31 July 2010

Guru-guru Disaran Menubuhkan Parti Lambang Buku




Demi menyahut seruan pemimpin negara yang kini telah insaf dan bersikap terbuka dalam medan politik (uhuk uhuk..terbatuklah pula..mungkin buka minda hanya semperna meraikan bulan kemerdekaan..hehe) marilah dengan kadar segera semua para guru-guru cikgu-cikgu semuanya yang sedang berkhidmat (yang pencen tak dapat dipastikan keahliannya sementara ini) di serata negara Malaysia bersatu di bawah satu panji atau 1 parti politik yang baharu lagi dinamik. Janganlah guru-guru hendak berpihak kepada BN mahu pun PR. Kemungkinan besar akan timbul masalah kepada cikgu-cikgu juga kelak. Nanti sokong BN, yang imej dan reputasi kian merudum di mata masyarakat yang kian celik politik, cikgu-cikgu tesebut mungkin dibenci oleh rakan-rakan sekerja dan ibu bapa yang celik politik. Kalau beriya-riya menyokong PR pun masalah juga. Nanti cikgu-cikgu juga kena tukar bertugas ke tempat lain atau susah naik pangkat atau lain-lain hal, akibat dikhianati atau didengki oleh pengetua atau guru besar sekolah anda.

Nak jadi bebas biarlah bermaruah. Kita tak mahu lagi adegan lompat-lompat macam katak. Jangan bersikap seperti katak jadian atau seperti YB-YB atau ADUN atau MP yang istihar jadi ADUN atau MP Bebas setelah dia menang undi atas tiket parti yang dia tumpang bertanding semasa PRU atau PRK. Guru-guru pastilah seorang yang lebih beretika dan tidak akan 'main wayang' sebegitu. Harapanku begitulah. Malulah sikit kepada spesis orang utan, kalau pun tak malu pun kepada spesis haiwan babi, anjing, katak dan sebagainya.

Justeru, sebagai jalan tengah atau jalan selamat, cikgu-cikgu yang minat berolitik hendaklah bergabung dalam 1 saf kepimpinan atau kesatuan untuk memperjuang hak-hak dan kepentingan para guru dan murid-murid di seluruh negara. Tubuhkan parti yang beridentiti guru itu sendiri. Tanpa berlengahkan masa lagi penulis blog ini ingin mengemukakan nama parti itu sebagai - Parti Guru Bersatu SeMalaysia (United Malaysian Teachers Organisation) atau UMTO. Hmmm...dekat dekat bunyi UMNO juga tu. Takpa apalah, asalkan semua guru bebas berpolitik dan mempunyai wadah untuk bergerak dalam arus politik negara.

Sekian dimaklumkan.

ps: Ingat pesan datuk ni (uhuk uhuk) ...."Melayu Leka, Hilang Anu, Kuasa Kita" & "Membangunlah Bersama Islam, Ya". 

   


2 comments:

  1. Kah!kah!kah!Kah!....entri yang terbaik untuk tahun ini (anugerah drpd cpj)lawak lawak jugak tapi, itu adalah satu idea inovasi yang paling menakjubkan dan digeruni oleh semua parti politik termasuk PAS dan UMNO lebih-lebih lagi UMNO kerana namanya hampir dekat sama bunyi... UMTO...kahkahkah...
    Yang jelasnya sudah tentu pendaftarannya tidak diluluskan kecuali oleh cikgu-cikgu pencen - blogger cikgu pencen boleh beri komen..hehe...
    kalau diluluskan pulak, DR akan tubuh satu parti, IR pun tubuh satu parti dan akhirnya semua rakyat mesia asyik berparti siang dan malam....kahkahkah!....

    ReplyDelete
  2. mmm...Kesatuan Guru-guru & Parti politik wajib seiringan...kira-kira 2-in-1 la cpj...NGO, NGO (pertubuhan) jugak & kena ada juga parti politik wakil guru-guru yg akan memihak atau tak berpihak kpd BN atau PR dalam 1 1 keadaan/isu. Bebas la katakan...hehe.

    Presidennya haruslah yg paling cerdik politik, hebat karismanya & begitu adil selama ni & lagi tak ternampak cenderung mana-mana aliran kepartisan (Tapi kalau nak cuba sesuatu/bagi peluang kpd PR, bagus la..ha ha ha). Kot nak ada jawatan Mursyidul Am, buh pi la cpj kat situ..ha ha ha. Tak pun, Mufti Perak Harussani dipinjam sekejap sementara guru-guru jumpa calon yg lebih layak. Pada hanz buh orang macam hat bekas Mufti Proleih (baca: Perlis) tu, Dr. Asri lagi bagus..hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!