20 June 2010

UMNO Buat Lawak .. Ha Ha Ha



Geli hati juga membaca berita sensasi nasional. Ada hati beberapa pemimpin UMNO yang gila glamer (baca: propaganda atau publisiti murahan) atau "political milleage" bak kata Tun M (guess who?),  sepertinya berhendakkan Islam? Setelah UMNO berjaya menarik (baca: mengumpan & memenangi perang saraf) beberapa ahli PKR dan DAP supaya "membebaskan diri mereka" menjadi ahli bebas, kini ada pula usaha untuk menghimpunkan (baca: mengikat, menjerut leher, mencucuk hidung) barisan ulamak yang dikhabarkan beratus-ratus mahu berjuang (main taik) dalam UMNO? Diwar-war serata dunia mereka kini giat berdamping dengan tokoh-tokoh agamawan yang hebat dan "up and rising" seperti Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Maza).

Kecuali semua sedia tahu Mufti Perak Datuk Harussani yang 'mengenden' nilai-nilai kepatuhan kepada Ketuanan Melayu (baca: UMNO-BN) dan beberapa tokoh lain di Kementerian dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang pro-UMNO, siapa yang mahu percaya cerita sensasi sebegini? Kenapa sekarang mereka mahu bergerak di bawah kepak UMNO? Sudah gila duniakah mereka? Mungkinkah Dewan Ulamak versi UMNO akan direalisasikan dan dirasmikan dengan kadar segera? Malangnya, mereka akan menjadi kuda tunggangan umarak seperti DS Najib. Sudah terbukti kepada kita rakyat yang selama hari ini dari dahulu, kini & (mungkin) selamanya Islam makin terpinggir. Begitu banyak hal-hal umat Islam tidak diuruskan dengan baik dan ditangani dengan efektif - kes murtad dan penjagaan anak-anak saudara baharu (mualaf) yang berpisah. Gejala maksiat tidak mampu dikawal malah hendak ditambah lagi dengan pemberian lesen baharu judi sukan pula. Masalah kemiskinan ramai umat Islam, gejala buang bayi dan sebagainya masih berleluasa. Pendidikan seks pula hendak didahulukan (difikirkan sebagai subjek utama di sekolah) dan projek kroni dalam sektor pendidikan diutamakan. Sedangkan usaha yang sepatutnya dilakukan ialah pendidikan nasional perlu menitikberatkan nilai-nilai akidah & akhlaq Islam berkisar kesesuaian kepada realiti kehidupan di zaman kini kepada pelajar-pelajar Islam dari peringkat seawal umur 5 tahun. Kemudian mereka perlu ditekankan tentang hukum dan denda jika melakukan apa-apa kesalahan atau kemungkaran. Bukan kempen pemberian kondom percuma kepada remaja Islam supaya menikmati seks selamat (elak Aids atau siplis)! What the heck!

Ustaz Asri masuk UMNO? Mimpikah aku? Atau Us. Asri sudah gila pangkat? Atau dia diugut akan ditahan ISA atau penjara atas pertuduhan terlibat aktiviti subversif pelampau? Atau JI? Atau dia penyokong wahhabi? NONSENSE! Alahai, dia PAS pun dia tak berkenan ni pulak UMNO yang sekular lagi tua nganyuk main taik bolong tu? Baiklah dia seperti sekarang atau mewakili pihak ulamak yang bebas yang tidak perlu ikut telunjuk sesiapa pemimpin berkepentingan politik dan kerana itu dia akan terus mampu menegur kesalahan kerajaan Malaysia yang bercirikan samseng jalanan atau 'insensitive' (baca: UMNO which is backed by mobs of '3 line', you know) dalam memerintah negara selama hari ini. PAS lagi dia boleh hentam semacam kalau ada pemimpin PAS tak tepat dengan Islam. Justeru, eloklah dia "stay neutral". That's good for the people.

