22 July 2010

Perpaduan UMNO-PAS?


Perpaduan UMNO-PAS?
Mimpi apakah ini?
Mufti Perak mahu jadi perantara perpaduan UMNO-PAS? 
Beliau tak mungkin menipu?
Selama hari ini apa kerja beliau atas nama perpaduan Islam?
Perak bersatukah angkara kecenderungan beliau kepada satu pihak yang diperkenan istana?
Sudah buang tabiatkah kini saudara kita dalam UMNO? 
Sudah nazak?
PAS pula bagaimana?
Percaya kepada lawan mereka yang kini 'menikam Quran di hujung pedang'?
Rakyat bagaimana pula? 
Mereka dambakan perpaduan Islam atau 1Malaysia?
Atau rakyat masih menangis penangan penyelarasan tempoh hari?
Ya mereka sibuk mencari rezeki menampung keperluan harian,
Tiada masa untuk dibazirkan untuk polemik ciptaan UMNO-PAS.

Ah, biar sahaja aku keseorangan ketawa,
Ha ha ha
Lawak lawak lucu sekali,
Lebih baik aku berpadu suara,
Sambil melihat gelagat apa pula selepas ini sandiwara mereka?
UMNO selama ini menindas Melayu & sentiasa pula salahguna kuasa,
Tak ubah umpama penjajah bangsa Melayu sendiri,
Mahukah mereka mengundang Obama berbicara soal perpaduan ala Amerika?
Netanyahu mungkin?

2 comments:

  1. apa pulak hanz, elok le orang ajak nak bersatu, kan bersatu teguh becerai roboh? hehe...ibarat lidi penyapu tu, kalau sebatang-dua mudah patah,tapi kalu segenggam kan kuat?kihkihkih...
    Ate, mekalu lidi nyor, mane sesuae dengan lidi kabong! mesti nak sesame lidi nyor, baru le ngam...kalau yerpun jangan sampe merah pulak muka tu...hehe...jom lawan!.

    ReplyDelete
  2. aje nye ye deme tu nak bersatu...pade teman le, kot boleh mule dengan bersatu dalam hal ibadah Islam seperti solat jemaah (syiar Islam), kenduri kendara (charity), kerap pegi majlis ilmu asas Islam (ceramah PAS/forum UMNO ketepi dulu) di surau, masjid, bile jumpe tegor sape ramah mesra..uhkhuwah islamiyah dah tu cpj...kot hal pentadbiran (administrative) boleh mule dengan bersatu padu anjur majlis more lepas solat terawih, kan pose dah nak dekat ni, anjuran bersama UMNO-PAS kawasan & kampung-2 atau taman-2 perumahan. Susah ke nak mule hal kecik ni? Rase susah nak buat tu semue kite boleh lupekan, jangan mimpi, le UMNO-PAS nak bersatu hati dalam hal lebih besar.

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!