01 August 2010

PR Menang PRU13, PAS Dapat Jadi PM ke 7? Langkah Mayat si Zoo-l Dulu...



Ha ha ha...mukadimah entri kali ini penulis blog tak tahan dah. Nak kena gelak guling-guling puas-puas atas keyboard depan PC ini dulu. Siapa layak jadi PM dari PAS? Ahli PAS, kebanyakannya, akan terbayang-bayangkan TGHA? Takkan Ustaz Azizan MB Kedah tu kot? Hassan Ali? Lagi hampeh. Roslan SMS? Tidakkkkk!!!....He he he. Geli hati sungguh. Kalau orang berkaliber lagi berkarisma macam Ir Nizar ke Dr. Zulkifli tu ke atau Mujahid Rawa ke tak pun macam Khalid Samad ke, tak apa la jugak.

 
Ini apa tetiba saja DS Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA, (gambar di atas) nak pening kepala fikir pasal sapa jadi PM ke-7? Boleh dia bersembang pasal itu kepada media macam dah tak ada kerja lain nak buat? Boleh dia main teka-teki sapalah agaknya calon dari PAS boleh jadi PM yang dia rasa lebih sesuai berbanding DS Anwar? DS Dr Chua Soi Lek, cukuplah buat lawak & main wayang (eh, talking of that one, you know, was an action-packed but really bad quality lah, mind you). Tolong jaga anu sendiri cukuplah - tumpukan hal ehwal ‘rumah tangga’ MCA terlebih dahulu sebelum meramal nasib PAS.

Pada penulis kepimpinan PAS yang sedia ada memang tak layak dapat jawatan PM tu dengan jangkaan PAS hanya menang sedikit kerusi Parlimen dan ADUN berbanding PKR, DAP dan lain-lain sekutu PR. Melainkan PAS menang hampir semua kerusi melawan UMNO (which is beyond my imagination). Kerusi PM itu memang layak diberikan khas untuk DS Anwar Ibrahim sahaja (he is 63, anyway, really at the tail end of his career) sekiranya beliau masih hidup sihat lagi pada masa itu. 


  Takkan muka-muka ni layak jadi PM kot? Boleh ke? Sebab depa Melayu & Islam + depa pandai bercakap pulak tu, boleh la jadi PM? Lawak lawak ... Ha ha ha!!!

2 comments:

  1. Muka ni mimpi boleh la yang bawah sekali tu.

    ReplyDelete
  2. MP tu bukan sebarang orang tu Aa...Juara memperjuangkan Melayu, Islam & kalimah "Allah"...takkan dia boleh mimpi aje kot? Mana tahu rezeki dia, pas DS Najib, dia pulak PM?

    Sorang lagi tu pun 'hero' & anak seni.. seniman brader...kita kena sanjung orang yg banyak berjasa kepada negara ni, tak gitu encik Aa?

    hehe

    ReplyDelete

Comment as you like... Tulislah seikhlas hatimu!