Bagaimanapun, Ustaz Maza sudah segera menafikan penglibatannya dalam politik dan seterusnya membongkarkan kelentong pemimpin UMNO berkenaan. Rujuk di sini.


p/s: Aye, in your dream UMNO. Hehe

10 comments:

  1. Dalam perlembagaan melayu = islam, islam = melayu? apa pulak nak herannya?hehe...

    ReplyDelete
  2. Itu salah 1 kesalahan Perlembagaan. Melayu tak mungkin semua Islam. Melayu kena mulia kerana usaha menjaga kemuliaan agama Islam, jasa baktinya sendiri. Atas merit. Melayu jelas bukannya Islam semuanya. Agama tu pilihan masing-masing juga. Nak Islam boleh, nak kafir boleh (maksudnya: tanggung sendirilah hukum hudud atau azab Allah). Mak bapa nak anak-anak Islam, bentuklah mereka supaya mencintai hanya Islam masa dia hidup hingga mati. Suasana sekeliling perlu diciptakan untuk objektif itu. Suasana M'sia? Kerajaan yg ada, konon kerajaan Islam, hanya mampu bagi pilihan. Bukan penekanan (paksaan tu lain,ni mirip tak bersungguh) supaya kita semua selesa dgn Islam sebagaimana Allah mahu.

    Perlembagaan begitu hanya mengkaburi masalah dalam umat Melayu. Islam makin terhakis. Tapi ngaku sayang Islam lagi? konon hero Islam? Selama hari ni ada ramai Melayu sekular. Islam hanya pada nama. Islam part-time? Corak hidup dari bangun seharian adakah berlandaskan Islam? Masa hidup langsung tak nampak dia macam orang Islam pun. Melainkan dia senagaja menyembunyikan identiti Islamnya untuk mengkaburi pandangan umum. Tapi dah mati nak pula orang yg tak berapa nak Islam tu ditanam di perkuburan umat Islam? Kenapa tak wasiatkan dia dibakar saja?

    Ada atheist. Ada munafik. Depan orang tertentu dia ngaku Islam lagi, tapi, masa lain dia musuh Islam, tikam belakang, malu ngaku Islam atau hidup cara Islam bila dgn 'sekutu'nya.

    Adakah Melayu di'selamatkan' atau ditipu hidup-hidup oleh Perlembagaan ciptaan Lord Reid tu? Pada hanz, tak perlu catat Melayu=Islam jika semua individu Islam dipupuk,dibimbing,dilatih sebagai Muslim yg sejati. Kecuali perlembagaan kata pemimpin utama negara iaitu Perdana Menteri & Kabinetnya mesti seorang Islam atau majoriti Islam, tu hanz sokong la. Kita Islam kerana dipilih-Nya. Islam perlu dikembangkan bukan hanya dilahirkan sebagai Islam. Melayu bukan bangsa pilihan Allah untuk Islam. Arab pun tak semua Islam. Tapi Islam disyariatkan kepada kita tak kira apa bangsa untuk memuliakan Allah yg Esa. Malaysia? Memuliakan Perdana Menteri nampak gayanya. Khurafat dah tu.

    Biar nama kita John Mayor, Samuel Etoo, Hanzukovic tapi kita Islam yg Allah mahukan. Bukan perlu perlembagaan lord reid jaga Melayu. Tapi Islam perlu jaga Melayu. Melayu sendiri perlu menjunjung Islam dgn jaga akidah dll. Kita sendiri sama-sama jaga diri sendiri, keluarga, masyarakat & negara.

    Sini UMNO, dgn pertahankan perlembagaan, adalah bersalah dalam menjaga identiti Islam. PAS juga salah kerana dulu mereka lebih menekankan usaha kasar, bukan berhikmah lagi berhemah, dgn mendahulukan usaha mengutuk & mengecam umat Islam drp UMNO. Kini sejak 10-15 tahun sudah kurang mengutuk peribadi, ada sikit perubahan bahasa yg digunakan dlm ceramah. Akhlaq Islam perlu didahulukan. Dgn berjaya tonjolkan akhlaq islam, biar PAS kalah PRU tak apa, asal Islam yang menang. Lama kelamaan jika akhlaq didahulukan ramai ahli UMNO & ramai umat Islam lain akan, eventually, setuju cara PAS. Pun atas merit juga la. Kalau kepimpinan lemah & lembap, tinggal la.

    p/s: Gua lain la kureng akhlaq..tapi gua boleh boleh jadi baik & boleh jahat... pasal tu gua tak boleh jadi pemimpin...cukup la gua jadi pengikut atau pemerhati...hehe

    ReplyDelete
  3. Bukankah sepatutnya melayu berasa bertuah dan menghargai apa yang tercatat dalam perlembagaan itu?lalu memeliharanya seperti menatang minyak yang penuh?Sebabnya; menjadi satu-satunya bangsa dalam dunia yang diiktiraf sebagai beragama Islam semuanya?

