25 June 2010

TG Abdul Hadi pasrah dipenjarakan diISAkan sebagai pejuang kebenaran?



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan 'lingkaran' membahaya keselamatan negara. Turut dikaitkan sama antaranya mantan Menteri Besar negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar atas). dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai satu taklimat keselamatan negara anjuran pihak PDRM yang mengaitkan mereka berdua dengan kumpulan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan oleh Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin (gambar bawah) tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara. .

 Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata:
"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu yang kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang 'tolerance' dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam pelbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.
Difahamkan, selepas penahanan 12 warga asing yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi – aliran yang sentiasa dikaitkan dengan Dr Asri - di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di Gombak Januari lalu, . Laporan laman Umno Onlineberhubung 'hasrat' Dr Asri atau beliau 'dipaksa' atau terpaksa membuat pilihan untuk menyertai Umno, yang dibuat seminggu selepas beliau tampil di muktamar PAS di Kota Bharu, amat mengejutkan banyak pihak.
"Kalau masuk Umno untuk selamatkan diri, (tetapi) orang yang langgar undang-undang, (pasti) kena juga (tindakan udang-undang)," katanya.

2 comments:

  1. Dalam blognya, ustaz zamihan menafikan dia menyebut nama TGAH, dan mengatakan ustaz asri memfitnahnya.Apa dah jadi ni, ulamak dah bergaduh dengan ulamak.

    ReplyDelete
  2. ya ..kita yg jadi keliru & celaru yek?
    masing-2 ulama dah termakan hasutan syaitan agaknya, cpj. Mungkin mereka tidak berhubung sesama mereka untuk mengetahui perkara sebenar. Hanya tahu melalui berita sumber lain. S/khabar atau internet? Mungkin. Juga ada kemungkinan mereka dilagakan oleh pihak tertentu?

    Atau ada pihak antara 2 pihak tu yang menipu kita?

    Melihat cara kerajaan 'memerangi' keganasan & pelamapau, mungkin ada taklimat begitu & kata-2 yang 'tak berlapik' dr penceramah tertentu. Mungkin bukan Zamihan. Mungkin Zaihan yg tuduh dr. Asri, kot? ...ha ha ha

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!