23 May 2010

PAS Kedah Seronok Berparti Hingga Lupa Diri?


Perlu diakui masih terdapat beberapa kelemahan ketara dalam kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR seperti di Kelantan dan Kedah. Namun, majoriti rakyat mahukan perubahan atau transformasi pentadbiran & kepimpinan negara. Mereka memahami & masih memberi peluang untuk tokoh-tokoh politik PR mencorak & mengatur langkah yang lebih kemas untuk merealisasi visi & misi menuju Malaysia yang lebih maju, cekap, telus & sejahtera. Sebarang kelemahan pengurusan & pentadbiran negeri & kawasan DUN yang dimenangi wajiblah diberi perhatian & diatasi dengan kadar segera & sewajarnya. Kritikan & pandangan yang membina adalah dialu-alukan. Sebarang teguran & kritikan yang pedas & mampu mengeruhkan suasana eloklah dilakukan secara semangat setiakawan atau tertutup.

Prinsip YB Zulkifli Nordin memperjuangkan kepentingan Islam mungkin pada lazimnya adalah benar & tepat. Tetapi niat seseorang tidak semestinya menghalalkan sebarang cara. Tindakan beliau yang membantah bekas rakan seperjuangan secara keterlaluan adalah di luar batasan sebagai pemimpin yang disegani. Maka beliau wajar dikeluarkan daripada PKR kerana beliau sendiri telah malu bersama PKR & parti tersebut pun telah sepakat tidak menerima beliau bersama saf perjuangan. Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah atau lebih tepat lagi kerajaan negeri pimpinan PAS yang masih muda memerlukan segala kekuatan & sokongan yang mantap daripada pendokong & penyokongnya untuk memacu kemajuan negeri Kedah & juga Islam.

Jelas beberapa tindakan YB Zulkifli Nordin adalah salah daripada segi etika professional. Salah & berdosa sekiranya menyalahi janji setia (jika ada) sesama pemimpin PR walau pun mereka berbangsa & beragama lain selain Islam. Dan bila diperhatikan beliau masih lagi menetapkan syarat "Islam" sebagai sebab beliau tidak hadir diri dalam Jawatankuasa Disiplin Parti PKR hanya kerana ada beberapa AJK tersebut terdiri daripada orang–orang bukan Islam. Kata keramat beliau, "Panel bukan Islam tak boleh bicarakan saya" menunjukkan sikap "ekstrem" keterlaluan beliau kerana majlis tersebut hanya bertujuan membincangkan hal displin beliau dan ia BUKAN mahkamah Syariah yang memerlukan penglibatan semua, seperti hakim, peguam, saksi, mestilah merupakan orang Islam untuk mengadili beliau. Apatah lagi, beliau kemudian bertindak melulu (baca: kecoh) dengan mendedahkan & memalukan pucuk kepimpinan PKR & beberapa tokoh PAS. Maka kewibawaan & keikhlasannya telah dipersoal & dinilai songsang oleh hampir semua pemerhati politik bebas kecuali penyokong UMNO-BN.


Beliau sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana bekas rakan PKR beliau, seorang yang bukan (wajib) memperjuangkan Islam & akhlaq Islam, iaitu, YAB Lim Soo Nee, Adun Kulim, yang telah bersikap lebih wajar dalam menyuarakan rasa tidak puas hati, secara terbuka, terhadap partinya dan juga kepimpinan negeri. Dalam sebuah perhimpunan solidariti di Alor Setar menyaksikan kehadiran kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), dalam ucapannya tanpa rasa gentar YAB Lim melahirkan rasa kecewa secara terbuka dan kegagalan kerajaan negeri mengkaji kelemahan-kelemahan yang wujud yang kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan negeri Kedah.
Saya akan bersikap terbuka di sini malam ini. Kemungkinan apa yang saya berkata ini boleh mengecewakan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tetapi saya tidak akan biarkan ia menghalang saya,” kata beliau di hadapan hadirin yang dilihat tersentak sedikit mendengar kata-katanya.

Lim menambah fenomena keluar PKR kebelakangan ini disebabkan oleh faktor menarik dan menolak.
“Faktor menarik adalah berdasarkan gangguan yang datang dari parti pembangkang kita di Barisan Nasional. Kita tahu bahawa tujuan mereka ialah untuk menggulingkan kerajaan. Faktor menolak adalah lebih buruk — ia datang dari kitaran dalaman kita sendiri, menyebarkan pembohongan berniat jahat dan maklumat yang boleh menyebabkan kita semua tumbang,” katanya lagi.
Sehingga kini kita tidak usaha untuk mengadakan bedah siasat untuk mencari sebab mereka bertindak keluar parti. Adalah salah bagi orang kita untuk hanya bertindak keluar kerana mereka tidak gembira, tidak kira apa juga perasaan tidak puas hati, kita masih boleh duduk dan berbincang. Tetapi kita masih tidak boleh mengetepikan (hakikat) bahawa hanya mereka sahaja telah meninggalkan parti, katanya.
Jika hanya seorang yang keluar tidak kisah. Tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya umum 2008. Sudah pasti ada sebab yang munasabah,” jelas beliau, bagi membayangkan kepimpinan PKR dan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah gagal untuk memikul tanggungjawab dan mencari kelemahan dan kesilapannya.
Dan, jika pemergian mereka disebabkan kesilapan yang kita telah lakukan, maka kita kena berubah. Kita perlu menyuarakan rasa tidak puas hati kita, jika kita gagal untuk melakukan ini dan kita hanya duduk dan diam, kita tidak berbeza daripada BN,” katanya.
Ketika ini beberapa  hadirin mula bersuara dengan menyindir ke arah Lim sambil bertanya apa yang beliau mahukan. (Kemungkinan besar daripada PAS. Sial & memalukan Islam saja.)
Apakah anda mahukan? Bercakap? Apa anda kata?kata seorang lelaki yang kelihatan marah. (Kawan tegur elok-elok pun salah ke? Beradab dah tu. Akhlaq Islam apa begini?).

Pada sidang media , MB Kedah YB Ustaz Azizan menekankan perhimpunan malam tadi membuktikan kekuatan dan perpaduan dalam kerajaan. 
Kami ada 20 Adun. Kami ada kestabilan dan majoriti. Saya ingin mengatakan di sini bahawa kami tidak akan membubarkan DUN, saya tidak melihat keperluan. Ya, kami tidak mengadakan bedah siasat. Bagaimanapun kerajaan negeri akan mengkaji cadangan beliau. katanya.(Betul ke nak siasat & buat pembetulan? PAS Kedah jangan meminggirkan keperluan memenuhi permintaan rakan PKR (yang wajar) walau mereka bukan orang Islam. Janganlah berlagak sombong & tunjuk sikap yang ekstrem & menzalimi hak orang bukan Islam. Buktikan akhlaq Islam adalah teras kejayaan kita?)

No comments:

Post a Comment

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!