03 July 2010

Brazil Kalah Bergaya


Dungu Dunga telah bersalah kerana mengakibatkan pasukan pilihan ramai, Brazil, kalah nasib dalam pertemuan suku akhir pertama hari ini. Dunga tidak sepatutnya meminggirkan sistem Samba, yang menekankan 'attacking football' iaitu menyerang bertali arus sepanjang permainan. Dunga memilih taktik yang diamalkan yang telah memberikan kemenangan kepada Brazil dalam peringkat kumpulan & 'last 16' iaitu 'counter attack & team defense'. Tetapi taktik ini tidak begitu lancar diaplikasikan & hanya memakan diri apabila melayan Belanda yang dibarisi pemain yang mempunyai teknikal yang baik & sememangnya lebih utuh dalam taktik menyerang & bertahan secara berpasukan (modern total football which is a bit boring actually). Kecuali gol pendahuluan (which only seemed brilliant as 1 Dutch defender was stupidly caught napping & duly played Robinho onside on the break) yang dijaringkan atas kesilapan seorang pertahanan Belanda yang lambat bertindak menjaga 'offside trap', Belanda sebenarnya lebih padu semasa bertahan & efektif semasa menyerang khususnya daripada sepakan percuma & 'corner kick'. .

2 comments:

  1. selalu pasukan pilihan kecewa untuk memenangi perlawanan akibat jaringan gol daripada tendangan sudut atau penalti.nampaknya samba terpaksa akur dengan permainan pantas dan agresif...hehe...Argentina@German?

    ReplyDelete
  2. Argentina le menang yob..tapi dia kena terus attack sebab itu kekuatan Argentina & boleh jadi semacam mekanisme pertahanan jugak..sebab defense Argentina tak boleh tahan asakan beratli-arus German kalau main bertahan & counter-attack saja.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!