-raya melalui judi maka banyak kebaikannya kepada masyarakat? Muslim yang rosak iman mungkin berfikir begitu walaupun beliau seorang Perdana menteri atau mufti.

Liberalisasi adalah harus jika terdapat ruang kelonggaran dalam sesuatu hukum syariat Islam. Bersikap liberal janganlah sampai kepentingan umat Islam terabai. Jika pemimpin Islam memberikan 1 lagi lesen judi ia bermakna membiarkan masyarakat kita Muslim tertekan dengan cabaran & godaan maksiat judi. Umum mengerti umat Islam kita cukup tenat pegangan akidah & lemah jati diri. Mengapa perlu ditambah derita penyakit hati mereka dengan maksiat yang dijemput bertamu? Jika pun kita mahu menjadi lebih liberal cukuplah mengawalselia kegiatan judi berlesen sedia ada dahulu. Penguatkuasaan mesti diberatkan. Tarbiyah atau kempen anti-judi di kalangan umat Muslim hendaklah efektif sehingga tiada lagi umat Islam berani mendatangi kedai judi atau kasino.Sehingga kita membenci aktiviti judi & gembira kita tidak seperti umat bukan Islam yang terpesona dengan janji manis operator perjudian. 

Sehingga umat Islam kita mampu menangkis dugaan sebegitu saya secara peribadi rela operator judi-judi haram & ah long seluruh Malaysia mendirikan pusat-pusat perjudian mereka di mana jua mereka suka. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kawan bukan Islam hanya kerana segelintir penjudi tegar yang mahu merosakkan masa depan mereka. Apatah lagi untuk mengkayakan seorang 2 kawan Cina dengan pemberian lesen berkenaan? Ia umpama membenarkan kawan-kawan bukan Islam kita bermain judi di dalam rumah kita sendiri. Mungkin pada mulanya kita tidak bermain & hanya memerhati kerana tidak berminat untuk turut serta. Secara tidak langsung kita pun akan berjinak-jinak belajar bermain judi. Dan berikutnya mungkin kitalah 'banker', 'congker' di kalangam penjudi? Bisikan syaitan & iblis terus menerus akan menyesatkan kita dengan langkah-langkahnya halus.  Ada manusia mungkin terpesona dengan germilapan keindahan syurga dunia buatan tauke-tauke atau taipan bilioner perusahaan. Mereka mungkin terlupa jerat syaitan laknatullah tetapi syaitan tidak akan berdiam diri untuk menyusun jeratnya untuk menyesatkan kita.

Nauzubillahi minzalik.  

2 comments:

  1. Hanz

    Uncle dah kata, mereka adalah sebahagian darinya. Membunuh, menipu, melantak hak rakyat, pecah amanah dan melompat lagi mereka sanggup lakukan. Selama ini pun Tuhan telah mereka ketepikan. Inikan pula judi yang tidak perlu membunuh dan melantak hak rakyat, memang tidak menjadi kudis dan gatal pada mereka. Asalkan bagi mereka untung di dunia. Mereka sudah pun lama persetankan Akhirat!

    ReplyDelete
  2. Uncle Din,

    Selama ni sgt licik perbuatan mereka & selalu bersembunyi di sebalik alasan rasional mereka kpd setiap tindakan, pasti terhidu jua. Judi untuk orang bukan Islam, konon, atau untuk benteras judi haram? haha...Yang kita risau umat Islam yg lemah akidah & pegangan juga menjadi mangsa (menjadi penjudi tegar, kalah & terus kalah,dsb)kerakusan mereka berebut & berkongsi harta dunia, tak kira haram halal lagi. Ya kita kasihan jugak kepd orang bukan Islam yg penjudi yg sentiasa tertipu dgn hadiah yg dijanjikan. Sikap bermuka-muka setengah pemimpin Islam khususnya drp UMNO amatlah dikesali & takut-2 ianya adalah perbuatan seorang munafik. Kasihan.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!