Adakah benar Kristian atau Hindu perlu dianggap sebagai musuh kepada PAS? Permusuhan PAS dengan UMNO-BN yang berbudaya "penerapan nilai Islam" tetapi tetap kelihatan sekular itutelah pun berlanjutan melebihi 50 tahun? Benarkah liberalisme membahayakan keutuhan PAS? Pluralisme akan menyesakkan fahaman Islam pendokong dan penyokong PAS? Selularisme mampu meruntuhkan PAS sama sekali? Prinsip Islam yang dibawa oleh
PAS yang meyakini bahawa Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang
syumul dan adil bahkan penolakan PAS terhadap pengamalan politik sekular oleh Umno adalah berikutan
kesungguhan dan kekuatan iman pendokong dan penyokong parti itu selama hari ini. Jelas serangan pemikiran dan kefahaman yang bukan sealiran dengan prinsip utama PAS adalah bukan perkara baharu dan sukar untuk mereka bendung dan tangani walau cabaran dan masalah sentiasa datang dalam pelbagai bentuk dan corak yang lebih mengancam.
Benar tetapi semua isme tersebut sewajarnya mudah ditepis dan dikalahkan jika teras keimanan atau jati diri PAS adalah mantap daripada cabaran dan dugaan seperti dinyatakan. Pada hemat penulis blog ini, perkara yang perlu diutamakan oleh PAS ialah perkara pengisian kemenangan. Secara rasionalnya untuk PAS menang sesuatu DUN atau negeri adalah jauh lebih mudah kerja atau strateginya - hanya menyerang dengan bijak dan menawan musuh politik PAS seperti UMNO-BN dan sebagainya. Jika suatu usaha gagal maka usaha lain mampu difikirkan dan diatur untuk mempengaruh dan meraih sokongan untuk memenangi pilihan raya. Bagaimana pula persediaan dan susun atur untuk memimpin dan memerintah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh PAS? Setiap kemenangan akan hanya menjadi sia-sia jika tidak cukup usaha daripada PAS untuk mempertahankan kemenangan tersebut. Usaha yang sukar ini memerlukan kepimpinan yang hebat dan mantap dalam melakari pelan perancangan dan merealisasikan tindakan. Pemimpin, ulamak dan umarak, dalam PAS hendaklah menjalankan amanahnya sebagai pemimpin bertonjangkan Islam dalam memimpin rakyat bawahan tanpa sempadan ideologi, perkauman dan agama. Keadilan haruslah menjadi teras kepimpinan selain kecekapan bertindak, ketepatan membuat keputusan dan bersikap amanah dan telus.
PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat perlu mengemukakan dasar-dasar yang lebih 'superior' dan meyakinkan daripada apa yang pihak UMNO-BN kemukakan bagi memenangi hati rakyat. Tokoh-tokoh PAS janganlah banyak berretorik atau berceramah ke sana sini bagi menangkis tohmahan atau untuk tujuan menerangkan situasi sesuatu isu sahaja. Cukuplah pemimpin atasan PAS menekankan sentimen kebencian kepada UMNO-BN yang diketahui umum semakin parah dan meraban. Cukuplah bersandiwara dan melayan kerenah UMNO-BN yang pasti akan sentiasa berniat menganggu kelancaran pentadbiran kawasan dan negeri. Serahkan sahaja tugas itu kepada pelapis pemimpin generasi masa hadapan untuk masuk ke gelanggang mencari dan mengukuhkan pengalaman berpencak silat dengan UMNO-BN.
Sebaliknya, semua pemimpin yang dipilih rakyat seperti ADUN dan MP hendaklah memahami aspirasi rakyat yang sedia memilih PAS dan memegang amanah mereka dengan mengurus tadbir kawasan dan negerinya supaya menjadi lebih baik. Inilah faktor yang perlu didahulukan dan diutamakan untuk membezakan PAS dengan rakan PRnya dan tentu sekali jika mahu dibandingkan dengan musuh politiknya UMNO-BN. Jika faktor ini tidak diperkemas dan diperkuatkan dari masa ke semasa, PAS dan PR akan menjadi tidak relevan lagi lantas akan kehilangan sokongan umum. Malang jika ini berlaku kerana ia tidak selaras kehendak ajaran Islam yang mahukan umatnya berjaya di dunia dan di akhirat. Rasulullah dan para sahabat baginda telah pun mengorak langkah dan menunjukkan model pemerintahan Islam yang jitu dan baik untuk dicontohi oleh PAS. Selanjutnya, apa jua contoh kepincangan pada zaman lampau khususnya zaman pemerintahan Khalifah Umaiyah dan Abbasiah seperti gejala penindasan kepada kaum minoriti, keangguhan pemimpin, dasar kerajaan yang kurang mesra rakyat, bersikap kasar, budaya rasuah berleluasa dan sebagainya, wajarlah PAS mengambilnya sebagai sempadan dalam mengurus tadbir kawasan dan negerinya.
Rakyat Malaysia perlu sentiasa dihormati, dijaga dan dibelai. Kini masa untuk PAS berkerja dengan cekap dan penuh amanah untuk membuktikan integriti dan kapabiliti Islam yang dikhabarkan mampu meneraju kepimpinan di dunia moden ini. Pelbagai aspek dalam sistem kehidupan masyarakat perlu dipelajari
dan dikaji untuk tujuan seliaan, pembaik pulihan dan memajukan rakyat
dan ekonomi ke tahap yang lebih baik. Sebarang kelemahan dan ketidakcekapan dasar dan kerja individu atau barisan kepimpinan negeri dan kawasan perlulah sentiasa diperbaiki dengan kadar segera dan pastikan masalah rakyat ditangani dengan sikap sabar, mesra, cekap, cepat dan bijak. Pemimpin sentiasa dinilai oleh sekalian rakyat, kawan dan lawan. Tunjukkan PAS sebuah organisasi yang mampu memimpin dan mengurus tadbir negeri-negeri Kelantan dan Kedah dengan baik dan hasilnya negeri Kelantan dan Kedah bukan sahaja semakin maju ekonomi dan fiskalnya, pembangunan insan juga meyakinkan malah kadar jenayah semakin berkurangan. Ini pasti akan mengakibatkan sekalian rakyat negeri-negeri berkenaan berasa selesa, selamat dan dihargai oleh kerajaan pimpinan PAS.