    ReplyDelete
  4. Ya, umat Melayu yg masih belajar merangkak, dan jika pun dia budak berumur 45 tahun tapi sanggup duduk bawah ketiak orang atasan (tertentu) atau bernaung bawah payung kuning, patutnya berasa 'bangga','selamat' & menjunjung undang-undang yg seumpamanya. Tapi selama hari ni ada yg 'selamat' berhijrah ke agama lain pun tanpa dapat disekat oleh undang-2 yg sama kan? Undang-undang yg hebat & futuristik yg telah menetapkan orang Melayu mestilah adalah beragama Islam? Jika dia murtad atau tak mengamal Islam, seperti atheis, macam mana pula? Dia jadi bukan Melayu la kan? Adakah dia yg keluar Islam akan ditarik kerakyatan juga? Tak pernah berlaku kan? Sungguh mengelirukan. Sepatutnya dihukum dgn jelas supaya rakyat supaya faham ttg 'phrase' Melayu mesti islam tu. Tapi tak apa Melayu kata Islam tak penting, kalau dah boleh beramal ibadat pegi masjid, solat jemaah 50X sehari, dapat pegi haji dgn THj, berzakat kat pej. majlis Agama dll syariat-2, tu dah ok dah. Kita dah Islam dah. Kini yg penting kpd orang macam ni, adalah hal Melayunya. Pemimpin Melayu (termasuk Raja, Sultan kita dulu-dulu lagi) kata kita umat Melayu jangan diapa-apakan. Tapi mereka sendiri 'gadai' byk benda kpd bukan Melayu, orang negara lain yg selalunya bukan juga beragama Islam. Apa cerita?

    Akhirnya umat Melayu sekarang hanya suka bubuh nama Islam (sebutan Arab) tapi dia sendiri jahil tentang Islam. Ikut saja pemimpin atau orang atas atau orang tuanya kata apa. Islam ikut-ikutan? Islam suasana? Hingga hal mazhab pun umat Melayu masih ramai beranggapan kena ikut Syafie hingga mati HINGGA keliru, tak boleh terima kalau ada Melayu ikut fahaman Hanbali, Maliki & dll. Ada dituduh 'wahhabi' jugak. Tapi sebenarnya bukan semestinya taklik begitu. Kalau mampu (ada ilmu agama yg sgt baik, tinggi,dsb'nya) boleh pilih tidak bermazhab. Yg penting tepat. Rujukan dia hanya Al-Quran & hadis. Ulamak pun semua boleh pilih mana dia nak atau tak nak ikut hal mazhab ni. Setakat kita orang biasa ni eloklah ikut yg arif...syafie tu dah hebat dah. Ikut la mana dia betul, sesuai & tepat.

    Undang-undang Allah memberikan kita kemuliaan selagi mana kita berpegangan teguh dgn tali-Nya. Tu janji Dia... Melayu boleh maju & berjaya dunia hingga akhirat dgn perantara Islam. Guna Islam. Pakai Islam. Bukan dgn perguna Islam, memperalat, memperkuda Islam untuk imbuhan dunia semata.

    ReplyDelete
  5. Hehe...Bukankah tanggungjawab mencorak anak-anak menjadi yahudi, serani atau Islam tu tanggungjawab ibu bapa?Kalau semua ibu bapa dah buat tanggungjawab masing-masing dengan baik, baru bergantung kepada undang-undang untuk mencegah.Undang-undang mencegah tu memang kaedah paling ampuh yang menjadi benteng terakhir bagi umat Islam.Macamana?hehehe...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Tu la maksudnya... kalau suasana masyarakat yg diadun, diacukan oleh kerajaan & undang-undangnya (perlembagaan,dll) tak cukup kondusif, selamat untuk kita umat Islam, maka pastilah ada anak-anak pelapis Islam yg dibentuk, dilentur oleh mak bapak yg mahukan Islam mungkin banyak akan jadi rosak, malah mungkin jadi sesat lagi menyesatkan. Mana nak dapat masyarakat yg madani camtu.

