22 May 2010

Final CL: Inter vs Bayern Munich, Siapa Tentu Kalah?


Penjudi! Majoriti orang-orang yang suka berjudi sedunia akan kalah pelaburannya atas pertaruhan mereka dalam 1 perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian peminat bolasepak & kaki judi. Vincent Tan? Ibrahim Ali? Penyokong kepada pemberian lesen judi bolasepak di Malaysia? Hanya Allah yang Maha Melihat & Maha Mengetahui betapa mereka gembira atau tidak menyaksikan perlawanan Inter-Bayern Munich pagi Ahad, 23 hb Mei 2010 ini.

Ada yang akan kalah berjuta US dollar. Ada yang marah-marah lalu pukul anak bini. Ada ramai yang sakit hati. Ada yang menambah hutang dengan ceti & ah long. Ada yang cabut lari? Ada yang bunuh diri? Ada yang kalah kena belanja makan atau minum sahaja. Alahai berapa ringgit saja tu, kan? Ya, walaupun sedikit, walau hanya seringgit tetapi sebab kita janji kalah bayar minum kopi, seringgit pun kira judi. Hah! Jika kita seseorang Islam kita peka hal begini walau seolah-olah perkara remeh. Maka sebaiknya kita sebagai Muslim maka jangan terlibat aktiviti judi sebab ianya adalah haram iaitu berdosa. Beringatlah supaya sedar diri bahwa jika kita main judi & menang pertaruhan judi pun kita tetap dikira kalah di sisi Allah yang suci sebab terlibat aktiviti haram & dosa. Jangan ditambah dosa yang sedia ada. Jangan hanya tahu marah-marah kalimah "Allah" dipakai oleh sebahagian penganut Kristian di gereja tetapi ada antara kita sendiri gadai agama Islam (pegangan) & mencari kemurkaan Allah. Pertahan hak Allah yang dituntut ke atas apa yang sepatutnya kita melakukan, seperti membenci akitiviti berkaitan judi & juga membantah idea kegiatan perjudian yang kian berleluasa di negara kita sama ada berlesen atau haram. Bukan beriya-riya mempertahan kalimah "Allah" sehingga bakar gereja.

Datangilah ilmu jika berasa asas Islam dalam diri pun masih lemah & iman pula mudah goyang. Bertaubatlah wahai Muslim saudaraku yang berdosa. Belum terlambat untuk menjadi seseorang yang bertaubat, suci lagi mengerjakan amal soleh. Jangan bertangguh lagi untuk bertaubat sebab tak tertanggung kita azab derita yang Allah janjikan iaitu seksaan kubur & neraka sebagai hukuman atas perbuatan keji kita melanggar perintah-Nya & ingkar larangan-Nya.

Yang menang pastinya yang untung hasil judi seperti operator perjudian. Si bos, taipan, tauke pusat-pusat perjudian berlesen (halal pada kerajaan jika kerajaan dapat hasil judi) & haram (sebab tauke saja untung, kerajaan tak dapat apa-apa). Inter Milan tak tentu kalah lagi. Begitu juga Bayern Munich tak tentu menang lagi. Yang pasti kalah adalah Manchester United & Real Madrid sebab musim 2009/10 tidak memenangi kejuaraan liga negara masing-masing. Hehehe! 

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!