07 May 2010

Kementerian Kesihatan Tahu Mee Segera Manyak Syok



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan CAP bahawa mi segera mendatangkan mudarat kepada orang ramai.

Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan mee segera adalah membahayakan kesihatan dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu sebagai tidak mempunyai bukti saintifik. Sebaliknya, Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian. Kadar sodium yang tinggi adalah salah satu punca pelbagai penyakit seperti "hypertension", sakit jantung, angin atma (stroke) dan kerosakan buah pinggang. 

Ujian yang dilakukan oleh pihak CAP ke atas 10 sampel produk mee segera mendapati 3 daripadanya mempunyai kadar sodium melebihi  1,000 mg. Purata kadar sodium adalah 830 mg dan mengikut piawaian US Recommended Dietary Allowance (RDA) keperluan bahan sodium untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahu ke atas adalah hanya 2400 mg setiap hari. Rujuk berita selanjutnya di sini.  

Maka sesiapa peminat Megi Mee silalah pastikan anda tidak mengambil melebihi 3 pek (katakan 1 pek ada 800 mg sodium) sehari semalam supaya tidak 'overdose' pengambilan sodium. Bahaya beb! Cukuplah 2 pek sehari. Esok-esok pulak makan megi lagi. Itu pun kalau nak merasa umur panjanglah. Kalau lu rasa duit lu dah banyak sangat dan lu pun tak kisah lu punya buah pinggang rosak, tak apalah. Klinik dialisis pakar cuci buah pinggang pun ada di merata-rata dan berdekatan saja dengan rumah anda. Suka hati lu lah. buah pinggang lu, duit lu. Lu suka lah. Makan lagi megi pagi 2 pek, petang 3 pek, malam 3 pek lagi. Sedap? Memang sedap. Layan saja lah.

Kementerian Kesihatan memang nafi punya megi mee mana bahaya maa. Tauke cakap itu macam sama dia. Tauke mesti tau lah itu pasal dia jadi tauke. Kementerian Kesihatan mesti mau dengar cakap tauke yang dah berjasa sekain lama menyumbangkan cukai kepada kerajaan kita. Itu belum lagi 'hadiah' lain. Ni Malaysia ok not the UK. Wohaa. 


3 comments:

  1. Sedapnya mee...tapi sakitnya buah pinggang menghapuskan semua kesedapan hidup...

    ReplyDelete
  2. dalm mee ni ada wax, kena betul proses.
    baru wax boleh hilang

    lepas di jerang
    kering kan air lepas tu letak air panas kalau mi sup

    kalau mi goreng basuh dengan air paip selepas di tuskan

    memang mee ni banyak bahaya

    ada botak sebab monosodium glutumate nya

    kapitalis hanya tahu mengaut keuntungan dan kapitalis luar ada juga lah sikit2 kisah pasal kesihatan dan nutrisi makanan

    kapitalis malaysia??

    kah kah kah

    visit

    http://melodymockers.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. terima bg komentar sedara opsss! sedari cpj...hehe

    & juga kpd sedara Kucing Parsi yg anti-megi nampaknya...hahaha

    Ya lah... megi memang sedap dimakan, mudah disediakan, kira murah pulak tu.. lengkap dah pakej 'RAKYAT didahulukan' tu...hehe

    Tapi kapitalis tahu mana nak 'kencing'..bukan takat bahan-2 (ingredients) TIDAK 100% dinyatakan, entah-entah cop HALAL JAKIM tu dia main rembat aje/ print aje.

    Patut JAKIM ada sistem 'security' tersendiri yg 'traceable' oleh end users..i.e. penggunaan no siri tertentu, Barcode, what ever...janji semua kita selamat dunia akhirat...Babi tu memang kita tak mau makan pun, tapi bukan babi saja kita nak jaga (tak makan) ni.. hmm...JAKIM ni boleh harap ke tak ni?

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!