    Undang-undang ada (perihal Islam agama rasmi negara & Melayu adalah Islam) dah tercatat tapi macam tak guna saja kpd Melayu-Islam. Benteng terakhir? Banyak dah kes murtad tiada jalan penyelesaian oleh kerajaan untuk menyelamatkan akidah mereka. Maknanya dah tak selamat lagi suasana negara untuk kita & anak-2 cucu kita. Patutnya undang-2 perlembagaan kena jaga akidah Islam kita. Baru benteng terakhir. Patut tak ada fasal dlm Constitutional yg menyatakan seseorang yg umur 18 ke atas boleh tentu pilihan agama dia. Kan dah bercanggah tu? Musuh Islam & syaitan iblis akan sentiasa mencuri peluang yg terhidang atas kerompongan perlembagaan sendiri. Kerajaan & PR (wakil rakyat untuk umat Islam) perlu kerjasama bentuk perlembagaan yg mantap & ampuh supaya jaga akidah. Tu la benteng umat Islam. Tak kuat akidah, out of service/order la, cpj.

    Macam kes konflik perlembagaan Perak hari tu la cpj. Masing-2 pihak bertegang urat & lawan pakai saluran undang-undang pasal ada kelonggaran atau kerompongan. Perlembagaan kata A, Undang-2 Tubuh negeri perak kata A + B - C...hah! tu yg berlarutan hingga semua naik meluat undang-2 camtu, Sultan, UMNO, PAS juga. Tapi rakyat yg waras tetap menilai ni semua ada hikmah..UMNO tetap terpinggir sebab tak 'gentlemen'..PAS dapat sikit la milleage (if any).

    Corak pemerintahan tak beratkan (menghayati) Islam dalam pentadbiran & dalam masyarakat. Kalau Raja tu Khalifah & bukan boneka yg terhad kuasa banyak hal Islam Raja & Sultan boleh bantu selamatkan umat Islam terutama kes murtad. Takat selamatkan orang tu daripada hukuman sebat buat apa? Padahal dia sendiri dah insaf & rela dihukum rotan. Pelik bin ajaib.

    ReplyDelete
  8. Kalau sebuah kereta nak berjalan lancar, mantap dan berjaya sampai ke destinasi, semua bahagian yang ada pada kereta kena berfungsi dengan baik.Salah satu bahagian buat hal, akan menghadapi masalah termasuk pemandu.Walaupun semua bahagian kereta berfungsi dengan baik tetapi pemandunya mabuk, alamat masuk parit@longkang@gaung.Begitu juga kalau radiator@tangki air tak berfungsi, tak buat kerja, alamat enjin akan meletup.Bahagian enjin tu bukan satu, bukan dua, banyak tak terkira termasuk skru.Bukan senang Allah nak bagi kejayaan kepada satu kaum, kalau kaum tu sendiri tidak berusaha mencapainya.Kalau asyik duk bertekak sesama sendiri siang dan malam, kerja buat tak cukup, layakkah mendapat pertolongan Tuhan?Sudahkah kita berhijrah?

    ReplyDelete
  9. Nusrah akan datang seperti dijanji-Nya. Dgn syarat-syarat-Nya. Tak payah tunggu semua buat skali. Sapa-sapa pun boleh mula & gerak dulu. Tapi elok la lagi ramai buat sama-sama 1 kerja. Tapi kdg-2 1 kerja bukan semua boleh buat sekali. Biar 1 atau 2 orang saja.

    Dalam hal Hijrah tu buat yg beriman la, yg tak mahu beriman tak payah ajak berhijrah la kot, cpj. Tapi mereka ada peluang & tetap sasaran dakwah yg berhemah lagi berhikmah.

    ReplyDelete
  10. สูตรบาคาร่า
    Thank you for all of your work on this web page.
    สูตรบาคาร่า

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!