Polis boleh bertindak atas keraguan munasabah. Jika terlihat oleh mana-mana anggota keselamatan sesiapa yang kelihatan mencurigakan maka polis menganggap dia sebagai suspek. Polis berhak mendekati & berbuat sesuatu demi tugasan menjaga keselamatan orang ramai & negara. Sekurang-kurangnya anggota polis akan menahan, menyoal-siasat untuk mengenalpasti suspek.
Polis boleh menahan suspek atas alasan yang mereka sendiri lebih mengetahui. Mereka boleh bertindak menahan & menyoal suspek yang disyaki membahayakan tanpa perlu bahan bukti sekali pun untuk penahanan suspek berkenaan. Seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memperuntukkan dalam Seksyen 73(1) 1960:
"Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Bahan bukti adalah sebarang material untuk menjustifikasi pertuduhan oleh pihak polis & ia juga untuk tujuan membela diri oleh suspek atau si kena tuduh. Ini penting untuk menegak keadilan & menyokong perjalanan sistem perundangan & kehakiman yang berintegriti.
Tanpa keperluan mengemukakan bahan bukti suspek besar kemungkinan akan teraniaya atau ditekan. Bahan bukti perlu didokumentasi sebelum suspek ditahan untuk tujuan pembicaraan di mahkamah umum mahu pun bersifat tertutup. Tanpa kewujudan keperluan mengfailkan rekod bahan bukti segala kes akan boleh dimanipulasi untuk agenda pihak berkepentingan. Polis pada setiap masa boleh sahaja membuat suatu fabrikasi bahan bukti untuk mengukuhkan dakwaan mereka ke atas suspek. Tanpa pembuktian, suspek akan pastinya tidak akan mendapat perlindungan sewajarnya. Malahan dengan fabrikasi - bahan bukti palsu oleh polis atau mana-mana pihak berwajib - suspek bukan sahaja tidak dapat mempertahankan maruahnya malahan dia juga tidak mungkin dapat menyelamatkan nyawanya sendiri.
Pernyataan surat khabar mengenai dakwaan polis terhadap Aminulrasyid Amzah (atau sesiapa jua mangsa kekasaran polis) bahawa mereka menjumpai senjata membahaya (parang) di dalam kenderaan beliau naiki tersebut adalah kemungkinan suatu fabrikasi oleh pihak polis. Ini adalah contoh pihak polis berniat membunuh karektor (character assassination) Aminulrasyid dengan tujuan memburukkan lagi keadaan selain memalukan maruah si mati. Ini juga menunjukkan sikap tidak prihatin pihak atasan polis menjaga sensitiviti keluarga si mati & masyarakat. Alasan apa jua tidak semestinya menghalalkan cara polis bertindak di luar batas kemanusiaan & sekejam sedemikian. Apatah lagi jika pertuduhan & tindakan drastik mereka adalah atas sebab curiga. Sesungguhnya kes pembunuhan Aminulrasyid menuntut keadilan sejagat ditegakkan. Bukan keadilan seperti mahunya KPN. Mengapa beliau cuba melarikan daripada tajuk perbincangan dengan beliau mengingatkan masyarakat supaya berterima kasih kepada segala jasa baik pihak polis selama hari ini selain menuntut simpati masyarakat terhadap anggota polis yang dirundung malan ketika bertugas? Adakah beliau mendapat apa-apa nasihat atau tunjuk ajar daripada 'tangan ajaib' (APCO?) apabila beliau seolah-olah seorang ahli politikus yang licik mengalih perhatian daripada isu sebenar yang sedang hangat dibicarakan umum?
Keadilan sebenar adalah apabila umum melihat beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan adik Aminulrasyid ditahan, dibicara secara terbuka & adil, seterusnya dihukum setimpal perbuatan yang di luar lunas kemanusiaan. Kes pembunuhan ini mengingatkan kita kepada jenayah-jenayah hasil kekejaman pihak Zionis (baca: Israel) terhadap penduduk Palestin yang dibunuh sewenang-wenangnya dengan alasan menjaga keselamatan.
Keadilan sebenar adalah apabila umum melihat beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan adik Aminulrasyid ditahan, dibicara secara terbuka & adil, seterusnya dihukum setimpal perbuatan yang di luar lunas kemanusiaan. Kes pembunuhan ini mengingatkan kita kepada jenayah-jenayah hasil kekejaman pihak Zionis (baca: Israel) terhadap penduduk Palestin yang dibunuh sewenang-wenangnya dengan alasan menjaga keselamatan.
Keadilan adalah berpaksi kebenaran. Kebenaran berpihak kepada sesiapa juga - walau pun kanak-kanak berumur 15 tahun. Benarkah Aminulrasyid seorang penjenayah atau beliau hanya mangsa keganasan pihak polis yang dikhabar melepaskan berdas-das tembakan?
Al-Fatehah & kita doakan dia diampunkan Allah apa jua salah dosanya..RIP berbahagialah di sana!
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!