Musuh PAS kini bukanlah lagi musuh yang nyata seperti UMNO-BN tetapi lebih kepada kelemahan, kepincangan dan kegagalan dalam pucuk kepimpinan PAS sendiri dalam mengurus tadbir negeri-negeri yang dimenangi. Kegagalan tokoh-tokoh PAS merancang pelbagai program atau dasar-dasar yang bermanfaat untuk rakyat selain pemimpin bersikap negatif dan lemah dalam tindakan mereka menutup segera kepincangan diri PAS dalam mengatasi kemelut dan masalah rakyat di negeri Kelantan dan Kedah akan hanya memberikan perseptif buruk lalu menjejaskan imej Islam itu sendiri pada masa hadapan. Tiada musuh yang lebih bahaya dan besar kepada PAS jika pemimpin dan penyokong mereka sentiasa bersedia, mantap kerjasama dan cekap menangani masalah dan cabaran semasa dan yang mendatang dalam mentadbir kawasan dan negeri. Serlahkan ciri-ciri khalifah yang sewajarnya meneraju kepimpinan Islam, bermula dengan negeri Kelantan dan Kedah. Jika ini mampu direalisasikan barulah wajar PAS memasang cita-cita yang lebih besar seperti menawan Putrajaya, pucuk pemerintahan negara, pula pada suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah kita belajar melangkah sebelum kita mampu berlari.
Musuh PAS kini bukanlah lagi musuh yang nyata seperti UMNO-BN tetapi lebih kepada kelemahan, kepincangan dan kegagalan dalam pucuk kepimpinan PAS sendiri dalam mengurus tadbir negeri-negeri yang dimenangi. Kegagalan tokoh-tokoh PAS merancang pelbagai program atau dasar-dasar yang bermanfaat untuk rakyat selain pemimpin bersikap negatif dan lemah dalam tindakan mereka menutup segera kepincangan diri PAS dalam mengatasi kemelut dan masalah rakyat di negeri Kelantan dan Kedah akan hanya memberikan perseptif buruk lalu menjejaskan imej Islam itu sendiri pada masa hadapan. Tiada musuh yang lebih bahaya dan besar kepada PAS jika pemimpin dan penyokong mereka sentiasa bersedia, mantap kerjasama dan cekap menangani masalah dan cabaran semasa dan yang mendatang dalam mentadbir kawasan dan negeri. Serlahkan ciri-ciri khalifah yang sewajarnya meneraju kepimpinan Islam, bermula dengan negeri Kelantan dan Kedah. Jika ini mampu direalisasikan barulah wajar PAS memasang cita-cita yang lebih besar seperti menawan Putrajaya, pucuk pemerintahan negara, pula pada suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah kita belajar melangkah sebelum kita mampu berlari.
Rasulullah utamakan pentarbiahan.Sekiranya PAS,UMNO,PKR atau sesiapa sahaja yang ada ahli termasuk ibu bapa yang mengaku muslim, berusaha mentarbiahkan ahli/keluarga mereka dengan baik dengan pentarbiahan Al Quran dan As Sunnah, sebahagian besar permasalahan umat Islam selesai... tetapi apa yang berlaku? masing-masinglah jawab...
ReplyDeleteBersama-samalah kita berusaha mendirikan Daulah Khilafah kembali.
ReplyDeleteya benar cikgupj. Pendidikan awalan & susulan yang komprehensif, kondusif, konigtif amat mengesan membentuk jati diri peribadi individu & juga 1 persatuan atau parti. Budaya ilmu ni penting untuk kita mengenal diri. Memebezakan kawan & musuh. Baik & buruk. Allah atau thoghut. Dsb.
ReplyDeletePAS ke UMNO ke PKR ke mana-2 parti, persatuan, NGO Islam pun tak kukuh mana, jauh sekali sempurna jika ia sendiri saja. Malangnya drp sudut politik demokrasi terpimpin di tanahair WINNER takes ALL. Yg menang kaut semua, buat apa dia nak buat. Melainkan yg menang offer UG dalam membentuk kerajaan baru..jadi memang nampaknya trend kini PAS perlu diberi peluang untuk ke hadapan, United Malay?-NO perlu mengalah, duduk tepi & perbaiki diri...saya percaya kian ramai mengakui keperluan ni. Mungkin ramai orang kita setuju & berkenan faktor budaya ilmu asas Islam lebih ditekankan dalam PAS berbanding ehem ehem si AMNO. Which didn’t surprise me one iota. Apa pun PAS kena tunjuk kemampuan memimpin negeri Kelantan & Kedah dulu kpd seluruh warga M'sia. Just time can tell when PAS & co. mampu perintah negara.
jazakallah ibnuyassir...terima kasih mai jengok blog hanz ni.
ReplyDeleteInsyaAllah kebenaran Islam itu paksi kita semua Muslim Muslimah Mukminin Mukminah memperjuangkan kehendak agama kita. Time to time here hoping, kita dapat lihat hasilnya, khususnya pemerintahan negeri & negara yg lebih baik, adil, telus seterusnya lebih Islamik.