Azizol, baris hadapan paling kanan
“Kami sudah memanaskan badan dan bersedia untuk mengharungi perlawanan, tapi tiba-tiba diberitahu tidak boleh beraksi dalam perlawanan itu gara-gara kesalahan 16 tahun lalu. Bayangkan perasaan kami ketika itu. Kami dijemput bermain dalam perlawanan itu dan hadir dengan kaum keluarga serta ramai rakan dan taulan untuk memberi sokongan. Ramai peminat yang kecewa apabila tiba-tiba kami tiada dalam senarai pasukan. Malah ramai penonton hadir pada perlawanan itu sebagai tanda sokongan mereka, terutama terhadap Azizol,” katanya.
Ravindran kecewa kerana dia dan Azizol diperlakukan sedemikian sedangkan mereka sudah dibebaskan daripada hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 2000 selepas menjalani penggantungan selama lima tahun serta dibuang daerah apabila disabitkan dengan gejala menjual perlawanan sekitar tahun 90an dahulu. Selain dua pemain itu, ada beberapa lagi bekas pemain 'Seladang' yang terkatakan terbabit antaranya ialah S. Silvarajoo. Surat pelepasan yang dikeluarkan FAM pada tahun 1998 menyatakan mereka boleh bermain bolasepak peringkat daerah dan negeri mulai bulan Jun 2000.
“Sudah hampir 10 tahun berlalu, kenapa isu ini masih dibangkitkan. Kami sudah menerima hukuman akibat tuduhan ‘rasuah bola sepak’ itu. Lagipun kami sudah dibenarkan beraksi oleh FAM. Sehingga kini belum ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Azizol sebagai pemain (perancang tengah yang serba boleh). Bakat besar beliau dalam permainan ini jangan disia-siakan. Dia boleh memainkan peranan berkesan dalam meningkatkan mutu bola sepak negara. Cuba lihat di luar negara, pemain seperti Maradona yang terbabit dengan pengambilan dadah, tapi kini menerajui pasukan Argentina dalam Piala Dunia. Sebaliknya kita di Malaysia lebih cenderung untuk terus menghukum dan membunuh kerjaya seseorang,” katanya.
God damn it. Memang perangai celaka sungguh siapa yang mengacau perlawanan persahabatan itu? Dia ikut peraturan atau buat peraturan sendiri? Kenapa
dia tergamak berbuat sedemikian? Dengki? Khianat? Menjalankan tugas? Arahan siapa? Beginikah sikap pegawai & pemimpin badan bolasepak negara & negeri mengenang jasa bakti bekas
pemain-pemain hebat negara & negeri terutama Azizol Abu Haniffah yang dahulu digelar antara pemain tengah terbaik skuad bolasepak Malaysia umum pernah saksikan? Adakah angkara sebegini mampu mengembalikan keseronokan liga tempatan yang kian suram daripada sambutan peminat bolasepak tempatan. Sewajarnya khidmat mereka bekas-bekas pemain negara & negeri yang terbaik dipilih meneraju kepimpinan FAM, skuad negara & FA negeri-negeri. Bukan si celaka, badut-badut & tua kutuk yang sentiasa menghurungi kepimpinan FAM & FA negeri-negeri selama 2, 3 dekad ini. Bilakah kita mampu membina sebuah pasukan bolasepak negara yang digeruni di Asia? Melihatkan kebanyakan pasukan negeri yang
kian merudum prestasi & kualiti permainan mereka sesuatu yang drastik & praktikal perlu dilakukan oleh peminat bolasepak seluruh negara. Cukuplah sandiwara politik bodoh, amalan berpuak-puak, pilih-kasih, driskriminasi & lain-lain karenah yang meluatkan peminat
bolasepak. Mereka pemain yang terbabit tuduhan 'menjual perlawanan' atau 'rasuah bolasepak' telah bersalah kepada tuhan & peminat tetapi
cukuplah mereka dihukum & mungkin seluruh peminat telah lama memaafkan & menerima mereka. Malah kami peminat merindu kelibat mereka
& menagih 'sentuhan ajaib' untuk memajukan pasukan Malaysia & negeri-negeri ke peringkat yang mengkagumkan.
No comments:
Post a Comment
Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!