Suatu petang selepas solat fardhu Jumaat beberapa orang berkumpul di halaman masjid untuk membincangkan demontrasi jalanan untuk membantah tindakan kerajaan & askar Israel bertindak kasar & membunuh beberapa ahli konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin tempoh hari. (Nama samaran digunakan untuk melindungi profil individu terbabit dalam sketsa ini daripada ditahan tanpa hak bicara (di mahkamah awam) oleh pihak berkuasa Israel 1Malaysia . Dimaklumkan, saya tidak menerima apa-apa arahan daripada Ketua, Pengarah atau Presiden APCO, UNESCO, Pemuda UMNO dan sebagainya.
"Kita tak boleh biarkan. Israel sudah melampau. Aku harap 20 ribu orang berdemo hari ini. Baru Israel tahu kita tak takut mereka tu," kata AT, pemuda yang berpakaian 'casual' baju-T & berseluar jeans Levi's 501 biru lusuh sambil meneguk minuman berkarbonat, Pepsi.
"Betul tu, AT. 'Go to hell' Zionis ni semua. Zalim sungguh," sokong kawannya, Adika, the Big Boss Man, yang berbadan gempal berbaju kemeja jenama Timberland yang sedang makan 'lunch' dia. Sekotak ayam goreng KFC.
"Aku harap polis tak halang demo hari ini. DSAI mesti turun punya. TGHA mesti tak turun, kan?," kata Din yang sedang membaca majalah 'The Times'.
Tiba-tiba AT mendapat panggilan telefon. Tergesa-gesa dia mengeluarkan henponnya untuk menjawap panggilan tu.
"Hello! Oh awak. Dah makan? Dekat Mc D? Makan burger saja. Bla bla bla (dipendek cerita) .. Oh! Nak i beli minyak wangi untuk awak? Ok ok. Nanti i belikan untuk awak untuk awak di Carrefour. Mark & Spencers? Mana-mana saja demi awak i sanggup. Ok Calvin Klein? Oh bukan. Ralph Lauren? Atau Giorgio Armani? Ok ok no hal punya. I pun nak beli Boss. InsyaAllah tak lupa punya. Kotex awak tak nak kirim ke? Ha ha ha. Ok, sayang. Bye" jawab AT sambil menghembus asap rokok. Marlboro.
"Wah! Henpon Nokia baru ker tu AT? N5800?," tegur Adika sambil mengunyah Kit Kat dan minum Sprite.
"Alaa N97 saja. No big deal, man", jawab AT. "Jom kita gerak. Orang dah ramai berdemo nampaknya. Kasi bakar Israel. " sambung AT mengajak rakannya mengorak langkah perwira yang perkasa.
Selesai berdemo, bakar bendera Israel, menjerit-jerit slogan anti-Israel & Zionis di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, peserta demo yang 95% orang Melayu-Islam pun bersurai. Selesai 1 perjuangan? Tak ada pendaftaran askar sukarela untuk pergi berperang dengan Israel? OIC dah sepakat & sedia berperang dengan Israel? DS Zahid Hamidi dah sedia hantar askar kita ke sana untuk latihan ketenteraan? Betul kata Mufti perak, Datuk Harussani, setakat cakap kosong, kutuk-kutuk Israel apa ada hal? Bukan sia-sia tapi habuk pun Israel tak cuak, tak kisah & kezaliman mereka akan terus 'terjamin' untuk terus dilakukan masa hadapan.
Apa pun mari kita sama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk dunia. Untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sekurang-kurangnya dalam sukan ada ruang untuk perpaduan yang lebih besar & perjuangan yang lebih ikhlas untuk semua warga dunia daripada pelbagai negara. Hehe. Enjoy the tune from Mr. K'naan.
Apa pun mari kita sama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk dunia. Untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sekurang-kurangnya dalam sukan ada ruang untuk perpaduan yang lebih besar & perjuangan yang lebih ikhlas untuk semua warga dunia daripada pelbagai negara. Hehe. Enjoy the tune from Mr. K'naan.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!